~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 29 November 2011

Cerita tentang tua...

Menurut sumber plat nombor terkini kenderaan bagi wilayah Kuala Lumpur adalah WWB9872. Perghhh terasa bebenor kereta aku meniti ke zaman penuaan walaupun baru je beberapa tahun aku pakai kereta aku tu. Tapi, jika dilihat melalui nombor platnya, jaraknya amat jauh. Sangat jauh. Menurut sumber lagi, plat nombor WRM berjaya dijual tak sampai 2 minggu. Kesahihanya aku tak pasti, tapi itulah yang aku dengar. Begitu juga dengan plat nombor WKL. Yang lucunya plat nombor WTF dan WTH menjadi sasaran kritikan apabila plat nombor tersebut adalah singkatan kepada perkataan cacian. Kesian!

Mengenai cerita tua, aku terasa tua apabila sejak akhir-akhir ni aku banyak berjumpa dengan manusia yang lahir di tahun 90-an. Aku terasa sangat aku tua walhal ikutkan jurang tahun dengan aku tidaklah jauh beza. Tapi hakikatnya, aku sekarang hanya layak dipanggil kakak oleh mereka. 10-20 tahun lagi tak payahlah ceritakan, pangkat makcik tu pasti dalam genggaman punya. Hahaha.

Nilah realiti kehidupan. Umur kita bukan semakin meningkat, tapi semakin berkurangan. Samalah konsepnya macam kereta aku, jangka hayatnya semakin berkurangan. Sehingga ke suatu masa, ianya hanya layak menjadi besi buruk. Semakin tua dan semakin tak berguna, itulah istilah yang paling aku geruni sekarang, aku tak nak jadi begitu. Aku nak aku tua esok dalam keadaan terhormat di mana aku menjadi tua yang berguna, yang banyak ilmu, yang boleh dicurahkan untuk generasi akan datang. Aku nak jadi macam kepala, tua yang ada santan yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Aku tak nak tua dalam keadaan terhina, aku tak nak tua dalam laknat Allah.

p/s : seimbangkah ilmu agama kita dengan umur kita ni?


4 ulasan:

RULZA berkata...

sebenarnya saya kena panggil wbh akak kan..? pasni saya panggil kak WBH je..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : ahaksss, tak pe, panggil aje, :-) saya pun tak tahu rulza umur berapa ni?

RULZA berkata...

umur saya 28..mesti saya lagi muda kan..kan..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : wahhh mudanya, sy awal 30-an :-)