~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 9 November 2011

Kisah seorang supir, ngeh ngeh ngeh

Aku rasa masih ramai berada dalam mood raya. Walaubagaimanapun, selepas Asar nanti, takbir raya tidak akan berkumandang lagi. So, sekarang ni, bertakbirlah puas-puas ye kawan.kawan. Moga dengan bertakbir itu, iman kita akan sentiasa terpelihara.

Oh ya, semasa kat kampung, perkara wajib yang aku akan makan adalah kepala lemang. Entry sebelum ni tentang kepala lemang boleh dibaca di sini ye. Aku memang hantu kepala lemang. Setiap kali nak potong lemang, aku akan pastikan aku akan sambar kepala lemang terkebih dahulu. Entahlah, bila perangai buruk ni nak berubah entahlah.

Walaupun menurut abang ipar aku, kali ni, lemang yang dibakar hanya 43 batang, tapi tetap meriah jika nak dibandingkan dengan raya puasa hari tu kami sekeluarga membakar 100 batang lemang. Seharian aku bermain bara api dan asap, suami aku dah berbunyi, pagi tadi dia bau daging kat badan aku, petang dia bau asap pulak kat badan aku, hahaha, apa tidaknya, aku adalah di antara kakitangan wajib yang terjebak dalam urusan di dapur untuk menyiapkan menu untuk hari raya dan aku jugaklah terlibat dalam urusan membakar lemang. Tapi aku tak kisah, aku ikhlas berbakti untuk keluarga mentua aku. Kita enjoy! (gedik ala-ala puteri)

Aku pulang ke kampung pagi sabtu lepas. Tak ku sangka jem yang teruk bermula daripada tol gombak sehingga exit Temerloh, bumper to bumper, memandangkan aku yang volunteer memandu, maka sebijik-sebijik kereta aku mencilok, suami aku yang pada mulanya berniat nak tidur dalam kereta terus melupakan niat tersebut sebab dia tak suka cara pemanduan aku yang suka bebenor mencilok, yelah kalau tak buat begitu, entah bila tiba di kampung, hahaha.

Suami aku akhirnya tidur terbungkang apabila tiba di kampungnya, melepaskan dendamnya dengan bantal, sebab dia benar-benar mengantuk tapi dia tak boleh nak lelapkan mata melihatkan aksi aku semasa memandu. Maaflah, aku niat nak cepat sampai je, lagipun aku mencilok secara berhemah, tidaklah membuatkan pemandu lain bengang (mana aku tahu?)

Mungkin pelik di pandangan orang lain, apabila aku yang memandu. Suami aku tak kisah sebenarnya, sebab dia tahu aku gila memandu, pada aku, kereta aku, biarlah aku memandu, kecuali kalau mengggunakan kereta suami, akan akan pastikan dia yang memandu, (sebab aku tak pandai pandu kereta dia), aku rasa cara begitu adil, dan apa salahnya aku berbakti menjadi supir kepada suami sesekali. Cuma, suami aku tak suka aku ni suka sangat mencilok dan tidak pernah mematuhi had laju. Highway kan 110 je, aku hentam 130-150. Sebab tu saman aku tahun lepas ada 7, semuanya speed trap, majoriti adalah daripada kawasan Bentong dan Temerloh, hahaha, padanlah muka aku ye tak

Sifat aku dan suami sangatlah bertentangan dalam dunia memandu, kerana suami aku adalah manusia yang sentiasa mematuhi had laju, kalau had laju menetapkan 80 misalnya, 80 lah dia bawa, seperti highway MRR2. Maka, jarang sekali dia berada di fast lane. Jarang sangat, dan aku pulang jarang sangat berada di lane paling kiri, hahaha. Itu yang membuatkan aku sangat sayang padanya kerana suami aku jenisnya, sifatnya adalah sentiasa mematuhi peraturan dunia. Sentiasa! Aku pula, tak semua peraturan aku patuhi apatah melibatkan had laju. So, sifat bertentangan itulah menjadi pelengkap dalam alam rumah tangga kami sebenarnya. Maka, setiap kali sewenangnya aku melanggar peraturan, pasti aku dapat tazkirah free. Hahaha, siapa lagi ye tak nak marah aku, nak nasihat aku, nak bebel pada aku kalau bukan suami sendiri. Itu pun untuk kebaikan sendiri jugak.

Selamat bertakbir!


2 ulasan:

Hidayatullah berkata...

mak aih.. 43 batang lemang.. dasat..
Slamat ari rye aidil adha

Wanita Bertudung Hijau berkata...

hidayatullah : selamat hari raya jugak :-)