~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 12 Jun 2012

Kisah Rizal - Ngeh ngeh ngeh


Fasha adalah seorang jurujual. Ketika sampai di sebuah rumah di kawasan satu taman perumahan dia ternampak seorang budak lelaki bermain-main di depan pintu sebuah rumah.

Fasha : Siapa nama adik?

Rizal : Nama saya Rizal, kak.

Fasha: Rizal, ibu Rizal ada di rumah tak?

Rizal : Ada, sedang menonton tv.

Setelah memberi salam dan mengetuk pintu rumah hampir 20 minit, tapi tidak mendapat sebarang jawapan dari dalam.

Fasha : Hai, Rizal. Tadi Rizal cakap ibu Rizal ada di rumah. Dan hampir 20 minit kak Fasha ketuk pintu. Tak ada jawapan pun.

Rizal : Betul kak. Mak ada di rumah. Tapi ini bukan rumah saya. Rumah saya di depan sana.



Seorang nenek ingin ke rumah kawannya di sebuah kondominium. Di pintu masuk dia bertemu seorang budak lelaki namanya, Rizal.

"Nak, anak tahu tak di mana rumah mak cik Fasha?" tanya mak cik Janet pada Rizal.

Dengan ramah Rizal menjawab, "Ooooo, saya tahu nek. Mari saya tolong hantarkan nenek ke rumah mak cik Fasha."

Rizal pun mengajak mak cik Janet menaiki anak tangga menuju ke tingkat 15 kondominium tersebut dan membawanya sampai ke depan pintu rumah mak cik Fasha.

"Ini nek. Pintu rumah mak cik Fasha."

Dengan nafas yang masih tersekat-sekat mak cik Janet mengetuk pintu berkali-kali tetapi tidak ada jawapan.

"Nak, macam mak cik Fasha tidak ada di rumah aje."

"Betul nek. Mak cik Fasha ada di taman bawah tadi sedang menunggu nenek datang. Kan nenek tanya di mana rumahnya."

"Aku lesing budak ni nanti," kata mak cik Janet dalam hati.



Rizal ketika berumur 8 tahun mengikut keluarganya untuk mandi di Sunway Lagoon. Tiba-tiba dia di datangi oleh penjaga kolam renang lalu menegurnya, "Adik. Kamu tidak boleh buang air kecil di kolam renang ini. Kalau adik teruskan juga, saya akan melaporkan perbuatan adik ini kepada orang tua adik."

"Tapikan, ramai lagi yang buang air kecil dalam kolam ketika sedang berendam."

"Mungkin juga," kata penjaga kolam, "tapi mereka tidak membuang air kecil dari papan anjal ini."

Hampeh.