Assalamualaikum kawan-kawan tersayang. Aku mulakan dengan bismillah, moga hari ni kita semua ceria dan bahagia di ofis walaupun masih dalam mood raya. Department aku agak lengang, rasa damai sekejap, kalau tidak rasa macam ofis bursa saham pun ada, sekali pandang macam pasar borong pun ya, bisingnya boleh tahan, malangnya yang bising tu adalah celoteh orang-orang yang suka bercerita tentang keburukan orang lain, doakan dia dapat taufik dan hidayah daripada Allah. Gunakan suara anda untuk perkara agama, itu lebih afdal.
Jumaat lepas, masing-masing dalam mood raya haji. Ada yang ambil half day (walaupun tak ada sistem half day di ofis aku), ada yang malas nak buat kerja, maka mengambil peluang menziarahi tempat rakan-rakan. Rancak mereka berborak, macam-macam topik diperbualkan.
Aku jenis tak ambil pusing sehinggalah tiba-tiba mereka bercerita tentang topik agama. Aku mula memasang telinga. Aku bukan jenis jaga tepi kain orang, tapi aku akan jadu teruja automatik apabila ada orang berbicara pasal agama, aku jadi kagum dan cuba memberi perhatian.
Asalnya, kawan aku bercerita dia tidak mahu penama dalam insurans takafulnya diletakkan nama suaminya, dikhuatiri suaminya berkahwin lain apabila dia dah meninggal kelak, kemudian mereka mengubah kepada topik puasa sunat dan puasa qada yang boleh disekalikan atau tidak. Kemudian bercerita tentang puasa mingguan, yakni kalau puasa pada hari jumaat perlu diapit dengan hari khamis atau sabtu. Kemudian bercerita tentang topik korban dll
Aku hanya mendengat penuh minat permasalahan diaorang tanpa ada niat nak menyampuk. Walaupun aku tak nafikan, ada di antara jawapan mereka aku rasa was-was, tapi aku hanya berdiam diri. Aku tak berani nak menyampuk sesedap rasa, bimbang dikatakan aku ni suka menyampuk cerita orang tua pula.
Tapi perbualan mereka membuatkan aku termenung panjang. Memang sewajarnya kita selalu bercerita tentang hal agama. Secara tak langsung kita dapat meningkatkan iman dan takwa kita. Tapi, pada aku kalau nak bertanya soalan, tanyalah pada yang pakar, tanyalah pada ustaz atau ulamak, mereka lebih bijak dalam menjawab persoalan orang awam seperti kita.
Sekadar bertanya rakan sekerja yang ilmunya lebih kurang kita, bimbang jawapan mereka menyebabkan kita terpesong daripada landasan yang sebenar. Kalau iya pun nak bertanya pada rakan, ambil alternatif juga bertanya perkara yang sama kepada ramai orang, dengan harapan kita mendapat jawapan yang tepat dan fakta yang betul.
Tak salah berbincang sesama rakan, tapi lebih afdal serahkan pada yang pakar. Aku bimbang niat nak menambah pahala, akhirnya dosa yang kita dapat apabila sewenangnya membuat kesimpulan.
Aku pun kadang-kadang dihujani oleh soalan daripada rakan-rakan. Aku hanya berani jawab kalau info tu aku benar-benar tahu, yang aku perolehi daripada ustaz semasa kuliah Zohor. Tu pun aku akan akhiri dengan jawapan, lepas ni rujuklah orang lain yang lebih tahu, maklumlah tak semua ustaz dan ustazah mempunyai pegangan jawapan yang sama, lagipun kita ada banyak mazhab, maka ada khilafnya. Jangan semata berpegang pada jawapan aku, sebab aku pun hanya dengar melalui kuliah Zohor.
selamat bertanya dan beramal

0 ulasan:
Catat Ulasan