Suatu ketika sahabat karib Rasulullah saw iaitu Ibnu Mas'ud didatangi seorang lelaki yg kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki ini berkata kepada Ibnu Mas'ud;
"Saudara berikanlah padaku satu nasihat yg dpt aku jadikan penawar utk jiwaku yg gelisah ini. Akhir2 ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makanku tdk kenyang, tidurku tidak lena"
Mendengar itu, Ibnu Mas'ud membalas, sekiranya itulah penyakit yang menimpa mu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tempat ini;
Pertama: tpt org membaca Al-Quran ; samada kamu membacanya @ kamu sekadar mendengar org lain membaca ayat suci.
Kedua ; majlis ilmu ; yang dapat mengingatkan kamu kpd Allah.
Ketiga ; carilah tempat dan waktu yg sesuai supaya kamu dpt beribadat kpd Allah dgn khusyuk dan tulus ikhlas
Demikian penawar hati gelisah;
kadangkala kita tdk tahu punca yg membawa hati resah
Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dgn sebaik-baiknya. Hati yg kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap
Firman Allah;
"Jika engkau dihasut olh syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui"
(Surah Al-A'raf:200)
0 ulasan:
Catat Ulasan