~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 16 November 2011

Tanda-tanda penuaan

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang. Tahun baru bakal menjelang, dah bersiap sedia ke dengan azam tahun baru? Pastikan azam tahun baru itu bukan sekadar angan-angan mat jenin, realisasikannya ya. Aku pun dah siap sediakan azam tahun baru, harap azam aku kali ni tidak akan carry forward lagi, hehehe. Doakan aku.

Baru-baru ustaz yang mengajar aku mengaji tegur aku, kenapa sejak kebelakangan ni aku semput semacam je. Nafas aku macam tersangkut-sangkut. Untuk pengetahuan kalian, semasa mengaji, lontaran suara aku kuat supaya jelas di dengar oleh ustaz yang mengajar aku supaya dia puas hati dengan tajwid aku, yang mana salah dia segera betulkan. Kalau membaca al quran seorang diri, biasanya aku akan baca perlahan supaya aku dapat baca dalam mukasurat yang banyak. (konon banyak)

Sebenarnya aku memang perasan, setiap kali aku sarapan sebelum mengaji, pasti aku akan cepat semput, seseolah aku sesak nafas. Tapi, kalau dah kebulur, nak buat macam mana kan, aku belasahlah juga sarapan di awal 7am. Tapi, apabila dah banyak kali ustaz tegur nafas aku tercungap-cungap, maka pilihan yang ada ialah bersarapan selepas aku mengaji, itu lebih afdal supaya aku dapat baca lama dan panjang sikit ayat-ayatNya.

Aku rasa ni faktor usia kot, maklumlah umur dah meningkat senja ni, baru sibuk nak berguru. Hahaha. Nasib baik masih ada gigi. Baca sini.  Last aku berguru baca al quran adalah semasa aku nak masuk tadika, tu pun berguru dengan Tok Long aku yang digelar Panglima oleh orang kampung. Aku pun tak faham Panglima tu sekadar panggilan atau berpangkat sebab Tok Long aku tu biasa je aku tengok. Tak ada tokoh macam Panglima pun. Apa-apa pun, Al fatihah untuk beliau, dia meninggal semasa aku sekolah rendah lagi.

Makanya di sini, kembali kepada point, punca-punca aku semput adalah faktor penuaanlah ni, maksudnya aku dah tak macam dulu, dulu aku sarapan terlebih dahulu sebelum mengaji, sekarang dah tak boleh, maksudnya lagi, tenaga aku, kudrat aku dah tak macam aku di usia remaja belia. Aku dah semakin tua, kubur dah semakin hampir, alam barzah dah menggamit-gamit aku. Nasib baik aku masih mampu nampak huruf. Dan syukurlah aku belum rabun.

Teringat kata-kata ibu mertua aku tempoh hari semasa aku pulang beraya haji di kampung, ibu mertua cakap, korang ni masih muda, usia macam korang ni banyakkanlah membaca sepuas-puasnya, tapi bukan baca novel (masa tu aku sedang mentelaah novel ni, tapi baca al quran, perghhhhhh, tajam menikam kena kat batang hidung aku, aku sengih tak jadi terus pandang adik ipar aku, dia pun turut sengih. Esok dah tua macam mak ni dah tak nampak, dah rabun, dah susah nak baca al quran. Kadang-kadang nampak tulisan kembang, kadang-kadang nampak tulisan tu macam lari-lari. Aku tak dapat bayangkan kalau aku di tempat mak mertua aku, bila Allah dah bagi nikmat mata, penglihatan yang masih elok, gunakanlah secara maksima ke arah kebaikan. Jangan tunggu Allah dah tarik, baru nak terkial-kial baca al quran. Jangan!

Sesungguhnya, aku setuju dengan pendapat ibu mertua aku tu. Usia muda nilah sepatutnya di manfaatkan dengan membaca al quran sebanyak-banyaknya, bukan baca ruangan gosip hiburan, atau baca forward 'meng' forward email tentang artis, tapi yang tulah yang dipulun bacanya oleh kebanyakan ramai orang, aku tak tujukan pada orang lain, aku tujukan pada kawan-kawan ofis, paling kerap yang dihantar adalah cerita mengenai dunia artis, gambar artis yang terdedah sana sini yang tak pernah cukup kain, aku sangka bukan Islam, sekali baca nama mereka, confirm Muslim daa, aku cakap tak payahlah send email sebegini pada aku, silap-silap aku yang turut terjebak menambahkan koleksi dosa, mana tahu aku terkutuk cara pakaian mereka, maka elakkanlah, tapi biasanya email pasal artis yang paling digemari, email pasal akidah, pasal nak tambah iman, haram mereka nak baca, siap kutuk aku, panjangnya email engkau hantar, malas nak baca, hadoiii la.

Tapi itulah realiti yang berlaku di ofis aku. Tapi bukan semua, masih ramai yang menjadi idola dan mentor aku di ofis ni, ada yang menjadi penulis buku-buku agama dan telah berjaya menjual lebih 2 ribu naskah. Ada yang mendapat tauliah menjadi penceramah bebas, dan masih ramai yang sentiasa menjaga solat jemaah di surau ofis setiap hari. Sungguh aku teruja dengan keperibadian dan akhlak yang ditonjolkan oleh mereka dan kerana merekalah aku masih ada di sini. Aku nak berdamping dengan orang-orang seperti mereka dengan harapan iman aku bertambah, dengan harapan aku menjadi manusia bertakwa.

Walaupun bekerja di sini cukup kuat dugaannya kerana ramai di sini mengamalkan Islam secara serpihan, tapi aku gagahi juga, mungkin di sini perlunya aku secara langsung atau secara halus untuk sama-sama membantu mereka, walaupun Islam aku sendiri masih belum cukup sempurna, walaupun aku sendiri masih dalam proses belajar, walaupun aku sendiri tak sekuat mana menghadapi sikap dan tingkah laku mereka terhadap agama yang agung ni, tapi aku akan pastikan aku akan masih di sini selagi aku mampu bertahan.

Kadang-kadang aku rasa malu pada bangsa lain yang beragama Islam mengamalkan Islam secara keseluruhan, tapi orang Melayu yang beragama Islam mengamalkan Islam secara serpihan. Sangat malu dengan suami twin aku yang boleh dikatakan baru dalam Islam tapi sangat fanatik dalam mengamalkan Islam.

Semua orang tahu mati itu pasti, bila-bila sahaja kita akan mati, tapi cara dan tindakan kita pula seseolah kita tak akan mati sampai bila-bila. Kita tak pernah bersedia untuk mati.