~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 22 November 2011

Apabila Garuda patah sayapnya...

Siapa dah baca suratkhabar The Star hari ni? Atau dah baca sini dan sini  kisah semalam. Aku tak sempat pulak nak paste kat sini. Ada 2 penyokong Garuda meninggal dunia, dan ramai yang cedera dan pengsan, dan ada seorang kanak-kanak berumur 9 tahun koma. Kenapa benda sebegini boleh berlaku kepada penyokong Garuda sendiri, bukanya berpunca daripada penyokong fanatik Malaysia pun, tapi salah mereka sendiri. Eeee...

Aku sangkakan adalah anjakan paradigma akan berlaku apabila Malaysia menewaskan Indonesia secara sangat profesional, dengan harapan mereka akan terima kekalahan dengan positif dan berlapang dada, tapi sebaliknya berlaku, makin menjadi-jadi pula apabila banyak webiste Malaysia yang tak bersalah di hacknya. Tak cukup lagi ke bendera dibakar dan ditulis perkataan kesat? Tak cukup lagi ke website di hack dengan perkataan lucah dan keji? Tak cukup lagi ke lagu Negaraku dicemuh?

Ramai mendesak supaya tragedi player Malaysia terpaksa naik baracuda pergi dan pulang dilaporkan kepada FIFA supaya tindakan drastik diambil. Kenapalah mentaliti mereka tidak berubah jugak? Aku tidaklah sanggup nak cerita perkara ni semua dalam FB sebab dalam akuan aku ada ramai kawan-kawan daripada seberang sana, kebanyakan daripada mereka adalah kawan-kawan dalam dunia pergunungan. Maka, aku elakkan tulis sesuatu yang akan menyentap perasaan mereka kerana mereka sahabat baikku, tapi aku sedih sangat dengan ketidakmatangan sikap penyokong Indonesia. Aku rasa bersalah juga apabila entry aku sebelum ni banyak sangat menghentam mereka.

Tapi, hakikatnya, kerana nila setitik rosak jugaklah susu sebelanga. Aku yakin sangat tidak semua warga Indon bersikap sedemikian. Tapi apabila sikap buruk yang ditonjolkan semakin melampau, kesannya terpalit kepada seluruh warga Indonesia. Dunia akan nampak warga Indonesia ni adalah warga yang sangat melampau dan teruk perangainya.

Semalam, apabila aku sekadar membaca sekali lalu status kawan-kawan gunung aku menegur secara berhemah penyokong Indon, ada penyokong dari negara seberang segera memmbalas di mana mereka turut melahirkan rasa kecewa dengan sebilangan penyokong Indon yang tegar itu. Mereka sendiri tak mampu buat apa-apa dengan rakan satu negara mereka. Sedih pula aku baca, seseolah mereka sendiri malu dengan perangai buruk tersebut.

Nasi dah jadi bubur pun. Selepas ni kalau sebut penyokong Indon, semua orang dah sedia maklum bagaimanakah sikap mereka, sangat buruk dan tidak matang. Kepada kawan seberang aku, aku cuma nak cakap, kalah menang sekadar adat bertanding, jangan kerana sebiji bola, hubungan serumpun ni berantakan.

Kalian sebenarnya tetap hebat kerana berjaya mendahului semua negara dalam pungutan pingat emas terbanyak. Takkan itu masih tak cukup dalam mengubati hati kalian yang terluka kerana kekalahan dalam bola sepak. Aku tahu, bola sepak dianggap segalanya dalam SUKAN SEA. Tapi, kali ni rezeki masih memihak kepada negara yang aku kasihi, Malaysia.

Kalian tetap hebat, kalian juga berjaya buktikan kalian juga bukan jaguh kampung. Tapi, Malaysia juga menjadi jaguh akhirnya.

Tahniah kepada player Malaysia. Aku tak sangka korang berjaya jugak score goal walaupun ramai yang anggap korang semua dah stress dengan gol pertama Indon di awal 5 minit yang pertama. Baguslah rentak permainan korang walaupun ada yang mensia-siakan peluang di depan mata, itulah namanya tak ada rezeki ye tak?

Dalam sejarah hidup aku tengok bola, rasanya semalam debaran berada di puncak yang maksima. Sebab aku ni pantang sikit kalau melibatkan penalti, aku tak suka sebab debaran dia agak lain. Debaran dia macam boleh dapat serangan jantung. Kerana segalanya akan hanya bergantung harap kepada penjaga gol semata.
Syukurlah akhirnya debaran aku berbaloi juga.

Tahniah sekali lagi. Thumps up untuk jurulatih Malaysia. Terima kasih kerana mampu buat kami rakyat Malaysia tersenyum bangga.

p/s : Aku suka walaupun semalam aku rasa paling dashyat sekali jeritan pekikan dan ngauman daripada penyokong fanatik Malaysia yakni jiran-jiran dan suami aku. Lagaknya macam menonton bola di stadium je.