~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 22 November 2011

'Guna jari pun boleh' - masih ingat slogan syampu ni?

Aku nak cerita kisah pertama, yakni kisah ni masih berkisar tentang temasya SUKAN SEA. Kisah angkat mengangkat. Hari ahad yang lepas, aku sorang diri di rumah bermula selepas Zohor sehingga sebelum Magrib menjelang. Suami aku keluar membantu kawannya pindah rumah menggunakan kereta suami aku. Bagus tolong kawan ni, esok-esok hari kita pula memerlukan pertolongan.

Selepas selesai mop setiap inci rumah, aku bersantai menonton tv dalam keadaan hujan lebat menggila. Terlepas remote daripada tangan sebab aku terkejut petir dan kilat sabung menyabung seakan petir dan kilat tu betul-betul berada sebelah aku je. Teringat aku tragedi gunung Rajah, aku dan kawan-kawan rasa macam mati hidup semula, sejak dari itu, kami semua fobia mendengar petir atau kilat.

Semasa itu juga, aku terbayangkan kiamat di mana hari itu pasti berlaku, takutnya aku apabila gunung ganang yang segah itu akan berterbangan seperti kelkatu, entahlah bunyinya macam mana, bunyi petir dan kilat sebegitu kuat aku dah cuak dan kecut perut, belum bunyi hari kiamat lagi. Ngerinya.

Memandangkan hujan lebat astro agak terganggu siarannya, beruntunglah siapa yang tidak melanggan astro, siapa ada melanggan ABN, ok tak siarannya? Maka aku tak nak fokus tengok channel kegemaran aku sebab signalnya sangat lemah, channel jadi tak jelas. dah macam gambar alien jadinya. Makanya aku beralih kepada acara angkat berat yang sedang berlangsung di 801. Antara jelas dan tidak, aku tengok atlit wanita kategori berat 53kilogram daripada Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia sedang mengangkat berat. Aku asalnya tak kisah pun siapa akan genggam emas, walaupun aku agak teruja dengan susuk badan mereka, dah macam jantan. Perghhhh, hebatnya susuk tubuh mereka. Gila ahh!

Bayangkan mereka yang mempunyai berat hanya 53kilogram berjaya mengangkat beban seberat 85kilogram. Kalau mereka tu lelaki aku tidak akan pernah kisah dan peduli, kerana kudrat lelaki ni memang hebat, tapi mereka adalah wanita. So, diaorang sangat hebat kan? Rasanya nilah seumur hidup aku, aku tengok acara angkat berat dalam SUKAN SEA melibatkan peserta wanita. Selama ni aku pernahlah tengok gitu-gitu tapi lelakilah. So, taklah setakjub aku tengok atlit wanita ni.

Aku terus ketawa terbahak-bahak apabila tiba-tiba aku boleh pulak terbayangkan wanita-wanita besi tadi mengangkat suami aku yang dengan mudah dan senang lenang, apa taknya berat badan suami aku setakat ni hanya mencecah 46kilogram sahaja. Senang-senang mereka angkat sambil makan burger dan kuaci. Hahaha. Sambil pejam mata pun boleh kot. Hahahaa. Aku gelak besar ni.

Gelak aku sambung menyambung apabila aku bagitau suami aku melalui sms, dia cakap jeles ke dia kurus? Hahaha. Tak jeles pun, tapi aku rasa gelihati apabila imaginasi aku tadi berubah kepada mereka angkat suami aku menggunakan slogan syampu  'guna jari pun boleh' hahahahaa. Aku gelak berdekah-dekah. Sungguhlah, mereka memang iron lady. Aku teruja tengok meraka. Tapi sayang peserta wanita daripada Malaysia yang aku rasa dianya Muslim tidak menutup auratnya dengan sempurna. Begitu juga dengan perenang berirama Malaysia. Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk daripada Allah. Doakan mereka.