~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 20 Mei 2011

Pernah dengar?

Pernah dengar peribahasa ni?

Jadilah seperti durian, biarpun berduri tapi telus luar dan dalam

Jangan jadi seperti tembikai, sejuk di luar panas di dalam?

Confirm tak pernah kan? Sebab aku dan kawan aku yang merekaciptanya tadi. Puncanya dia bagitau aku elakkan minum ais, sebab ais tak baik untuk kesihatan. Aku akui aku tidak berminat dengan minuman ais ni sebab akan menyebabkan badan aku lemah dan sakit-sakit. Maka aku akan hindarkan especially di bulan puasa. Dan susah nak teringin minuman berais ni, cuma kadang-kadang je aku jamah, contohnya orang jamu, aku belasahlah sesedap rasa. Namun kalau nak cari sendiri, pasti tak mungkinlah sebab susulan selepas minum pasti aku sakit badan.

Kemudian, berlarutanlah kepada topik buah-buahan. Kawan aku cakap, mak dan mak mertua dia cakap, tembikai ni sejuk, tapi sebenarnya panas. Aku cakaplah, ini info baru. Aku baru tahu. Pastu aku cakaplah, durian macam mana pula? Dia cakaplah panas luar dan dalam. Maka terciptalah peribahasa baru ni antara kami.

Walaupun cerita ini biasa aje, tapi pada aku, peribaha tadi ada moral disebaliknya juga. Mari renungkan bersama.

P/S : Siapa nak tambah peribahasa yang lebih canggih?

4 ulasan:

ibuintan berkata...

wah.. peribahasa baru, kena paten kan ni.. sebagai hakcipta sendiri

Zulfikar Hazri berkata...

ni namanya, menghayati falsafah kehidupan..

p/s saya tak peduli..hantam je semua.. hahahah burrrppppp

Wanita Bertudung Hijau berkata...

ibuintan : hahahhaa,sekadar modal berbicara je ibu

zulfikar : ahaksssss modal bersembang je peribahasa td :-) utk gelak tawa ramai2

| cik azeya | berkata...

eh tembikai bukan sejuk ke. baru tawu jugak. -_-