Assalamualaikum
Selamat hari jumaat yang mulia. Selamat berhujung minggu kepada kawan-kawan. Oh ya, selamat menghadapi keputusan UPSR kepada adik-adik (belum terlewat nak ucap), jangan sedih dengan keputusan yang dah dapat, yang penting jangan putus asa dan rezeki akan sentiasa ada di gengaman kalian, insyaallah, pada yang cemerlang dalam UPSR jangan pula mendabik dada, segalanya atas izin Allah, perbanyakkan bersyukur ya.
Hari ni hati aku tergerak nak tengok bahagian search keywords, hasilnya aku jumpa 2 kejutan keywords yakni cerita tentang wanita gian dan cara beritahu tentang poligami. Tergelak besar aku dibuatnya. Gian tang mana tu??? Dan aku bukannya pakar hal ehwal poligami pun. Tak ada tips pun (kalau ada pun aku takkan kasi). Hahaha, pernah beberapa bulan sebelum ni aku lihat banyak keywords agak islamiklah juga, seperti doa nabi sulaiman, kata-kata hikmah, cerita dan moralnya, mesej untuk kawan dan lain-lain.
Ada jugaklah keywords yang duniawi seperti teka silang kata metro, kasyaf imani dll. So, tak adalah sebarang kejutan buat aku. Biasa je kan. Tapi nak tergelak jugak apabila jumpa keywords cara memohon jodoh, hehehehe
Apa pun aku tidaklah kisah dengan keywords sebegitu, blog aku bukanlah blog yang popular, sekadar blog yang memberikan sedikit informasi kepada semua orang, informasi yang aku sajikan biasa-biasa sahaja, dah ramai pun yang dah tahu maklumat yang aku tulis / taip, ada juga entry aku yang kebudak-budakan dan penuh emosional, ada juga entry yang tidak matang. Aku akui, blog aku ni blog budak yang baru belajar, aku bukan ustazah pun, aku sampaikan maklumat yang aku tahu sahaja, yang aku dapat melalui kuliah atau dalam internet. Aku tetap manusia biasa, yang punyai kelemahan.
Niat aku sekadar nak berkongsi apa yang patut. Walaupun bukan semua benda aku tulis belum sepenuhnya direalisasikan, tapi aku tetap berusaha ke arah itu. Aku pun masih banyak kena belajar, kena berguru, aku tak nak bertangguh lagi dalam urusan belajar ilmu agama, aku rasa menyesal masa kecil-kecil aku tak fokus betul-betul, kalau tidak dah lama aku jadi pakar dalam bidang agamakan, setidaknya aku dah jadi penceramah bebas. Hahahaha
Blog ni pun bukan ramai pengikut, tapi bukan itu faktor utama, niat aku blog ni rujukan untuk diri sendiri, nota untuk aku sendiri, tak pernah aku sangka aku akan ada follower, so bila dah ada follower walaupun tak ramai, cara aku tulis dalam blog kenalah berubah, tak bolehlah aku tulis sesedap rasa, aku kena sampaikan dengan lebih jelas supaya orang faham, bab agama tak boleh main-main, tak boleh faham secara serpihan sahaja, tak boleh faham separuh dan kemudiannya angguk konon mengerti.
Dulu, aku jenis cepat lupa, apa yang ustaz sampaikan aku lupa, nak elak daripada lupa aku tulis dalam blog, bila-bila free boleh rujuk kembali. Itulah sejarah bermulanya blog ini. Tak sangka pula aku terjebak kembali dalam blog ni. Dan menjadi blogger yang rajin post entry.
Itulah saja celoteh aku. Cuma, satu je aku target, aku harap ilmu yang cuba aku kongsikan ini berguna di mata masyarakat Islam khususnya. Janganlah amalkan Islam secara serpihan.
0 ulasan:
Catat Ulasan