~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 10 November 2011

Pantun Jahil

Aku sebenarnya rasa sangat mengantuk sebab semalam jam 2am baru tidur sebab ada tetamu datang, 520am aku dah bangun, maka aku rasa sangat tidak bermaya. Jadi aku cuba buat banyak benda untuk hilangkan rasa lemau aku, salah satunya mencari sumber untuk disumbatkan ke dalam blog aku. Hahaha



(sumber google : sebenarnya aku tidak tahu bunga ni namanya kecubung sehinggalah aku baca pantun di bawah, baru aku tahu wujudnya nama bagi bunga ni, teruk tak aku ni? dan bunganya bukan sekadar berwarna putih, tapi ada kuning dan juga ungu. Ni satu info yang baru pada aku pada pagi ni)

Tanam pisang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari,
Buat ibadat main rembat,
Sebab ilmu agama tak nak cari.

Anak rusa nani,
Baru kembang ekor,
Buat dosa korang memang berani,
Macam le banyak pahala korang skor.

Putih rupanya bunga kecubung,
Anak buaya mati di pantai,
Belajar agama takde nak sambung,
Solat zakat semua korang main bantai.

Puas aku bertanam ubi,
Nenas juga dipandang orang,
Artis barat korang lagi kenal dari nabi,
Kat akhirat nak mengaku umat apa barang

Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Al fatihah mana surah pun korang tak ingat,
Nak belajar tajwid pun dah takde gigi.

4 ulasan:

NM02 berkata...

salam kenal. singgah sini terus follow. kalu sudi, jom follow saya pulak.


selamat berkenalan ^_"

Wanita Bertudung Hijau berkata...

NM02 : salam kenal, tkasih kerana singgah, moga ada manfaatnya,

baik, sy akan folo :-)

♥ manje ♥ berkata...

pantun nasihat... ada makna tu... ~

Wanita Bertudung Hijau berkata...

manje : hehehehe :-)