~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 29 November 2011

Kata seorang ustaz...

Salam tahun baru Islam. Dah baca ke doa awal tahun? Kalau belum bacanya, bacalah sekarang, moga ianya diperkenankan Allah. Ustaz kata bacalah doa apa sekalipun, janji maksudnya baik. Cuma lebih afdal baca doa khas awal tahun, kerana ianya dah lengkap dan padat, walaupun nabi tak pernah baca doa khas tu, kata ustaz ianya tidaklah jatuh haram kerana berdoa itu sendiri bukan satu cabang ibadah yang baru, kecualilah kita sendiri memandai mencipta satu ibadah baru. Nabi pun selalu berdoa apa, maka ia satu ibadah yang dituntut. Kalau ada yang nak kata tak boleh amalkan baca doa awal tahun tu, ustaz kata lagi, cakap pada diaorang jangan sesekali doa untuk anak lulus periksa, kerana nabi lagilah tak pernah berdoa supaya anaknya lulus periksa. hahahaha. Korang faham tak? Sebab nabi tak buat, so janganlah buat ye tak? hehehe. Ni sekadar gurauan dari ustaz. Yang penting sebagai hamba Allah, berdoalah. Pedulikan yang kata doa khas awal tahun itu satu bidaah.

Aku harap sempena tahun baru ni apa kata kita bersama-sama mengguna pakai kalendar Islam untuk apa acara sekalipun, apatah melibatkan hari kelahiran kita, hari kelahiran orang-orang yang kita sayang, hari ulangtahun sekalipun selepas ni gunalah kalendar Islam, ustaz kata jangan nak agungkan kalendar yang bukan Islam. Moga sedemikian ianya akan lebih diberkati.

Sempena tahun baru ni, aku nak kongsikan di sini apa yang ustaz kata. Moga ada manfaatnya untuk kita semua di tahun baru Islam ni.

1- Sepatutnya tiada umat Islam di dunia ni miskin kerana kita mengamalkan sistem zakat. Selain itu setiap tahun, kita ada ibadah korban, pengagihan daging korban kepada fakir miskin akan membantu orang Islam daripada berterusan menjadi miskin. Tapi malangnys sistem zakat dan daging korban yang saban kali diagihkan itu sehingga sekang masih tak mampu meminimakan kuantiti fakir miskin. Salah siapa?

2- Sepatutnya umat Islam di Malaysia menjadi antara umat yang terbijak di dunia. Kerana kajian menunjukkan apabila bersujud akan menyebabkan aliran darah akan tiba ke otak dan ianya akan menyebabkan sesiapa yang kerap bersujud akan menjadi bijak dan cemerlang kerana pengaliran darahnya telah menjadi sempurna, tapi ramai yang melakukan jenayah dan perkara negatif. Di manakah salahnya? Kerana seperti diketahui umum, selain solat 5 waktu tu, kita ada banyak solat sunat seperti witir, dhuha, tahajud, hajat dll, tapi sejauh manakahnya ianya efisyen ke atas kita?

3- Sepatutnya umat Islam di dunia adalah di antara umat yang paling sihat dan tidak mengalami masalah obes kerana kesan akibat daripada berpuasa di bulan Ramadhan dan puasa Isnin Khamis serta lain-lain puasa sunat. Tapi statistik menunjukkan di Malaysia sahaja rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, BMI mereka tidak berada di paras normal. Berat badan mereka bukan saja sudah melebihi sepatutnya tapi tidak sihat kerana tidak mengamalkan cara hidup yang sihat, malas nak bersenam atau makan mengikut pola pemakanan yang betul. Pola pemakanan yang betul bukan sahaja mengikut sistem piramid tapi berhenti sebelum kenyang, kerana perut kita perlukan 3 ruang yakni untuk udara, air dan makanan. Jika makanan yang menguasai perut, maka, penyakit mudah datang menyerang. Bersenam di sini pula bukan sahaja melakukan rengangan otot di padang, tapi pergerakan dalam solat juga sebagai salah satu senaman. Sebagai contoh selepas kita kenyang seperti ular sawa selepas berbuka puasa di bulan ramadhan, apabila kita melakukan terawih makanan tadi akan cepat hadam. Begitu juga makanan yang kita makan selepas makan malam, makanan akan segera hadam apabila kita melakukan solat tahajud dan solat witir. Tapi kenapa ramai mengalami perut maju ke depan / bunting gajah?

4-Sepatutnya umat Islam menjadi contoh teladan yang baik kepada bukan muslim kerana Islam sendiri adalah satu cara hidup yang sempurna. Sangat sempurna. Malangnya ramai yang tidak mengikut syariat yang ditetapkan, maka Islam itu sendiri tercemar dengan perangai umatnya yang sering melanggar peraturan. Contoh terbaik adalah ramai melengahkan solat fardhu, jika dikaji solat fardhu di awal waktu itu sendiri dapat mendidik dan mendsiplinkan diri kita sendiri dalam menjalani hidup di alam fana ni. Apa maksud fana? Fana adalah sementara, maka jika kita tidak mampu nak solat fardhu di awal waktu, maka itu bermaksud kita masih gagal dalam mendisplinkan diri sendiri. Maka, tak mustahil kita gagal dalam dunia yang fana ni, kerana dalam perkara wajib dan besar itu tadi kita dah gagal dalam nak melaksanakan secara cemerlang. Maka, janganlah mengeluh sekiranya kita berterusan gagal dalam hidup kita ni. Sebagai contoh lagi, kalau selama hayat kita sentiasa melengahkan solat Subuh, atas alasan mengantuk dan malas nak bangun di awal waktu, maka janganlah khuatir kerana kita pasti gagal dalam impian hidup kita yang lain, kerana kita tak mampu nak melawan rasa mengantuk tadi. Takkan sepanjang hayat nak bersolat subuh di hujung waktu? Renungkan.

Itu adalah antara intipati yang sempat aku kutip sepanjang kuliah yang berlangsung sepanjang aku mendengar kuliah sempena tahun baru. Ayat-ayat yang tidak sempurna tu daripada akulah ye, maka maafkan aku sekiranya tidak mengikut sunnah Nabi.

Itu sahaja kot, meh sambung kerja.


5 ulasan:

Noorieda berkata...

ASALAMUALAIKUM W.B.T..

SALAM TAHUN BARU...

Orang-orang yang suka melengah-lengahkan solat termasuk dalam golongan orang-orang yang mempersendakan agama....

Hmmmm...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

noorieda : waalaikummussalam w.b.t

itulah, apabila bukan muslim mempersendakan agama kita, aduhhh bukan main marahnya, ternyata umat islam sendiri mempersendakan agamanya sendiri :-(

UMMI YL berkata...

banyak lagi yang kena perkasakan diri sendiri...tulisan harus disebar-sebakan lagi agar orang lain pun mendapat kesedaran dan manfaat...TQ kak WBH...:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : sama2 adikku, ahakssssssss mcm gedik lak cara saya sebut :-)

Kak hana berkata...

Terima kasih untuk.perkongsian ini :)