~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 24 November 2011

Masjid di Malaysia tidak mesra alam?

Fenomena lambakan masjid di Malaysia bukan satu perkara baru. Masjid banyak didirikan tapi hakikatnya jemaahnya boleh dibilang-bilang sehingga malas nak membilang kerana tak perlu pun nak membilang. Aku bukan nak tekankan di sini tentang kepentingan solat berjemaah, sebab aku rasa semua dah sedia maklum terutama bagi kaum adam.

Yang aku nak sampaikan di sini adalah tentang situasi masjid yang tidak mesra muslimat. Aku rasa aku pernah kot beri ulasan dalam blog kawan-kawan blogger sebelum ni tentang tidak kepuasan hati mengenai tandas wanita yang lokasinya sangat tidak esfiyen / lokasinya sangat tidak strategik kerana aurat wanita yang terdedah dalam tandas boleh dilihat oleh lelaki yang lalu-lalang di sekitar masjid. Sama juga dengan lokasi ambil wuduk, lokasi wuduk amat tidak sesuai untuk kesesuaian wanita nak berwuduk dengan selesa kerana terpaksa menutup aurat semasa berwuduk.

Aku tak tujukan kepada seluruh masjid di negara ini, tapi hampir kebanyakan yang aku singgah adalah seperti yang aku maksudkan tadi. Lebih parah sekarang, semasa solat berjemaah berlangsung, tirai yang menjadi hijab antara lelaki dan wanita dibuka secara terang lagi bersuluh dan ini menyebabkan wanita yang memakai purdah terpaksa mengenakan purdah semasa menunaikan solat berjemaah tadi. Paling ketara perkara ni berlaku sepanjang musim terawih lalu.

Aku sangkakan perkara ni aku sorang je yang sedar. Tapi semalam semasa kuliah Zohor, ustaz menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada kami sidang jemaah. Ustaz rasa kesal kenapa perkara ni boleh berlaku di sebuah masjid di sekitar Lembah Klang? Ikut mazhab mana ni kata ustaz? Mujurlah perkara ni tidak menular di ofis aku.

Perkara begini bukanlah remeh kerana ianya melibatkan aurat wanita. Para wanita tak rasa selesa berada di tandas masjid, di tempat mengambil wuduk dan di dalam masjid sendiri. Mentang-mentanglah wanita tak diwajibkan berjemaah di masjid janganlah perkara ni seseolah di anak tirikan oleh pihak-pihak berwajib yakni AJK masjid dll

Aku menyatakan rasa sedih di sini dengan harapan corak situasi begini akan berubah. Kesian pada jemaah wanita yang nak mengejar pahala di masjid.

Ustaz kata kalau zaman nabi perkara begini takkan berlaku. Betapa Baginda Rasullullah SAW memberatkan perkara sebegini. Contoh lain kata ustaz, selesai solat, Nabi akan terus bersama-sama sahabat baginda di dalam masjid dengan niat tak nak bertembung dengan jemaah wanita dan sengaja nak membiarkan jemaah wanita beredar terlebih dahulu daripada masjid. Betapa di sini Nabi terlampau menjaga walaupun perkara kecil sebegini. Nampak tak apa yang berlaku kepada zaman kita? Ustaz kata betapa berubahnya minda masyarakat Islam zaman sekarang.

Kalau ada AJK masjid yang terbaca entry aku ni, buatlah sesuatu, contoh macam kat tandas tu, gantunglah tirai, atau ambil kira lokasi tandas wanita dan tempat mengambil wuduk wanita supaya wanita tak rasa ini adalah satu penindasan.

p/s : maaflah kalau ayat aku tidak dalam susunan yang betul, aku bukan pandai dalam nak menyusun ayat