Sejak daripada hari jumaat kawan-kawan mentertawakan suara aku. Pelbagai spekulasi dilontarkan, ada cakap aku pergi karaoke tak ingat dunia, ada cakap aku pergi tengok bola, kat manalah aku nak tengok bola, esok yelah ada bola Malaysia main kat Bukit Jalil, ada cakap aku pergi Jom Heboh sampai tekak sakit tengok konsert, aku ketawa je, meskipun tak benar, aku tahu mereka bergurau.
Cuma aku rasa kelakar bila aku dihubungi melalui telefon, orang yang menghubungi aku tak kenal dengan suara aku yang baru ni. Mereka kata salah number dan extension. Lebih kelakar bila aku menghubungi mereka atas urusan kerja, mereka ingat aku jantan. Jantan pun jantanlah, nyah tak koser tau!
Suara. Itu salah satu daripada nikmat yang Allah kasi. Allah baru tarik suara sebenar aku dalam beberapa hari, dah rasa terseksa. Hari ini tekak aku pula rasa sakit dan perit, agaknya dah luka kat dalam. Mati segala selera aku nak makan. Yang ni pun Allah tarik juga, nikmat sebenar merasai makanan. Bila aku congak, dalam usia aku yang dah tua ni (tua ke aku?) berapa kali sangatlah Allah tarik suara aku? Dalam pada masa Allah tak tarik suara aku tu, ke mana aku gunakan suara aku itu secara maksima? Ke mana?
Tekak aku sakit. Sangat pedih dan perit. Selama ianya sihat sebanyak mana aku dah bersyukur dengan nikmat rezeki Allah yang aku dah telan? Sedar tak aku selama hayat melalui tekak yang aku lupa nak bersyukur tulah aku membesar dan hidup bernafas di bumi Allah ni.
Bak kata Dr M, melayu memang mudah lupa. Manusia selalu tak sedar nikmat yang Allah kasi. Bila Allah dah tarik, barulah perasan, barulah nak sedar. Ada juga yang sedar, tapi mereka nampak bukan keseluruhan, mereka sekadar nampak sebelah mata, contohnya, aku bagi contoh, mereka nampak nikmat Allah macam mereka nampak airberg di lautan luas, nampak hanya di surface sahaja, kecil je, di dalamnya yang sebegitu besar berkali ganda, mereka tak nampak.
Begitulah nikmat Allah, kita saja lupa nak mengkaji, malas nak mengkaji. Mungkin ada yang memang takkan ambil tahu langsung. Aku tak nak salahkan orang lain di luar sana, apa-apa pun aku tetap nak salahkan diri sendiri dulu. Aku pun selalu macam tu, nampak apa yang zahir, yang batin tak nampak. Macam aisberg tulah, Titanic yang se gah dan canggih itu pun boleh tenggelam. Kita ni lagilah boleh tenggelam kalau kita masih alpa dan leka atau tak nak pandang apa yang ada di dasarnya.
So, janganlah leka semasa sedang mengemudi hidup kita. Hidup kita, kitalah yang kena tentukan, kita yang kena corakkan. Perjalanan hidup kat dunia ni bukan sejauh mana pun, silap-silap esok dan lusa kita dah mati. Esok masih ada? Entahlah. Maka, mari kita belajarlah bersyukur dengan nikmat Allah. Nyawa, tu tak ada galang gantinya, satu tu je nyawa. Allah bagi percuma, tak payah nak bayar, kalau kena bayar macam mana agaknya ye. Kat hospital, orang sanggup bayar oksigen untuk teruskan hidup. Tu pun kita masih tak nak bersyukur.

5 ulasan:
salam WBH..salam ziarah..salam perkenalan..:)
cikgu sy ada kata..mati pasti..hidup insyallah..:)
Salam kenal,
eeemmm.. penulisan yg perlu direnungkan. keep it up..
Hijau itu indah dan permai singgah dan follow wanita bertudung hijau .kita kawan ye.
nikmat Tuhan tu senang je kita lupakan bila terleka. sedikit kesakitan itu adalah cara untuk Dia menyedarkan kita. Bersyukur...
cik ceria : ye betul tu :-)
yan : ada info, shareleh ye :-)
cik ina : kita kwn forever n ever
gadis bunga : ye betul tu :-)
Catat Ulasan