~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 20 Mei 2011

Tips yang barangkali membantu kalian dalam alam rumah tangga

Syukurlah. Hari jumaat yang mulia ini aku masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Pagi yang mulia ni aku nak berkongsi tips berkenaan alam rumah tangga. Chewahhh, belum setahun jagung dalam alam rumah tangga dah pandai nak kasi tips ye.

Entahlah, aku tak tahu samada tips aku ni akan membantu pasangan yang dah berkahwin atau tidak. Tapi apa yang aku nak kongsikan ini adalah apa yang aku realisasikan. Aku kotakan apa yang aku katakan. Buat masa ini sangat berjaya kepada hubungan aku suami isteri.

Punca kenapa aku nak berkongsi di sini walaupun hakikatnya aku belum layak nak bersuara memberi petua dalam alam rumah tangga adalah kerana sahabat baik aku sering mengadu pada aku tentang rumah tangganya yang sering tak keruan.

Dia sering bergaduh dengan suaminya walaupun melibatkan perkara yang remeh. Sebagai kawan, aku berhak menyejukkan hatinya dan cuba memberi idea supaya rumah tangganya aman dan bahagia. Antara idea tak seberapa aku ialah :-

1- sentiasalah cipta kenangan manis

Selagi boleh, ciptalah kenangan manis sebanyak mungkin bersama suami, perkara ini sangatlah penting aku rasa. Kenapa? Suatu hari kelak, kita pasti jatuh tergolek, bukan aku minta perkara yang bukan-bukan, dan bukan aku bersangka buruk dengan Allah, tapi aku percaya, hidup kita ni ibarat roda, tak semestinya kita sentiasa di atas sahaja, maka semasa kita jatuh merudum, gunakanlah kenangan manis tadi untuk jernihkan kembali hubungan suami isteri tadi. Aku rasa kaedah ni sedikit sebanyak membantu.

2 - sentiasalah cipta kreativiti

Gunakan apa sahaja kreativiti bagi memastikan hubungan suami dan isteri sentiasa bahagia, ceria dan berbunga-bunga. Kalau kaedah menggedik membantu, gunakanlah untuk memikat hati suami. Gedik untuk suami tak salahkan. Tak dosa pun. Hati suami perlu sentiasa dipikat. Tapi kalau kaedah gedik-gedik tak berkesan, janganlah cuba lagi, kang dikatakan buang tebiat. Cubalah cipta gurauan yang membina yang mampu membuatkan suami terburai ketawa. Kaedah ni mampu mengeratkan hubungan suami isteri. Semasa ini selitkan unsur-unsur perbincangan dari hati ke hati, bincang apa patut, tegur apa yang patut, pasti sang suami terkesan. Jangan sesekali menegur kesalahan suami semasa dia sedang melakukan kesalahan, pasti mengundang pergaduhan. Oh ya, boleh juga lakukan aktiviti riadah bersama. Kalau rasa main kejar-kejar membantu, lakukanlah. Kalau rasa main nyorok-nyorok membantu, amalkanlah, pastu sorok masuk dalam bilik bersama-sama dan kunci. Seperti yang kawan aku lakukan, main sorok-sorok dengan anak dan isteri. Sang suami dan sang isteri menyorok dalam bilik dan kunci, si anak melilau satu rumah cari ibu dan ayahnya. Selepas setengah jam, si ayah dan ibu baru muncul. Hahahaha. Menyoroklah konon. Confuse si anak.

3 - Buang ego yang ada sesegera mungkin

Apabila sedang bergaduh, cubalah selesaikan sesegera mungkin. Tolonglah jangan drag sehingga berjam-jam lamanya, lebih malang ada yang mengasingkan tempat tidur dan tidak bercakap selama beberapa hari. Apa yang aku praktikkan selama ni, aku cuba selesaikan masalah itu kurang daripada 10 minit. Kalau nak bermasam muka pun 5 minit cukuplah, kemudian cubalah atasi masalah tersebut. Tak kiralah samada  bersalah atau tidak, buangkanlah ego itu sejauh mungkin. Kita kena ingat, syaitan yang bernama Dasim setiap hari akan menghasut kita supaya bergaduh dan bercerai dengan suami. Jangan sesekali terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah. Syaitan akan melompat kegirangan sekiranya dia berjaya membuatkan rumah tangga kita bergolak. Bencinya kat syaitan.

4 - Toleransi

Perkara ni nampak remeh, tapi kesannya sangat mendalam. Amalkan sifat mulia ni dalam rumah tangga. Aku bersyukur dapat suami yang rajin dan ringan tulang. Tak berkira langsung daripada segi kudrat. Tanpa segan silu tolong aku basuh pinggan mangkuk, cuci periuk belanga, kemas rumah, lipat kain baju, sapu sampah, buang sampah, basuh dan sidai kain. Jangan tak percaya suami aku pernah masakkan untuk aku. Oh ya, untuk pengetahuan kalian, aku tak pernah suruh dia buat kerja-kerja tersebut, tak pernah langsung, malah aku pernah argue kenapa dia tolong aku. Dia cakap apa salahnya, Nabi kan selalu tolong isteri di rumah. Bukanlah bermakna tiap-tiap hari dia buat perkara tersebut, tapi dalam sehari pasti ada sahaja dia bantu aku ringankan kerja rumah. Sebagai contohnya kalau dia tengok aku sibuk kemas rumah dan memasak, dia tolong basuh dan sidai kain. Aku pernah sebelum ni dilamar oleh seorang lelaki yang rajin ke dapur memasak dan kemas rumah, tapi apabila dia cakap bahawasanya selepas kahwin dia konon nak jadi lelaki sejati iaitu tak nak ke dapur dan kemas rumah, automatik aku reject dia. Dan aku membuat keputusan paling tepat biarpun dia sangat handsome. Sebab pada aku untuk menjadi lelaki sejati, ikutlah cara baginda Rasullullah SAW. Baginda pun ke dapur tolong isteri, baginda pun tolong kemas rumah, tak hilang pun sifat maskulin baginda. Maka ini adalah salah satu sebab kenapa aku pilih suami aku ini. Seperti semasa bujang pun aku dah sedia maklum dia memang rajin. Alhamdulillah rajinnya berkekalan sehingga hari ni. Kadang-kadang aku pula rasa bersalah, dia pun penat pulang dari kerja, tapi tak pernah bersungut, malah tanpa diminta tolong aku. Syukur. Tapi, tak bermakna di sini aku boleh ambil kesempatan terhadap kerajinan suami aku. Maka, aku perlu jadi toleransi yang maksima juga, aku penat, dia penat, tapi kerja rumah perlu dibereskan juga. Penat macam mana pun, aku rela dan ikhlas nak kenyangkan perut suami walaupun suami selalu cakap, kalau penat kita makan di luar. Tapi, aku tetap nak masak. Bila lagi aku nak belajar masak, esok-esok dah ada anak silap-silap masih tak tahu masak, tak ke malu? Maka, peluang yang ada, aku bekerja keras belajar memasak. Biarpun suami ada komplen, tapi tak pernah patahkan semangat aku, sebab dia berhak komplen, dan aku perlu belajar daripada komplen tersebut.
Itu dari segi kerja-kerja rumah, dalam urusan lain pun perlu bertoleransi, contohnya nak lakukan aktiviti bersama di hujung minggu misalnya, kena berbincang dulu, jangan lakukan sesedap rasa je, jangan amalkan perangai bujang lagi. Bila dah kahwin, kena utamakan keluarga, contohnya kalau nak tengok wayang, pastikan pasangan pun berminat tentang filem yang nak ditonton, jangan syok sendiri, kalau nak tengok tv, belajarlah fleksibel dan toleransi, jangan pentingkan diri sendiri nak tengok saluran yang diminati sahaja. Perlu ada pengorbanan, perlu belajar fleksibel dan toleransi. JANGAN SESEKALI CONQUER REMOTE CONTROL

5 - Berdoalah setiap hari

Semua orang Islam tahu, doa ialah senjata orang mukmin. Maka, gunakanlah secara maksimum. Rugi tau tak gunakan senjata yang satu ni. Bukannya perlukan modal. Ada beratus ribu doa yang boleh diamalkan untuk mengekalkan keluarga bahagia. Aku bukan ustazah nak hafal semua doa. Yang penting berdoa. Aku pun hanya gunakan beberapa doa sahaja buat masa ni. Insyaallah aku kena lebih belajar doa-doa lain. Antara doa yang direkemkan yang aku tengok dalam internet ialah seperti ayat 200 surah al Imran, baca dan hembuskan pada ubun suami, insyaallah, lembut hati sang suami. Oh ya, lebih afdal doa yang baginda Rasullullah SAW ajarkan. Kita boleh tanya lebai google. Buat masa ni, selain doa, surah al fatihah aku tak pernah lupa amalkan dan hadiahkan pada suami setiap kali selesai solat fardhu. Jangan sangka al fatihah hanya untuk si arwah, pada yang hidup pun boleh hadiahkan. (Jangan pula LUPA berdoa pada kedua orang tua)


p/s : ada sesiapa yang nak menambah, aku taip semua ni sekali lalu je, maaf atas kekurangan

4 ulasan:

kakcik berkata...

Saling mempercayai dan bertolak ansur adalah amalan yang perlu ada pada setiap pasangan suami isteri. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : haaaaaa, tertinggal tips yg berguna, t/kasih atas tambahan tips td :-)

Cik Ina Do do Cheng berkata...

Kalau dah hidup berpasangan, haruslah bersefahaman dan bertolak ansur. Nak jadi Lelaki sejati bukanya yang tak boleh menolong isteri wat kerja rumah . Andaian salah tu.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

cik ina : betul tu :-)