Ustaz selalu pesan semasa kuliah Zohor, amalkan sikap bersedekah walaupun kecil nilainya. Mungkin kita terasa berat nak mulakan dengan kuantiti yang besar, boleh bersedekah dengan nilai yang kecil seperti rm1. Yang penting nawaitu kita adalah ikhlas bersedekah kerana Allah.
Ustaz selalu pesan lagi, jangan jadi manusia kedekut, tetapi belajarlah mendidik diri menjadi manusia pemurah kerana sebenarnya hak kita di akhirat esok adalah apa yang kita telah sedekahkan semasa kat dunia ni.
Jangan kita sangka, duit gaji kita 100% dapat kita gunakan secara mutlak, lupakah kita duit tersebut kadang-kadang rezeki pengasuh kita, tokey stesen minyak petrol, tokey workshop dll, maka, apa yang sebenarnya tinggal untuk kita hanya sedekah jariah yang kita keluarkan tadi.
Maka, ustaz kata, belajarlah bersedekah setiap hari, kalau sehari rm1, sebulan baru rm30, masih sikit nilainya jika dibandingkan dengan tangga gaji kita. Sedekah itu saham akhirat, sedekah itu penghapus dosa.
Mari kita sama-sama latih diri bersedekah kerana Allah, mari bersedekah berjemaah :-)
Mari kita sama-sama latih diri bersedekah kerana Allah, mari bersedekah berjemaah :-)
2 ulasan:
Salam kenal dan terima kasih mengingatkan kita semua.
zanafahmi : sedap nama ni, sama2 :-)
Catat Ulasan