~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 11 Mei 2011

Eeeeeeeee ada Babi - Korang pernah check?

---Sumber daripada email----

Untuk dikongsikan bersama.

Mudah-mudahan ada manfaatnya..

Emel asal ini dari seorang Pakar Farmasi..

TQ

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.

Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

TQ

P/S : Aku tak pernah pula check selama ni, kalau ada pun dah tentu dah jadi darah daging

ada siapa nak komen n tambah?

10 ulasan:

shahjiehan berkata...

klo gelatin babi pulak camne nk detect??


jom baca dan komen Roman Abramovich kini bersama "Luna" | ! !shahjiehan [dot] com ! !

Zulfikar Hazri berkata...

OoOOOoooOOOoo Porcine itu babi.....

uiyoohhh.... hebat ahhh..

:) tenkiu....

Azam Husni berkata...

hmm, ulama syafiiyah berpendapat benda yg haram kecuali arak jika untuk perubatan tidak mengapa selagi tiada ubat lain yang lebih berkesan.. lagipun, ianya dimaafkan jika darurat, tidak sengaja dan tidak tahu..

Wallahu a'lam =)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

shahjiehan : baik, sy akan membacanya

zulfikar : welcome :-)

azam : t/kasih atas info anda, jasamu dikenang :-)

marinahunny berkata...

sharing is caring. sebelum ni hanya tau pork, pig, swine je. yg lain2 tu jarang dengar.

kalu utk perubatan ni, ari tu akak pernah baca psl ubat kencing manis kalu x silap. sumber ada juga drpd porcine ni tp ada ustaz bgtau jatuh hukum harus sbb utk tujuan perubatan.

tp entahlah kita yg jahil ni nk komen lebih2 pun xtau jugak. kalu ikut logik babi ni banyak keburukannya, ada jugak ke part dia yg boleh buat ubat?

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : ic, agaknya la kan, dlm soal darurat dibolehkan :-)

~ yus ~ berkata...

mmg kena periksa teliti kan...

cakap pasal menatang ni, semalam anak akak nampak babi hutan berlari2 anak di depan rumah..huhu. Menakutkan, rumah ni mmg dekat dengan ladang kelapa sawit, tak tahu pulak makhluk tu ada juga...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

yus : bahaya jugak tu pada budak2, kena memantau kan, sy pun pernah jmp babi hutan dlm hutan, ingatkan kambing, bile tgk muncungnya baru perasan dia babi.

hehehehe

RULZA berkata...

aritu dalam rancangan adik dan alquran, ustaz zamri ada terangkan pasal darurat..kalau kat dalam hutan pun tak boleh dimakan babi sebab pokok2 masih ada. contoh yang ustaz zamri beri, kalau kat padang pasir ke, lansung takda apa, tetiba adala seekor babi. boleh la dimakan. makan pun untuk melapik perut. info yang bagus WBH. kita kena tau vocab yang lain yang merujuk pada babi. selain itu bawalah satu list kod babi dalam dompet. kod EXX. rujuk kod dan penerangan. jika kod babi tapi takda penerangan dari sumber samada babi atau tumbuhan/binatang lain baik jangan guna/beli.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : info yg sgt membantu :-)