~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 30 November 2011

Just Close your eyes and imagine

Just close your eyes and imagine,
You have just one more day to live,
One more day to show Allah,
What ?Jannah?he should give?
To say goodbye to your family,
And all your closest friends,
To ask for forgiveness,
And try to make amends.

Just close your eyes and imagine,
Did you miss a prayer or two?
Did you please Allah, and do the things,
He asks every Muslim to do?

Just close your eyes and imagine,
Tomorrow you will be gone,
No more second chances,
To smell the mist of dawn.

Just close your eyes and imagine,
The angels are going to come,
To take your soul and ask,
In your life? what have you done?

Just close your eyes and imagine,
The words you want to say;
Will not come out you may realize,
For all your deeds you? ll pay.
You want to speak out, to cry out,
In Allah I believe?,
But silence beckons you,
No more can u deceive;

Just close your eyes and imagine,
Finally your silence breaks away,
You tell the angels you believe in Allah,
And for Him, you did pray,
You say as tears are pouring down your face,
Please, Allah, forgive me,
For the sins that I committed,
Have mercy is my plea!

Just close your eyes and imagine,
That the smell of musk surrounds you,
From your head down to your feet,
You realize Allah forgave you,
Hellfire you did defeat.
But we all know as Muslims,
When its time for you to die,
You?ll not be given a second chance,
To say a last goodbye.

So live each day as If its your last,
And never forget to pray,
So when the angels come to ask,
You?ll know the words to say.



Wow...

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya maka setiap kali dia rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa itu. Riwayat Atthabarani & Albaihaqi dari Ibnu Umar r.a.

Tips Ketika Anda Sedang Marah

sumber : internet

1.Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

2.Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

3.Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4.Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

5.Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.

6.Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

7.Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8.Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

9.Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.

Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku,apabila naik marah, yang bersandar, akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Kawallah diri anda sebaiknya.

Wassalam..

3 Perkara yang menjadi Perbendaharaan segala Kebaikan

1- Menyembunyikan sakit.

2- Menyembunyikan sedekah.

3- Menyembunyikan musibah bala.

Nota:

Jangan zahirkan kedukaan anda kepada manusia apabila menerima ujian dan dugaan Allah SWT. Allah SWT sentiasa memerhati tindak-tanduk kita setelah Allah SWT menurunkan ujian dan cubaan tersebut. Allah SWT akan menilai apakah kita termasuk dalam golongan yang sentiasa menyalahkan Allah SWT apabila diuji atau golongan yang sentiasa Taat dan Ingat kepada Allah SWT dalam semua keadaan.

Kitab Tanbihul Ghafilin.

4 Perkara memulakan kembali amal

1- Orang yang sakit apabila sembuh.

2- Orang yang baru memeluk agama Islam.

3- Orang yang kembali dari solat Jumaat dengan hati dan iman yang Ikhlas.

4- Orang yang baru kembali dari menunaikan fadhu haji melalui usaha yang halal.

Kitab Tanbihul Ghafilin.

Selasa, 29 November 2011

4 tiket ke syurga

sumber cerita : internet

p/s : aku pun tak pasti penulisnya berjantina lelaki atau wanita, kenapa ianya menjadi isu, bacalah di bawah, hehehehe. moga ada manfaatnya

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebahagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

Cerita tentang tua...

Menurut sumber plat nombor terkini kenderaan bagi wilayah Kuala Lumpur adalah WWB9872. Perghhh terasa bebenor kereta aku meniti ke zaman penuaan walaupun baru je beberapa tahun aku pakai kereta aku tu. Tapi, jika dilihat melalui nombor platnya, jaraknya amat jauh. Sangat jauh. Menurut sumber lagi, plat nombor WRM berjaya dijual tak sampai 2 minggu. Kesahihanya aku tak pasti, tapi itulah yang aku dengar. Begitu juga dengan plat nombor WKL. Yang lucunya plat nombor WTF dan WTH menjadi sasaran kritikan apabila plat nombor tersebut adalah singkatan kepada perkataan cacian. Kesian!

Mengenai cerita tua, aku terasa tua apabila sejak akhir-akhir ni aku banyak berjumpa dengan manusia yang lahir di tahun 90-an. Aku terasa sangat aku tua walhal ikutkan jurang tahun dengan aku tidaklah jauh beza. Tapi hakikatnya, aku sekarang hanya layak dipanggil kakak oleh mereka. 10-20 tahun lagi tak payahlah ceritakan, pangkat makcik tu pasti dalam genggaman punya. Hahaha.

Nilah realiti kehidupan. Umur kita bukan semakin meningkat, tapi semakin berkurangan. Samalah konsepnya macam kereta aku, jangka hayatnya semakin berkurangan. Sehingga ke suatu masa, ianya hanya layak menjadi besi buruk. Semakin tua dan semakin tak berguna, itulah istilah yang paling aku geruni sekarang, aku tak nak jadi begitu. Aku nak aku tua esok dalam keadaan terhormat di mana aku menjadi tua yang berguna, yang banyak ilmu, yang boleh dicurahkan untuk generasi akan datang. Aku nak jadi macam kepala, tua yang ada santan yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Aku tak nak tua dalam keadaan terhina, aku tak nak tua dalam laknat Allah.

p/s : seimbangkah ilmu agama kita dengan umur kita ni?


Kata seorang ustaz...

Salam tahun baru Islam. Dah baca ke doa awal tahun? Kalau belum bacanya, bacalah sekarang, moga ianya diperkenankan Allah. Ustaz kata bacalah doa apa sekalipun, janji maksudnya baik. Cuma lebih afdal baca doa khas awal tahun, kerana ianya dah lengkap dan padat, walaupun nabi tak pernah baca doa khas tu, kata ustaz ianya tidaklah jatuh haram kerana berdoa itu sendiri bukan satu cabang ibadah yang baru, kecualilah kita sendiri memandai mencipta satu ibadah baru. Nabi pun selalu berdoa apa, maka ia satu ibadah yang dituntut. Kalau ada yang nak kata tak boleh amalkan baca doa awal tahun tu, ustaz kata lagi, cakap pada diaorang jangan sesekali doa untuk anak lulus periksa, kerana nabi lagilah tak pernah berdoa supaya anaknya lulus periksa. hahahaha. Korang faham tak? Sebab nabi tak buat, so janganlah buat ye tak? hehehe. Ni sekadar gurauan dari ustaz. Yang penting sebagai hamba Allah, berdoalah. Pedulikan yang kata doa khas awal tahun itu satu bidaah.

Aku harap sempena tahun baru ni apa kata kita bersama-sama mengguna pakai kalendar Islam untuk apa acara sekalipun, apatah melibatkan hari kelahiran kita, hari kelahiran orang-orang yang kita sayang, hari ulangtahun sekalipun selepas ni gunalah kalendar Islam, ustaz kata jangan nak agungkan kalendar yang bukan Islam. Moga sedemikian ianya akan lebih diberkati.

Sempena tahun baru ni, aku nak kongsikan di sini apa yang ustaz kata. Moga ada manfaatnya untuk kita semua di tahun baru Islam ni.

1- Sepatutnya tiada umat Islam di dunia ni miskin kerana kita mengamalkan sistem zakat. Selain itu setiap tahun, kita ada ibadah korban, pengagihan daging korban kepada fakir miskin akan membantu orang Islam daripada berterusan menjadi miskin. Tapi malangnys sistem zakat dan daging korban yang saban kali diagihkan itu sehingga sekang masih tak mampu meminimakan kuantiti fakir miskin. Salah siapa?

2- Sepatutnya umat Islam di Malaysia menjadi antara umat yang terbijak di dunia. Kerana kajian menunjukkan apabila bersujud akan menyebabkan aliran darah akan tiba ke otak dan ianya akan menyebabkan sesiapa yang kerap bersujud akan menjadi bijak dan cemerlang kerana pengaliran darahnya telah menjadi sempurna, tapi ramai yang melakukan jenayah dan perkara negatif. Di manakah salahnya? Kerana seperti diketahui umum, selain solat 5 waktu tu, kita ada banyak solat sunat seperti witir, dhuha, tahajud, hajat dll, tapi sejauh manakahnya ianya efisyen ke atas kita?

3- Sepatutnya umat Islam di dunia adalah di antara umat yang paling sihat dan tidak mengalami masalah obes kerana kesan akibat daripada berpuasa di bulan Ramadhan dan puasa Isnin Khamis serta lain-lain puasa sunat. Tapi statistik menunjukkan di Malaysia sahaja rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, BMI mereka tidak berada di paras normal. Berat badan mereka bukan saja sudah melebihi sepatutnya tapi tidak sihat kerana tidak mengamalkan cara hidup yang sihat, malas nak bersenam atau makan mengikut pola pemakanan yang betul. Pola pemakanan yang betul bukan sahaja mengikut sistem piramid tapi berhenti sebelum kenyang, kerana perut kita perlukan 3 ruang yakni untuk udara, air dan makanan. Jika makanan yang menguasai perut, maka, penyakit mudah datang menyerang. Bersenam di sini pula bukan sahaja melakukan rengangan otot di padang, tapi pergerakan dalam solat juga sebagai salah satu senaman. Sebagai contoh selepas kita kenyang seperti ular sawa selepas berbuka puasa di bulan ramadhan, apabila kita melakukan terawih makanan tadi akan cepat hadam. Begitu juga makanan yang kita makan selepas makan malam, makanan akan segera hadam apabila kita melakukan solat tahajud dan solat witir. Tapi kenapa ramai mengalami perut maju ke depan / bunting gajah?

4-Sepatutnya umat Islam menjadi contoh teladan yang baik kepada bukan muslim kerana Islam sendiri adalah satu cara hidup yang sempurna. Sangat sempurna. Malangnya ramai yang tidak mengikut syariat yang ditetapkan, maka Islam itu sendiri tercemar dengan perangai umatnya yang sering melanggar peraturan. Contoh terbaik adalah ramai melengahkan solat fardhu, jika dikaji solat fardhu di awal waktu itu sendiri dapat mendidik dan mendsiplinkan diri kita sendiri dalam menjalani hidup di alam fana ni. Apa maksud fana? Fana adalah sementara, maka jika kita tidak mampu nak solat fardhu di awal waktu, maka itu bermaksud kita masih gagal dalam mendisplinkan diri sendiri. Maka, tak mustahil kita gagal dalam dunia yang fana ni, kerana dalam perkara wajib dan besar itu tadi kita dah gagal dalam nak melaksanakan secara cemerlang. Maka, janganlah mengeluh sekiranya kita berterusan gagal dalam hidup kita ni. Sebagai contoh lagi, kalau selama hayat kita sentiasa melengahkan solat Subuh, atas alasan mengantuk dan malas nak bangun di awal waktu, maka janganlah khuatir kerana kita pasti gagal dalam impian hidup kita yang lain, kerana kita tak mampu nak melawan rasa mengantuk tadi. Takkan sepanjang hayat nak bersolat subuh di hujung waktu? Renungkan.

Itu adalah antara intipati yang sempat aku kutip sepanjang kuliah yang berlangsung sepanjang aku mendengar kuliah sempena tahun baru. Ayat-ayat yang tidak sempurna tu daripada akulah ye, maka maafkan aku sekiranya tidak mengikut sunnah Nabi.

Itu sahaja kot, meh sambung kerja.


5 Nasihat berguna dari Al-Fudhail bin Iyaadh

1- Semua yang menimpa dirimu, maka katakanlah : Itu adalah Qada’ dari Allah SWT supaya engkau tidak menyalahkan makhluk.

2- Jagalah lidahmu supaya semua makhluk selamat dari lidahmu dang engkau selamat dari seksa Allah SWT.

3- Percayalah pada janji Allah SWT mengenai soal rezeki supaya engkau menjadi seorang mukmin.

4- Bersedialah untuk mati, supaya engkau tidak mati dalam keadaan lalai.

5- Berzikirlah kepada Allah SWT sebanyak-banyaknya supaya engkau terjaga daripada dosa-dosa.

Kitab Tanbihul Ghafilin

Isnin, 28 November 2011

Harimau Malaya lemas dalam BAH...

Main ke main-main? Itulah ulasan pertama aku sebagai pengulas sukan yang tidak profesional semasa melangkah keluar dari Stadium Bukit Jalil setelah selesai menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Bahrain. Sebelum perlawanan berlangsung hujan agak lebat, begitulah juga keadaannya semasa perlawanan berkesudahan 3-2, mujur dah RAIN tak BAH, kalau tidak, entahlah.

Sekarang ni, aku baru sampai di rumah memandangkan tadi singgah sebentar makan malam di sebuah kedai berhampiran rumah aku. Rumah aku dan stadium tidaklah jauh sangat. Lagipun esok cuti, so tak ada apa nak buat, sajalah datang stadium memeriahkan majlis.

Setelah Malaysia mengusai perlawanan 2-0 ke atas Bahrain di awal pusingan pertama, aku sangkakan Malaysia akan menang perlawanan malam ni. Tapi ramalanku meleset sama sekali. Menurut suara-suara sumbang penyokong Malaysia, kalau Malaysia menang malam ni, ramai nak salahkan Fakri kerana Fakri tak diturunkanlah Malaysia boleh menang. Sehingga begitu sekali, hahahaha.

Walaupun alasan Malaysia kalah pada malam ni adalah kerana tiada penyerang hebat, tapi itu bukan satu alasan untuk tidak menguasai perlawanan setelah berjaya membolosi gawang gol lawan di awal perlawanan lagi. Ada juga mengatakan bahawa ketiadaan Nazmi di separuh masa kedua antara menyebabkan tiada gol susulan disumbangkan.

Walau apa pun, aku tetap bertegas nak tanya, korang main ke main-main wahai team Malaysia? Dahlah bermain di gelanggang sendiri, kekalahan ni dianggap langsung tidak bermaruah setelah korang baru sahaja menjuarai Sukan SEA yang baru sahaja berlalu.

Aku bukanlah pengulas sukan yang tersohor, tapi aku nak cakap aku kecewa sangat dengan cara korang mengawal rentak permainan pada malam ni. Aku ni bukanlah fanatik bola sepak walaupun sejak akhir-akhir ni aku banyak meluahkan rasa dan perasaan aku tentang dunia yang satu ini.

Setelah Bahrain menjaringkan 3 gol, ramai penyokong Malaysia dah angkat bontot berlalu keluar daripada stadiuam atas dasar kecewa sangat dengan corak permainan kalian. Bohonglah kalau aku nak kata aku tak rasa apa malam ni, yang pasti aku nak cakap aku rasa terkilan.
Apa pun tahniah pada kalian, jangan hanya main-main bertemu Jepun nanti. Ingat, main bukan main-main

p/s : Aku nampak Tomok tadi, tapi tak adalah pergi tangkap gambar dengan dia, sebab aku tidaklah fanatik artis buat masa ni.

Baik aku layan bantal daripada layan frust, ye tak?

Selamat tahun baru Islam, selamat buat penghijrahan kepada semua aku ucapkan, moga tahun baru Islam ni lebih baik daripada tahun lepas. Pada Harimau Malaya, juga selamat berjuang. Jangan hampakan kami penyokong setia anda. Anda masih mampu mengubahnya. Selamat malam.













Jumaat, 25 November 2011

Soft reminder

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni hari jumaat. Kenalah kerja. Esok baru cuti. Kan ke best kalau cuti jatuh pada jumaat penghulu segala hari ni, bukannya jatuh pada hari Sabtu atau Ahad kan. Nikmat tau kalau dapat cuti pada hari jumaat, jemaah lelaki pun tentu suka, tak adalah nak terkejar-kejar Solat Jumaatlah, pastu nak sambung kerja semula. Cuba bayangkan kalau satu Malaysia bercuti hari jumaat, aku rasa banyak manfaatnya. Perghhh nikmatnya tidak terhingga. Ni pendapat peribadi aku je. Sebab pada hari jumaat banyak perkara sunat boleh dilakukan, moga dengan perkara sunat itulah menjadi penyelamat kita esok hari. Cubalah kerajaan bagi sekali cuti hari jumaat, tentu best. Cubalah kan rasa walau sekali nikmatnya itu. Tukang baca khutbah pun tidaklah terkejar-kejar sangat nak habiskan bacaannya, nak baca doa untuk Sultan lagi, khutbah lagi, solat lagi, semuanya nampak terkejar-kejar. Buat ibadah dalam keadaan terkejar-kejar ni dikhuatiri pahalanya kurang, tu je. Tapi, sekali lagi aku hanya nak cakap ni pendapat peribadi aku jelah. Lagipun kalau dilaksanakan cuti hari pada jumaat, tak adalah rugi sangat masa daripada 1230-230pm tu yang digunakan untuk solat Jumaat ye tak? Sekali lagi ditegaskan, ni pendapat peribadi aku je. Jemaah lelaki pun boleh berwangi-an dan selesa nak ke masjid. Bagi yang kerja kat tapak pembinaan, dengan bermandi peluh, minyak dan sebagainya nak terkejar ke masjid pula, mmmm....Ni pendapat peribadi aku je tau. Abaikan.

Yang aku nak cerita di sini bukanlah pasal hari jumaat. Tapi yang aku nak kongsi di sini adalah mengenai kekecohan yang berlaku dengan kemunculan manusia baru yang menghina Islam di dalam FB. Ramai penganut yang beragama Islam, ramai orang Melayu yang berbaka Islam mengamuk dan memberontak bagi menunjukkan rasa bengang kerana agama yang suci itu telah dihina.

Aku pun bila tengok, terang lagi bersuluhlah aku rasa marah. Tapi, apalah daya aku sebagai manusia yang lemah. Juga sebagai manusia yang jahil. Tapi bila jadi begini, aku selalu ingat pesan ustaz, ustaz kata sebenarnya musuh dalam Islam adalah orang Islam tu sendiri. So, better jangan tunding jari kepada orang lain, tapi salahkan diri sendiri.

Lihatlah Melayu yang beragama Islam sekarang yang mengamalkan Islam secara serpihan. Menutup aurat secara separuh-separuh, ada yang lebih menyakitkan pandangan mata, menutup aurat tapi seperti berkeadaan telanjang. Ada yang menutup aurat tak ikhlas sebab orang tua suruh. Ada yang langsung tidak mahu menutup aurat, bila ditempelak, jawabnya dosanya itu dia sendiri yang tanggung. Betapa angkuhnya dia, tak sedar ke dia batang tubuhnya itu sekadar pinjaman daripada Allah Yang Maha Esa.

Belum masuk bab ibadah. Solat fardhunya sentiasa dilengahkan. Tak sedar ke bawah melengahkan solat fardhu juga akan dihisab tak kiralah atas alasan apa sekalipun. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Penghisab.

Belum masuk perkara melibatkan akhlak. Orang Melayu beragama Islam ramai yang merogol anak dan cucu sendiri. Ramai belia Islam yang masuk penjara disebabkan dadah. Ramai juga yang menjadi pencuri / perompak bersiri.

Betapa Islam akhir zaman ni sangat tempang. Di manakah salahnya? Tundinglah jari kepada diri sendiri. Aku pun tunding jari pada diri sendiri. Meraung nabi kalau baginda tengok umat akhir zaman dia begini. Saat aku menulis entry ni, aku sedang menangis. Tapi pedulikan tangisan aku, kerana aku juga bersalah kerana masih tak mampu berdakwah secara sempurna. Segala nasihat aku jarang dipedulikan.

Aku belum masuk akhlak anak terhadap ibu bapa lagi. Ramai ibu bapa didera, dipukul, dibiarkan oleh anak kandung mereka sendiri. Ramai ibu bapa terpaksa menghabiskan sisa hidup mereka di rumah orang tua. Adakah nasib kita esok akan sama seperti mereka?

Apabila imej Islam tercemar dek perbuatan orang Islam sendiri, maka aku tak rasa kita perlu salahkan bangsa lain yang cuba nak mencemarkan Islam itu sendiri, kerana imej Islam dah dihitamkan oleh penganutnya sendiri.

Ustaz pernah cakap, sampaikanlah dakwah walaupun sekadar satu ayat. Ilmu sikit cara ilmu sikit, ilmu banyak cara ilmu banyak. Tak perlu cari orang lain untuk sampaikan dakwah, tapi mulakan dengan keluarga sendiri, anak isteri dll. Ustaz kata lagi, ada ulamak pernah cakap sekiranya kita tak berusaha dalam kerja dakwah, Nabi takkan mengaku umat. Apabila nabi tak mengaku umat, syafaat Nabi kat akhirat esok kita takkan perolehi.

Marilah kita belajar usaha dakwah ni bersama-sama. Moga generasi Islam yang akan datang tidak akan tercemar lagi dengan perbuatan kita sendiri. Musuh kita sebenarnya adalah diri sendiri dalam melawan nafsu dan syaitan. Marilah kawan-kawan, kita amalkan usaha dakwah ni. Perkara ni janganlah dianggap remeh kerana impaknya sangat besar sekiranya kita sama-sama berganding bahu.

Gunakan medium blog, FB, dll dalam usaha dakwah kita. Teknologi kita sangat maju, jangan salah gunakannya. Sebaliknya, gunakanlah ianya ke arah menambahkan koleksi pahala. Usia kita sebenarnya bukan makin bertambah, tapi berkurangan kerana bila-bila sahaja kita akan mati.

Moga ada manfaatnya.

Maaflah kalau ada perkataan yang tak sesuai telah aku gunakan. Aku tetap manusia biasa yang masih belajar apa itu Islam yang sejati. Tegur dan bimbinglah aku sekiranya aku tersasar daripada landasan yang sebenar. Aku nak sambung nangis.

5 Missed Calls

We Dont Get A Good Night Sleep,

Unless We Have Returned The Calls Of Those

Who Matter

We Don't Let Any Call Go Unanswered As Long As We Know That It Matters.

But How About The Calls That Are Made Five Times A Day

Haiy-Yaa Al As Salaah,

&

Haiy Yaa Al Falah

From The Almighty Allah ?

We Don't Either Respond !!!

Nor Do We Respect These Missed Calls

Do They Matter ???????

Lets Think & Reflect

(A Reminder For Myself First)

Meh baca lawak hari ni

Walaupun banyak kali aku dah baca cerita ini dalam versi Melayu pun ada, aku tetap gelak akhirnya

Good Mis-Understanding

Mr. Sharma comes home one night, and his wife throws her arms around his neck: "I have great news : I'm a month overdue. I think we're going to have a baby! The doctor gave me a test today, but until we find out for sure, we can't tell anybody."

The next day, Mrs. Sharma receives a telephone call from Reliance Energy because the electricity bill has not been paid.

" Am I speaking to Mrs. Sharma? "

"Yes... speaking"

Reliance guy, "You're a month overdue, you know!"

"How do YOU know?" stammers the young woman.

"Well, ma'am, it's in our files!" says the Reliance guy.

"What are you saying? It's in your files ...HOW?????"

" Yes ............ . We have a system of finding out who's overdue "

" GOD!!!!!!... ........ This is too much........ .."

"Madam, I am sorry... I am following orders.... I have to inform you are overdue"

"I know that ... let me talk to my husband about this tonight. .... He will speak to your company tomorrow "

That night, she tells her husband about the incident, and he, mad as a bull, rushes to Reliance office the next day morning.

"What's going on? You have it on file that my wife is a month overdue? What business is that of yours?" the husband shouts.

"Just calm down," says the lady at the reception at Reliance, "it's nothing serious. All you have to do is pay us."

"PAY you? And if I refuse?"

"Well, in that case, sir, we'd have no option but to cut yours off."

"And what would my wife do then?" the husband asks.

"I don't know. I guess she'd have to use a candle."

6 Perkara wajib orang mukmin takuti

Uthman bin Affan berkata :

Serang mukmin seharusnya takut kepada 6 perkara :

1- Takut kepada Allah SWT, jangan-jangan Allah SWT mencabut iman semasa nazak.

2- Takut kepada Malikat Pencatit Amal, jangan-jangan mereka menulis amal kita dengan catatan yang sangat memalukan. Jika diumumkan pada hari Kiamat nanti.

3- Takut kepada syaitan, jangan-jangan para syaitan itu berjaya merosakkan amal yang kita kerjakan.

4- Takut kepada Malikat Izraeil , jangan-jangan ia mencabut nyawa kita ketika lupa kepada Allah SWT.

5- Takut kepada dunia, jangan-jangan dunia itu membuat kita terlena sehingga kita lupa urusan Akhirat.

6- Takut kepada keluarga sendiri, jangan-jangan mereka telah menyibukkan kita untuk memenuhi urusan mereka sehingga kita melupakan Ketaatan kepada Allah SWT.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan

Khamis, 24 November 2011

Masjid di Malaysia tidak mesra alam?

Fenomena lambakan masjid di Malaysia bukan satu perkara baru. Masjid banyak didirikan tapi hakikatnya jemaahnya boleh dibilang-bilang sehingga malas nak membilang kerana tak perlu pun nak membilang. Aku bukan nak tekankan di sini tentang kepentingan solat berjemaah, sebab aku rasa semua dah sedia maklum terutama bagi kaum adam.

Yang aku nak sampaikan di sini adalah tentang situasi masjid yang tidak mesra muslimat. Aku rasa aku pernah kot beri ulasan dalam blog kawan-kawan blogger sebelum ni tentang tidak kepuasan hati mengenai tandas wanita yang lokasinya sangat tidak esfiyen / lokasinya sangat tidak strategik kerana aurat wanita yang terdedah dalam tandas boleh dilihat oleh lelaki yang lalu-lalang di sekitar masjid. Sama juga dengan lokasi ambil wuduk, lokasi wuduk amat tidak sesuai untuk kesesuaian wanita nak berwuduk dengan selesa kerana terpaksa menutup aurat semasa berwuduk.

Aku tak tujukan kepada seluruh masjid di negara ini, tapi hampir kebanyakan yang aku singgah adalah seperti yang aku maksudkan tadi. Lebih parah sekarang, semasa solat berjemaah berlangsung, tirai yang menjadi hijab antara lelaki dan wanita dibuka secara terang lagi bersuluh dan ini menyebabkan wanita yang memakai purdah terpaksa mengenakan purdah semasa menunaikan solat berjemaah tadi. Paling ketara perkara ni berlaku sepanjang musim terawih lalu.

Aku sangkakan perkara ni aku sorang je yang sedar. Tapi semalam semasa kuliah Zohor, ustaz menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada kami sidang jemaah. Ustaz rasa kesal kenapa perkara ni boleh berlaku di sebuah masjid di sekitar Lembah Klang? Ikut mazhab mana ni kata ustaz? Mujurlah perkara ni tidak menular di ofis aku.

Perkara begini bukanlah remeh kerana ianya melibatkan aurat wanita. Para wanita tak rasa selesa berada di tandas masjid, di tempat mengambil wuduk dan di dalam masjid sendiri. Mentang-mentanglah wanita tak diwajibkan berjemaah di masjid janganlah perkara ni seseolah di anak tirikan oleh pihak-pihak berwajib yakni AJK masjid dll

Aku menyatakan rasa sedih di sini dengan harapan corak situasi begini akan berubah. Kesian pada jemaah wanita yang nak mengejar pahala di masjid.

Ustaz kata kalau zaman nabi perkara begini takkan berlaku. Betapa Baginda Rasullullah SAW memberatkan perkara sebegini. Contoh lain kata ustaz, selesai solat, Nabi akan terus bersama-sama sahabat baginda di dalam masjid dengan niat tak nak bertembung dengan jemaah wanita dan sengaja nak membiarkan jemaah wanita beredar terlebih dahulu daripada masjid. Betapa di sini Nabi terlampau menjaga walaupun perkara kecil sebegini. Nampak tak apa yang berlaku kepada zaman kita? Ustaz kata betapa berubahnya minda masyarakat Islam zaman sekarang.

Kalau ada AJK masjid yang terbaca entry aku ni, buatlah sesuatu, contoh macam kat tandas tu, gantunglah tirai, atau ambil kira lokasi tandas wanita dan tempat mengambil wuduk wanita supaya wanita tak rasa ini adalah satu penindasan.

p/s : maaflah kalau ayat aku tidak dalam susunan yang betul, aku bukan pandai dalam nak menyusun ayat

Ada pelangi Dimatamu

By: M. Agus Syafii

Dipagi hari ada seorang suami yang hendak berangkat ke kantor memanggil istri, "Dik, sini sebentar.." istrinya menjawab penuh keheranan, "Ada apa mas?" Istrinya mendekat dengan gugup, sementara sang suami memandang mata istri dan mengatakan, "Ada pelangi dimatamu," Istripun menjadi tersipu-sipu malu, sambil mencubit lengan suami, "Idih, godain aja..aku kan jadi malu mas.." Suami tersenyum bahagia melihat wajah istri memerah delima tersipu malu. Suami melihat ada kebahagiaan dimata istri yang dicintainya.

Sahabatku, Bila anda tidak akan pernah bisa untuk mengungkapkan isi hati anda betapa cinta dan sayangnya anda kepada pasangan hidup anda atau betapa sayangnya anda terhadap anak-anak, sang buah hati anda namun anda masih memiliki sepasang mata yang indah yang akan mampu untuk mengekspresikan betapa anda mencintai dan menyayanginya dengan setulus hati. Sekalipun satu kata tidak mampu terucap dari bibir anda, yakinlah! pasangan hidup anda mampu melihat pelangi di mata anda, pelangi yang penuh warna warni cinta anda, cermin hati yang memancarkan kemesraan begitu besar kasih sayang anda padanya. Tatapan mesra anda melatih kontak batin seorang suami dengan istri, demikian juga seorang istri dengan suami yang akan mampu mendekatkan hati dan menyatukan jiwa. Taburkan hati istri anda dengan kasih sayang dan rasa cinta yang anda pancarkan dari mata indah yang anda miliki. Hangatkan hatinya yang kering kerontang, sirami dengan air hujan yang menyejukkan ditengah musim kemarau panjang, hiasilah dengan pelangi ditengah awan yang kelabu dengan pandangan mata anda yang memancarkan cahaya cinta dan kasih sayang. Jika memang anda sungguh-sungguh mencintainya maka anda akan menatap dengan cinta dan kasih sayangNya. Cinta dan kasih sayang Allah, Sang Maha Cinta Sejati.

Nah, lakukanlah sekarang juga memandang mata suami anda atau istri anda, temukan pelangi dimatanya, temukan kebahagiaan sebagaimana sabda Rasulullah, "Seorang suami apabila memandang istrinya dg kasih sayang & istripun memandang dg kasih sayang maka Allah memandang keduanya dg pandangan kasih sayang. Bila suami memegang telapak tangan istrinya maka dosa-dosa keduanya berguguran dari celah jari-jari tangan keduanya" (HR. Rafi'i).

Wassalam,

M. Agus Syafii

6 Perkara sentiasa mengelilingi manusia

Abu Bakar As-Siddiq R.A. Berkata :

1- Iblis sentiasa berdiri di hadapan manusia.

2- Hawa nafsu sentiasa berada di kanan manusia.

3- Cita-cita berada di sebelah kiri manusia.

4- Dunia sentiasa berada di belakang manusia.

5- Anggota badan manusia berada di sekeliling manusia.

6- Allah SWT ada di atas manusia.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam.

Rabu, 23 November 2011

Apabila harimau tidak mengaum, apabila harimau hilang taringnya...

Tahniah kepada player Malaysia walaupun dah kalah pada Syria 2-0. Ni bukan ucapan perli tapi ikhlas dari hati. Aku ucap tahniah sebab kalian dah berhempas pulas mengerah tenaga dan kudrat untuk sumbangkan gol, tapi rezeki malam ni tidak berpihak pada kalian. Tahniah kepada apek juga kerana banyak kali selamatkan gawang gol. I like green!

Aku agak faktor penyumbang terbesar kekalahan Malaysia pada malam ni adalah kerana keletihan. Team Malaysia tak dapat berehat sepenuhnya kot. Ni pendapat peribadi aku je, kalau salah pun tak mengapakan, aku tak nak dikatakan kalau menang menyanjung setinggi langit, tapi kalau kalah dikeji sampai tak ingat dunia. Aku hanya nak cakap, jangan layan sangat rasa frust tu, benda dah berlalu dah pun.

Pendapat peribadi aku lagi, korang dah buat terbaik di gelanggang sendiri. So, tak perlu nak kenang lagi. Fokus sahaja pada perlawanan akan datang. Janji semangat juang kalian jangan sesekali terhakis. Aku sebenarnya tengok bola kat rumah je, tak ada niat nak ke stadium sebab mental aku hari ni tak nak bersesak-sesak dengan lautan manusia kat stadium Bukit Jalil tu. Mujurlah jugak aku lalu kawasan Bukit Jalil tadi tak jem, kalau tidak jenuhlah.

Sebelum nak ucap selamat malam, jangan lupa baca doa tidur. Moga tidur malam ni dapat pahala ibadah jugak. Jangan mimpi harimau dan bola pula ya.
Harimau mati kan meninggalkan belang. Maka, jangan bimbang, kalian tetap akan dikenang selagi nyawa dikandung badan. Teruskan perjuangan kalian. Kalian mampu mengubahnya.

Jangan lupa mengaum di episod seterusnya ya Harimau Malaya. 

p/s : Sentiasa berangan nak peluk harimau betul

Masih nak lengahkan solat fardhu, baca cerita di bawah

(p/s : walaupun dah banyak kali baca cerita ni, aku nak sampaikan juga untuk pengajaran kita semua)

Bride's Death in SUJUD ...

True Strory Told By Shaykh "Abdul Mohsen al Ahmad", in ABHA - Saudi Arabia


"Abdul Mohsen al Ahmad", it Happened in Abha (the capital of Asir province in Saudi Arabia) " After Performing Salat Al Maghrib, She Put Her Make-Up, Wore Her Beautiful White Dress Preparing Herself For Her Wedding Party, Then She Heard The Adhan Of ‘Ishaa And She Realized That She Broke Her Wudu She Told Her Mother :

“ Mother, I Have To Go To Make Wudu And Pray ‘ Ishaa ”

Her Mother Was Shocked :

“Are You Crazy ? !! Guests Are Waiting For You, To See U ! What About Your Make –Up ?

It Will Be All Washed Away By Water !! ” Then She Added

” I Am Your Mother And I Order You Not To Perform Salah Now ! Wallahi if You Make Wudu Now, I Will Be Angry At You ”

Her Daughter Replied : ” Wallahi I Won’t Go Out From Here Till I Perform My Salah ! Mother You Must Know That " There is No Obedience To Any Creature in Disobedience To The Creator." !!

Her Mother Said : ” What Would Our Guests Say About You When You'll Show Up in Ur Wedding Party Without Make-Up ? ! You Won’t Be Beautiful in Their Eyes ! And They Will Make Fun Of You ! ”

The Daughter Asked With A Smile : ” Are You Worried Because I Won’t Be Beautiful in The Eyes Of Creations ? What About My Creator ? ! I Am Worried Because, if I Miss My Salah, I Won’t Be Beautiful in His Eyes ”

She Started To Make Wudu,  And All Her Make-Up Was Washed Away, But She Didn’t Care Then She Began Her Salah And At The Moment She Bowed Down To Make Sujud, She Didn’t Realize That it Will Be Her Last One ! Yes ! She Died While in Sujud !

What A Great Ending For A Muslimah

Who insisted On Obeying Her Lord !

Many People Who Heard Her Story

Were So Touched !!

She Put Him And His Obedience

First in Her Priorities,

So He Granted Her The Best Ending

That Any Muslim Would Have !

She Wanted To Be Closer To Him,

So He Took Her Soul in The Place

Where Muslim Are The Closest To Him !

SubhanaAllah !

She Didn’t Care if She Would Be Beautiful in The Eyes Of Creatures

So She Was Beautiful in The Eyes Of Her Creator !

Oh Muslim Sister,

imagine if You Are in Her Place !

What Will You Do ?

What Will You Choose :

Pleasing Creations Or Your Creator ?

O Dear Sisters !

Do You Guarantee

That You Will Live For

The Next Minutes ? Hours? Months? !!

No One Knows When Their Hour Will Come ?

Or When Will They Meet Angels Of Death ?

So Are You Ready For That Moment ?

O Non Hijabi Sister !

What Do You Choose :

Pleasing Yourself By Non Wearing Hijab

Or Your Lord ?

Are You Ready To Meet Him Without Hijab ?

And What About You,

Sister Who Are “ in Relationship”

Or “ Open Relationship ”,

Are You Ready To Meet Your Lord

Today ? Tomorrow ? !

What Do You Choose Pleasures Of This Dunya Or Pleasures Of Akhirah ?!

May Allah Guide Us All To What Pleases Him And Grant Everyone Who is Reading These Lines Good Ending,

Ameen Ya Rabbul Alameen

Pinjam atas pinjam apa hukumnya?

Korang faham tak soalan aku? Hahaha. Aku ni bukannya jenis reti menyusun ayat secara sempurna. Tapi, aku harap korang fahamlah kot soalan tajuk di atas. Ok gini, aku explain lagi, contohnya begini, B pinjam pengetip kuku A, dan B kasi pinjam pengetip kuku A kepada C, apa hukumnya?

Mungkin korang dah sedia maklum dengan jawapannya. Mungkin aku je yang belum tahu perihal ini. Dan sebenarnya baru semalam aku dapat tahu, soalan tadi jawapannya akan jatuh kepada haram sekiranya B memberi C pinjam / mengguna pakai pengepit kuku A tanpa izin / tanpa kebenaran atau tanpa pengetahuan A. Kalau atas izin dan kebenaran tu lain ceritalah. Yang salah di sini adalah B lah. A tetap akan dapat pahala walaupun tanpa izin dan pengetahuannya.

Sebenarnya, ustaz kata benda ni nampak remeh, tapi impaknya sangat besar. Ustaz kata cuba kamu check dah berapa tan koleksi dosa kamu dalam perkara remeh sebegini je. Tu baru kisah pengepit kuku, belum masuk buku, kitab, majalah dan lain-lain yang kita beri kepada peminjam C tanpa pengetahuan tuan empunya.

Adoilaa, aku sesungguhnya baru tahu. Betapa banyaknya dosa aku, so aku nak share di sini sebelum dosa-dosa kita merebak dengan lebih luas.

Panjangkan info ni kepada kawan-kawan yang lain la. Ustaz sekadar bagi contoh pengepit kuku, buku dan majalah, belum masuk benda atau material yang jauh lebih besar lagi. Ustaz kata, dalam Islam, banyak perkara remeh yang kita abaikan secara sedar atau secara langsung, maka dosa pun berdere-deret, so lepas ni jangan buat lagi.

Aku ingatkan diri sendiri juga ni.

Kalah bola punya pasal

Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di Jakarta malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.

Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna twitter bernama @hikmat—maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.

Setelah mendapat kecaman, pengguna twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata, twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.

"Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmat—maswara telah memohon maaf di twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya di sini Selasa,” katanya.

Ludinata berkata, pimpinan PKPMI di Bandung telah membuat laporan polis pada pagi tadi di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.

Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polis Indonesia untuk tindakan selanjutnya.

"Saya juga telah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung,” katanya.

Berikutan kes itu, EM Indonesia katanya telah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.

Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini.

Selasa, 22 November 2011

Kitab untuk wanita

Aku dah lama nak promote buku ni, tapi aku lupa, tadi bila ustaz Yunus menyampaikan kuliah tentang kitab ni, aku barulah teringat semula. Maklumlah usia dah meningkat senja. Untuk makluman para wanita, bacalah kitab yang padat dengan ilmu alam rumah tangga ni. Aku nak cerita pasal kuliah tadi banyak sangat, apa kata kita sama-sama rujuk kitab ni semula.

Kandungannya :-

BAHAGIAN PERTAMA: Kitab Muhimmah

- Maka Inilah Suatu (Muhimmah): Yang Ditakutkan Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kelebihan Segala Perempuan Yang Mengikut Bagi Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kebinasaan Atas Lelaki Yang Mempunyai Isterinya Sebab Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Maka Hendaklah Ada Bagi Lelaki Yang Ada Baginya Isterinya Itu Di Dalam Cemburuan Yang Pertengahan

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Tatkala Kita Ketahuilah Daripada Segala Jalan Yang Jadi Kebinasaan Atas Segala Orang Yang Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih) Pula Pada Menyatakan Qismun, Ertinya Giliran

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Pada Menyatakan Tahajar Dan Tasyaman

- (Ini Suatu Muhimmah) Yang Ditakut Atas Segala Orang Yang Memutuskan Akan Segala Keluarganya

- (Tanbih) Sesungguhnya Telah Menaqal Oleh Qurthubi Di Dalam Tafsirnya: "Akan Ittifaqlah Segala Ulama' Atas Menyatakan Haram Memutuskan Keluarganya Dan Wajib Menghubungkan Dia"

- (Faedah)

- Adapun Riwayat Beranak Pada Malam Pula

- (Faedah)

BAHAGIAN KEDUA: Kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah

Mengandungi 50 Pengajaran

Harga = RM15.00

Mukasurat = 263

Penulis = Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani & Syeikh 'Abdul Ra'uf Fanshuri Acheh

Alih Tulisan Jawi Ke Rumi = Noraine Abu

Penerbit = Al-Hidayah Publications


Untuk pengetahuan, aku tak dapat pun sebarang komisen :-)




Bukan sekadar kitab

(p/s : kalau melibatkan dunia pernomboran ni, aku akui, aku tidaklah berminat sangat, tapi aku teruskan bacaan sebab fakta di bawah yang aku jumpa dalam email sangat menarik, moga ada manfaatnya)

Al-Quran adalah kalam Allah yang merupakan sebuah Mu'jizat yang diturunkan kepada Nabi akhir zaman Muhammad. Tidak ada yang menandingi keindahan bahasa Al-Quran dan keindahan ketika kita melantunkan Al-Quran. Banyak orang yang hatinya tergetar jika di bacakan ayat-ayat Al-Quran, sehingga kemudian dia mendapatkan risalah kebenaran. Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang terjaga keasliannya walau telah diturunkan 14 abad yang lalu akan tetapi tetap terjaga dalam satu bahasa dan satu huruf yang terangkai di dalamnya.

Banyak usaha-usaha yang di lakukan oleh orang-orang kafir untuk memalsukan Al-Quran, namun usaha itu selalu kandas dan sia-sia. Al-Quran yang berjumlah 30 juz, 112 surat, 6666 ayat dan 51.900 kata itu dengan mudah di hafalkan oleh orang-orang yang beriman dan mempunyai hati yang bersih.

Al-Quran adalah sumber ilmu yang tidak pernah ketinggalan zaman bahkan selalu mendahului zaman, kerana kebenarannya baru terbukti ketika zaman sudah mampu mencipta teknologi bermula dari ilmu matetamtika, Biologi, perubatan, fizik, kimia, bahasa, sejarah dll, segala ilmu telah terbukti sebelum ditemui alquran telah mentafsirkan dan menuliskannya. Keajaiban lain dari Al-Quran yang tak kalah mencengangkan adalah bahawa Al-Quran ternyata tersusun menurut perhitungan Matematis yang sangat teliti dan sangat cerdas!!

Berikut ini beberapa perhitungan yang benar-benar merupakan mukjizat.

Kata "Yaum" (hari) dalam bentuk perseorangan disebutkan sebanyak 365 kali, yang sama jumlahnya dengan jumlah hari pada tahun Syamsyiyyah

Kata "Yaum" (hari) dalam bentuk jamak sebanyak 30 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu bulan

Kata "Syahr" (bulan) sebanyak 12 kali, sama dengan jumlah bulan dalam satu tahun.

Kata "Sab'u (minggu) disebutkan 7 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu minggu

Jumlah "Saah" (jam) yang didahului dengan "Harf" sebanyak 24 kali, sama dengan jumlah jam dalam satu hari

Kata "Sujud" disebutkan 34 kali, sama dengan jumlah rakaat dalam solat 5 waktu

Kata "Shalawat" disebutkan 5 kali, sama dengan jumah solat wajib sehari semalam

Kata "Aqimu" yang diikuti kata "Solat" Sebanyak 17 kali, sama dengan jumlah rakaat solat fardhu.

Kata "al-Dunya" disebutkan sebanyak 115 kali, begitu juga kata "al-Akhirah" sebanyak 115 kali

Kata "al-Israf" disebutkan 23 kali, begitu juga kata sebaliknya "al-sur'ah"

Kata "Malaikat" disebutkan 88 kali, kata sebaliknya "al-syayathin" juga 88 kali

Kata "al-Sulthan" disebutkan 37 kali, kata sebaliknya "al-Nifaq" juga 37 kali

Kata "Harb" (panas) sebanyak 4 kali, lawannya "al-Bard" (sejuk) juga 4 kali

Kata "al-Harb" (perang) sebanyak 6 kali, lawannya "al-husra" (tawanan) 6 kali

Kata "al-Hayat" (Hidup) sebanyak 145 kali, sebaliknya "al-Maut" (mati) 145 kali

Kata "Qalu" (mereka mengatakan) sebanyak 332 kali, sebaliknya "Qul" (katakanlah) juga sebanyak 332 kali

Kata "al-sayyiat" (keburukan) yang menjadi sebaliknya kata "al-Shahihat" (Kebajikan) masing-masing 180 kali

Kata "al-Rahbah" (cemas / takut) yang menjadi kebalikan kata "al-Ragbah" (berharap / ingin) masing-masing 8 kali

Kata "al-Naf'u" yang menjadi kebalikan kata "al-Fasad" masing-masing 50 kali

Kata "al-Nas" yang menjadi kebalikan kata "al-Rusul" masing-masing 368 kali

Kata "al-Asbath" yang menjadi kebalikan kata "al-Awariyun" masing-masing 5 kali

Kata "al-Jahr" yang menjadi kebalikan kata "al-Alaniyah" masing-masing 16 kali.Masih banyak lagi, yang tidak dapat disebutkan satu-persatu

Sekarang lakukan pengiraan seperti berikut:

Dengan mencari peratusan jumlah kata "bahr" (lautan) terhadap total jumlah kata (bahr dan barr) kita dapatkan: (32/45) x 100% = 71.1111111%

Dengan mencari peratusan jumlah kata "barr (daratan) terhadap total jumlah kata (bahr dan barr) kita dapatkan: (13/45) x 100% = 28.888888889% Kita akan mendapatkan bahawa Allah SWT. Dalam Al-Quran pada 14 abad yang lalu menyatakan bahawa peratusan air di bumi adalah 71.11111111%, dan peratusan daratan adalah 28.8888888889, dan ini adalah nisbah yang nyata dari air dan daratan.

Itulah sebahagian kecil keajaiban dan kemukjizatan Al-Quran. Keajaiaban yang lain merupakan misteri yang akan insyaAllah akan dipecahkan oleh orang-orang yang berilmu.

Seorang ahli biokimia berbangsa Amerika keturuna Mesir dan seorang saintis Muslim, Dr. Rashad Khalifa, adalah orang yang pertama yang mencari sistem matematika pada reka bentuk Al-Quran. Dia memulakan meneliti komposisi Matematik dari Al-Quran pada tahun 1968, dan memasukka Al-Quran ke dalam sistem komputer pada tahun 1969 dan 1970, yang diteruskan dengan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris pada awal 70-an. Dia tertantang untuk mendapatkan jawapan dalam menjelaskan permulaan pada beberapa surah dalam Al-Quran (seperti Alif Lam Mim) yang sering diberi penjelasan "hanya Allah yang mengetahui maknanya". Dengan cabaran ini, dia memulakan penyelidikan secara mendalam pada permulaan-permulaan tersebut setelah memasukkan teks Al-Quran ke dalam sistem computer, dengan tujuan utama mencari pola matematik yang mungkin akan menjelaskan pentingnya permulaan-permulaan tersebut. Setelah beberapa tahun melakukan penyelidikan, Dr. Khalifa menerbitkan penemuan-penemuan pertamanya dalam sebuah buku berjudul "MIRACLE OF THE QURAN: Significance of the Mysterious Alphabet" pada Oktober 1973., Bertepatan dengan Ramadhan 1393

Sementara itu Angka yang sering keluar daalam quran adalah angka 19

Dalam Al-Quran. Keistimewaan nombor 19 di dalam Al-Quran ini, di antaranya:

1. Kata bismillahirrahmanirrahim, yang merupakan kata pembuka dari surah Al-Quran terdiri daripada 19 huruf.

2. Pakej wahyu pertama (Al Alaq (96) ayat 1-5), diturunkan sebanyak 76 huruf atau 19 x 4.

3. Ayat pertama kali turun, (Surah Al-Alaq ayat 1), terdiri dari 19 huruf.

4. Jumlah surah Al-Quran ada 114 atau 19 x 6.

Angka 19 inilah yang menjadi alat kawalan huruf di dalam Al-Quran, sehingga Al-Quran terpelihara dari perubahan yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab. Tidak akan pernah sedikitpun meleset dari hitung-hitungan, anda boleh bandingkan dengan kitab suci lain. perhatikan bagaimana Angka 19 dalam mengawal Al-Quran:

Surah ke-68, yang bermula huruf nun. Jumlah nun dalam surah tersebut 133 atau 19 x 7.

Surah ke-36, yang bermula huruf ya sin, mempunyai huruf ya sebanyak 237 dan huruf sin 48. Bila dijumlahkan mejadi 285 atau 19 x 15.

Surat ke-13, yang bermula huruf alif lam mim ra ', di mana jumlah alif = 605, lam = 480, mim = 260 dan ra' = 137, total keempat huruf tersebut 1482 atau 19 x 78.

Sebahagian besar ahli tafsir menafsirkan 19 sebagai jumlah malaikat. Menurut Dr. Rashad Khalifa, menafsirkan bilangan 19 sebagai jumlah malaikat adalah tidak tepat. Bagaimana mungkin jumlah malaikat dapat dijadikan untuk cubaan bagi orang-orang kafir (Al Muddathir ayat 30-31).

"Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga). Dan Kami jadikan penjaga neraka itu hanya dari malaikat, dan Kami menentukan bilangan mereka itu hanya sebagai cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi kitab menjadi yakin, agar orang yang beriman bertambah imannya, agar orang-orang yang diberi kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (berkata), 'Apakah yang dikehendaki Allah dengan (bilangan) ganjil ini?' Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang Dia kehendaki. Dan tidak ada yang mengetahui bala tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. dan Saqar itu tidak lain hanyalah peringatan kepada manusia. "

Selain penjelasan di atas, dalam masa beberapa kejadian di alam ini dan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, ada yang merujuk kepada bilangan 19, di antaranya sebagai berikut:

Bumi, matahari dan bulan berada pada kedudukan yang agak sama setiap 19 tahun.

Komet Halley melawat sistem suria kita pada setiap 76 tahun (19 x 4).

Tubuh manusia mempunyai 209 tulang atau 19 x 11.Selain berkaitan dengan kejadian di alam, bilangan 19 juga berkaitan dengan ibadah umat Islam, seperti:

Solat, jumlah rakaat pada solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya 'masing-masing adalah 2, 4, 4, 3, dan 4 rakaat. Jika jumlah rakaat tersebut disusun menjadi sebuah angka 24434 merupakan bilangan kelipatan 19 atau 19 x 1286.

Di abad moden pun banyak orang-orang yang memang ingin mengubah isi alqur'an akan tetapi sampai saat ini alquran masih asli dari pertama diturunkan kerana al quran adalah tuntutan dan mukjizat terbesar yang di ciptakan Allah kepada Umat Muhammad Umat akhir zaman!

Kisah angkat mengangkat lagi - siri 2

Semalam, 530pm tepat aku bergegas nak balik rumah. Atas niat nak siapkan makan malam dengan segera kerana nak tengok siaran langsung game bola sepak final. Tiba kat parking kereta, hujan dah mula renyai. Aku yang jenis malas nak berpayung bagai ni meneruskan perjalanan menuju ke kereta. Sedang panaskan enjin, hujan yang asalnya renyai bertukar menjadi selebat-lebatnya. Bila hujan begini, hati aku terus diserang rasa risau dan bimbang akan keselamatan suami aku yang menggunakan motor sebagai pengangkutan utamanya pergi kerja dan pulang ke rumah. Sebelum ni sepanjang 7 bulan dia ulang alik ke ofis lamanya, dah 2 kali dia jatuh motor penangan jalan licin, koyak rabak seluarnya, basah kuyup, mujur dia selamat dan sekadar cedera ringan. Sapa tak sayang suami kan?

Alahhh, aku terlupa pulak. Dah 2 hari sebenarnya suami aku pergi kerja menggunakan kereta setelah berpindah ke ofis barunya. Ofis barunya boleh kebetulan dekat dengan rumah kami, lagipun tak jem, maka suami aku memilih menggunakan kereta. Syukur alhamdulillah, hilang terus rasa risau aku. Cuma aku risaukan keselamatan aku pulak, hujan begini banyak bahaya menanti.

Aku melalui stadium hoki Bukit Jalil. Memandangkan jalan licin, aku ambil langkah keselamatan yang maksima, maka tidaklah aku cilok mencilok sesuka hati sebab aku risau kang brek tidak mampu berfungsi dengan efisyen di atas jalan yang penuh bertakung dengan air. Aku hanya bergerak secara berhati-hati di belakang sebuah bas sambil mendengar Ustaz Pahrol menyampaikan tazkirah tentang bagaimana untuk menjadi mukmin profesional dalam radio favourite aku, IKIM.fm.

Di kanan aku ada sebuah motosikal dan kereta yang bergerak dalam kelajuan sederhana. Bas depan aku ni macam perlahan sangat, maka aku cilok ke kanan dan berada betul-betul di belakang kereta tadi. Tanpa aku sangka, kereta di depan aku brek mengejut, aku yang sedang asyik dengar radio pantas menekan brek. Mencanak bunyi brek kereta aku. Agak kuat. Bayangkan aku tekan brek atas air yang bertakung, nampak tak betapa tak selamatnya aku ketika itu. Tapi alhamdulillah kereta aku tidaklah mencium kereta depan.

Aku tak pasti kenapa kereta depan aku tak nak bergerak sedangkan di depannya kosong tak ada kenderaan. Tiba-tiba pemandu bas sebelah aku keluar daripada perut bas dan mengangkat tangan kepada kereta di depan aku seseolah tak puas hati atas sesuatu. Aku jadi pelik dan musykil. Aku rasa ada kemalangan tapi aku tak dapat kesan apakah ia.

Dalam kereta aku, aku menyaksikan pemandu bas tadi rupanya sedang mengangkat sebiji motor yang tergolek di tengah jalan. Ohh penunggang motosikal tadi. Tapi mana penunggangnya? Aku menanti dengan penuh sabar dan rasa debar.

Kelihatan tiba-tiba seorang pejalan kaki berlari anak dan sama-sama memapah penunggang motosikal tadi dengan pemandu bas tadi menuju ke laluan pejalan kaki di tepi stadium hoki. Motosikal yang diletakkan di paling kanan dibiarkan di situ. Apa yang berlaku, kereta di depan aku meneruskan perjalanan tanpa rasa bersalah.

Aku jadi tertanya-tanya, kenapa pemandu di depan aku tu tak nak terlibat membantu penunggang motosikal yang tergolek tadi. Sanggup dia biarkan penunggang tu kesakitan di atas jalan. Agaknya kalau pemandu bas tadi tak prihatian dan menghulurkan bantuan, apa akan berlaku seterusnya? Dan paling pelik sanggup dia nganga je dalam kereta melihat tanpa berbuat apa-apa.

Aku cuba bersangka baik. Mungkin dia seorang wanita. Dia bukan iron lady yang aku tengok di sini Maka, aku cuba intai kereta depan, tapi malangnya tintednya yang gelap menghalang seluruh pandangan aku untuk menatap wajahnya, bagi memuaskan kehendak hati sendiri, untuk merungkaikan persoalan jugak, aku mengejar kereta depan aku dan melihat wajahnya dari sisi tepi, alangkah menyedihkan dia ialah seorang lelaki Melayu. Tidakkk. Di manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan pada dirinya? Patutlah lagak pemandu bas tadi macam bengang gila, rupanya pemandu kereta tadi adalah lelaki dan dia sangat mampu memberikan pertolongan dari segi kudrat dan tenaga. Kecualilah dia berlagak menjadi mak nyah. Apa salahnya dia keluar daripada kereta dan mengalihkan motor tadi? Pemandu bas sanggup je basah dalam hujan atas niat nak menghulurkan pertolongan. Kenapa tidak dia buat perkara yang sama?

Kepada penunggang motosikal tadi, aku harap segalanya selamat. Bila tengok dia aku terus teringatkan pada suami sendiri. Agaknya beginilah suami aku jatuh motor. Sesungguhnya setiap ujian dan musibah itu Allah akan hadirkan pahala sekiranya kita tidak merungut dan menyalahkan Allah.

Kepada pemandu kereta hitam tadi, ambil iktibar kes tersebut, janganlah terlalu mementingkan diri sendiri. Hidup ini ibarat roda, tak selamanya kita di atas.

Malaysia menang bola - Esok cuti!

'Guna jari pun boleh' - masih ingat slogan syampu ni?

Aku nak cerita kisah pertama, yakni kisah ni masih berkisar tentang temasya SUKAN SEA. Kisah angkat mengangkat. Hari ahad yang lepas, aku sorang diri di rumah bermula selepas Zohor sehingga sebelum Magrib menjelang. Suami aku keluar membantu kawannya pindah rumah menggunakan kereta suami aku. Bagus tolong kawan ni, esok-esok hari kita pula memerlukan pertolongan.

Selepas selesai mop setiap inci rumah, aku bersantai menonton tv dalam keadaan hujan lebat menggila. Terlepas remote daripada tangan sebab aku terkejut petir dan kilat sabung menyabung seakan petir dan kilat tu betul-betul berada sebelah aku je. Teringat aku tragedi gunung Rajah, aku dan kawan-kawan rasa macam mati hidup semula, sejak dari itu, kami semua fobia mendengar petir atau kilat.

Semasa itu juga, aku terbayangkan kiamat di mana hari itu pasti berlaku, takutnya aku apabila gunung ganang yang segah itu akan berterbangan seperti kelkatu, entahlah bunyinya macam mana, bunyi petir dan kilat sebegitu kuat aku dah cuak dan kecut perut, belum bunyi hari kiamat lagi. Ngerinya.

Memandangkan hujan lebat astro agak terganggu siarannya, beruntunglah siapa yang tidak melanggan astro, siapa ada melanggan ABN, ok tak siarannya? Maka aku tak nak fokus tengok channel kegemaran aku sebab signalnya sangat lemah, channel jadi tak jelas. dah macam gambar alien jadinya. Makanya aku beralih kepada acara angkat berat yang sedang berlangsung di 801. Antara jelas dan tidak, aku tengok atlit wanita kategori berat 53kilogram daripada Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia sedang mengangkat berat. Aku asalnya tak kisah pun siapa akan genggam emas, walaupun aku agak teruja dengan susuk badan mereka, dah macam jantan. Perghhhh, hebatnya susuk tubuh mereka. Gila ahh!

Bayangkan mereka yang mempunyai berat hanya 53kilogram berjaya mengangkat beban seberat 85kilogram. Kalau mereka tu lelaki aku tidak akan pernah kisah dan peduli, kerana kudrat lelaki ni memang hebat, tapi mereka adalah wanita. So, diaorang sangat hebat kan? Rasanya nilah seumur hidup aku, aku tengok acara angkat berat dalam SUKAN SEA melibatkan peserta wanita. Selama ni aku pernahlah tengok gitu-gitu tapi lelakilah. So, taklah setakjub aku tengok atlit wanita ni.

Aku terus ketawa terbahak-bahak apabila tiba-tiba aku boleh pulak terbayangkan wanita-wanita besi tadi mengangkat suami aku yang dengan mudah dan senang lenang, apa taknya berat badan suami aku setakat ni hanya mencecah 46kilogram sahaja. Senang-senang mereka angkat sambil makan burger dan kuaci. Hahaha. Sambil pejam mata pun boleh kot. Hahahaa. Aku gelak besar ni.

Gelak aku sambung menyambung apabila aku bagitau suami aku melalui sms, dia cakap jeles ke dia kurus? Hahaha. Tak jeles pun, tapi aku rasa gelihati apabila imaginasi aku tadi berubah kepada mereka angkat suami aku menggunakan slogan syampu  'guna jari pun boleh' hahahahaa. Aku gelak berdekah-dekah. Sungguhlah, mereka memang iron lady. Aku teruja tengok meraka. Tapi sayang peserta wanita daripada Malaysia yang aku rasa dianya Muslim tidak menutup auratnya dengan sempurna. Begitu juga dengan perenang berirama Malaysia. Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk daripada Allah. Doakan mereka.



Apabila Garuda patah sayapnya...

Siapa dah baca suratkhabar The Star hari ni? Atau dah baca sini dan sini  kisah semalam. Aku tak sempat pulak nak paste kat sini. Ada 2 penyokong Garuda meninggal dunia, dan ramai yang cedera dan pengsan, dan ada seorang kanak-kanak berumur 9 tahun koma. Kenapa benda sebegini boleh berlaku kepada penyokong Garuda sendiri, bukanya berpunca daripada penyokong fanatik Malaysia pun, tapi salah mereka sendiri. Eeee...

Aku sangkakan adalah anjakan paradigma akan berlaku apabila Malaysia menewaskan Indonesia secara sangat profesional, dengan harapan mereka akan terima kekalahan dengan positif dan berlapang dada, tapi sebaliknya berlaku, makin menjadi-jadi pula apabila banyak webiste Malaysia yang tak bersalah di hacknya. Tak cukup lagi ke bendera dibakar dan ditulis perkataan kesat? Tak cukup lagi ke website di hack dengan perkataan lucah dan keji? Tak cukup lagi ke lagu Negaraku dicemuh?

Ramai mendesak supaya tragedi player Malaysia terpaksa naik baracuda pergi dan pulang dilaporkan kepada FIFA supaya tindakan drastik diambil. Kenapalah mentaliti mereka tidak berubah jugak? Aku tidaklah sanggup nak cerita perkara ni semua dalam FB sebab dalam akuan aku ada ramai kawan-kawan daripada seberang sana, kebanyakan daripada mereka adalah kawan-kawan dalam dunia pergunungan. Maka, aku elakkan tulis sesuatu yang akan menyentap perasaan mereka kerana mereka sahabat baikku, tapi aku sedih sangat dengan ketidakmatangan sikap penyokong Indonesia. Aku rasa bersalah juga apabila entry aku sebelum ni banyak sangat menghentam mereka.

Tapi, hakikatnya, kerana nila setitik rosak jugaklah susu sebelanga. Aku yakin sangat tidak semua warga Indon bersikap sedemikian. Tapi apabila sikap buruk yang ditonjolkan semakin melampau, kesannya terpalit kepada seluruh warga Indonesia. Dunia akan nampak warga Indonesia ni adalah warga yang sangat melampau dan teruk perangainya.

Semalam, apabila aku sekadar membaca sekali lalu status kawan-kawan gunung aku menegur secara berhemah penyokong Indon, ada penyokong dari negara seberang segera memmbalas di mana mereka turut melahirkan rasa kecewa dengan sebilangan penyokong Indon yang tegar itu. Mereka sendiri tak mampu buat apa-apa dengan rakan satu negara mereka. Sedih pula aku baca, seseolah mereka sendiri malu dengan perangai buruk tersebut.

Nasi dah jadi bubur pun. Selepas ni kalau sebut penyokong Indon, semua orang dah sedia maklum bagaimanakah sikap mereka, sangat buruk dan tidak matang. Kepada kawan seberang aku, aku cuma nak cakap, kalah menang sekadar adat bertanding, jangan kerana sebiji bola, hubungan serumpun ni berantakan.

Kalian sebenarnya tetap hebat kerana berjaya mendahului semua negara dalam pungutan pingat emas terbanyak. Takkan itu masih tak cukup dalam mengubati hati kalian yang terluka kerana kekalahan dalam bola sepak. Aku tahu, bola sepak dianggap segalanya dalam SUKAN SEA. Tapi, kali ni rezeki masih memihak kepada negara yang aku kasihi, Malaysia.

Kalian tetap hebat, kalian juga berjaya buktikan kalian juga bukan jaguh kampung. Tapi, Malaysia juga menjadi jaguh akhirnya.

Tahniah kepada player Malaysia. Aku tak sangka korang berjaya jugak score goal walaupun ramai yang anggap korang semua dah stress dengan gol pertama Indon di awal 5 minit yang pertama. Baguslah rentak permainan korang walaupun ada yang mensia-siakan peluang di depan mata, itulah namanya tak ada rezeki ye tak?

Dalam sejarah hidup aku tengok bola, rasanya semalam debaran berada di puncak yang maksima. Sebab aku ni pantang sikit kalau melibatkan penalti, aku tak suka sebab debaran dia agak lain. Debaran dia macam boleh dapat serangan jantung. Kerana segalanya akan hanya bergantung harap kepada penjaga gol semata.
Syukurlah akhirnya debaran aku berbaloi juga.

Tahniah sekali lagi. Thumps up untuk jurulatih Malaysia. Terima kasih kerana mampu buat kami rakyat Malaysia tersenyum bangga.

p/s : Aku suka walaupun semalam aku rasa paling dashyat sekali jeritan pekikan dan ngauman daripada penyokong fanatik Malaysia yakni jiran-jiran dan suami aku. Lagaknya macam menonton bola di stadium je.


5 Perkara menghalang mendapat pengajaran daripada Allah SWT

1- Allah SWT telah memberi nikmat kepada anda tetapi anda tidak bersyukur kepadaNya.

2- Anda telah melakukan dosa tetapi anda tidak bertaubat atau tidak memohon keampunan Allah SWT.

3- Anda tidak suka mengerjakan apa yang anda telah ketahui.

4- Anda bersahabat dengan mereka yang soleh tetapi anda tidak mengikuti amal ibadat mereka.

5- Anda selalu menguburkan manusia tetapi anda tidak mengambil Iktibar dari mereka.


Kitab Tanbihul Ghafilin,

Isnin, 21 November 2011

Walaupun kena naik garuda, walaupun terpaksa naik baracuda...


(sumber google)

Malam ni malam kemuncak bola sepak Sukan SEA. Rasa-rasa dapat cuti free tak kalau Malaysia menang? Kalau tak dapat pun, aku tetap nak ucap tahniah kepada player Malaysia yang bertungkus lumus memerah kudrat dan tenaga serta kemahiran anda sehinga ke tahap yang amat membanggakan ini. Tahniahlah ya. Buktikan kemampuan anda yang bukan jaguh kampung semata. Buktikan semangat juang Malaysia boleh! Yang paling penting, semangat berpasukan tu sentiasa semadikan dalam diri, dalam niat untuk meraih pingat emas dan dalam nak mendominasi permainan di padang yang buruk itu.

Maaflah aku cakap padang buruk, sepatutnya keadaan padang berada di tahap cemerlang untuk temasya sukan yang hebat begini, tapi sebaliknya, tengoklah rumputnya yang macam segan nak hidup. Hahaha. Hari ni pula dilaporkan penyokong esktrem negara mentaliti tahap terbawah itu dah bakar macam-macam benda. Lantaklah, yang korang bakar tu pun fasiliti di tempat korang sendiri.

Pastinya aku akan tengok perlawanan yang akan berlangsung secara live malam ni dengan suami aku. Pastinya jugak apartment rumah aku akan turut bergegar / gerak gempa beberapa saat sumbangan suara yang sumbang daripada jiran juga suami aku, hahaha sekiranya player Malaysia menjaringkan gol. Maka aku kena set minda aku supaya tidak terkejut. Apa tidaknya, ada yang menonton menggunakan RTM, ada yang menonton menggunakan saluran astro, astro kan lambat beberapa saat, apabila penonton yang menonton melalui RTM dah terpekik terlolong, beberapa saat kemudian baru astro pula show gol, maka jerik pekik terlolong pastinya akan bergema berterusan dan bersahut-sahutan di kawasan kediaman aku tu. Tapi aku tak kisahlah, aku tak ada anak kecil, yang ada anak kecil pula entahlah, aku tak tahu.

Aku harap malam ni bukan sekadar bermain bola sepak. Tapi mengenai semangat juang yang ditonjolkan oleh anak-anak Malaysia yang semakin cemerlang dalam arena bola sepak. Juga mengenai mentaliti atau imej Malaysia yang dibawa mereka ke mana sahaja. Pastikan kalian bijak mengawal bola, mengawal perasaan / emosi dan mengawal keadaan / situasi walaupun kalian bakal dikecam dan dikritik oleh penyokong negara mentaliti kelas terbawah semasa 90 minit perlawanan berlangsung. Bertindaklah secara profesional. Dan aku harap perlawanan malam ni bersih daripada sebarang pergaduhan yang tidak berfaedah. Tak payahlah melayan orang gila, kata ustaz, kelak kita turut gila.

Wahai player Malaysia, pastikan semua rakyat Malaysia akan tersenyum bangga dengan kalian pada malam ni. Jangan sia-siakan sorakan dan semangat daripada sekalian rakyat Malaysia terutamanya Ultras Malaya. Walaupun terpaksa naik garuda (pesawat khas), walaupun terpaksa naik baracuda (kereta perisai / kebal) untuk ke stadium atas alasan nak elak perkara tidak diingini berlaku kepada player, kalian tetap hebat. Kalianlah wira negara. Thumps up untuk Harimau Malaya. Segalanya demi maruah negara!