~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 25 Mei 2011

Malaysia negara Islam ke?

Kawan aku membebel-bebel di pagi hari. Aku antara dengar dan tidak apa yang dibicarakannya sebab dia bercakap membelakangkan aku. Bunyinya jadi tenggelam timbul dengan selingan alunan ayat-ayat suci al Quran daripada pc aku.

Untuk memastikan kesahihan cerita, aku bertanya dengan penuh minat, apakah perkara yang menjadi satu isu bebelannya tadi. Dia cakap dengan lantang, Malaysia ni kan nama je negara Islam, tapi semua ada babi. Secret recipe pun dah ada babi. Baru je plan nak makan tengahari kang. Eee menyampah.

Aku sengih. Memang aku dah sedia maklum mengenai perkara ni sebab dah dihebahkan dalam internet baru-baru ini. Cuma aku tak maklumkan pula pada kawan aku tadi sebab aku sangka dia dah tahu. Maklumlahkan, dia kan CNN bergerak di ofis ni (istilah yang aku rujuk untuk dia), sebab selama ni apa-apa info sekalipyn pasti dia akan dapat tahu terlebih dahulu. Contohnya CEO baru masuk tadi umur berapa, asal mana walaupun belum ada secara rasmi sesi perkenalan. Hehehe

Aku jawablah, bukan sekadar isu halal dari sudut pemakanan, tapi dari segi banyak sudut sebenarnya yang patut kita kupas. Kita dan masyarakat patut renungkan. Maksudnya? Kawan aku bertanya. Aku sambung jawab. Malaysia kan negara Islam, tapi banyak yang tak Islamnya.

Contoh paling mudah, kalau negara Islam, tak kan ada adegan berpelukan yang bukan sesama muhrim. Halal ke? Tak ada pulak pencegah maksiat nak datang terjah? Peliklah, maksudnya halal lah tu kalau semuanya tutup mata kononnya tak perlu buat apa-apa. Tak kiralah filem tu bercorakkan Islamik sekalipun. Haram tetap haram. Oh ya, belum masuk topik mendedahkan aurat secara sengaja di dalam filem. Kalau dah declare negara Islam perkara begini dah lama diatasi secara drastik.

So tak perlulah nak beriya-riya cakap Malaysia negara Islam. Itu sahaja. Supaya aku yang mendengar ni tak rasa ralat. Kawan aku hanya senyum simpul. Entah ikhlas ke tidak. Dan dia berlalu pergi walaupun masih banyak isu aku nak kupas. Pasal filem tadi hanya baru satu isu simple.

p/s : kepimpinan tetap melalui teladan, jadikan baginda Rasullullah SAW sebagai idola dunia dan akhirat.

6 ulasan:

marinahunny berkata...

Islam hanya pada nama je.. tapi amalan tidak ikut islam pun. adegan dlm tv tu toksah cakap lah, berpeluk2 smpai ada tidur satu selimut nak tunjuk nye jadi suami isteri. padahal buleh je kan kalu x de adegan tu.

psl makanan ni pun dh banyak kali dengar rumors. KFC pon kalu nk kira cukup ke status halal yg terpampang. baru td dpt info dr FB yg mengatakan cara sembelihan yg tak berapa nak halal. kita yg makan nimmg x nmpk blkg tabir nye kan, tp cuba buat lawatan betul2 ke tempat penyembelihan, huhu harus org boikot kut. tak dinafikan juga rumors tu, so cara yg terbaik, kita elakkan lah. xyah la nak confuse2 nak makan ke tak. berhenti je makan. banyak lagi sumber halal lain yg boleh dipercayai.

ini lah jadinya kalu kepimpinan tak ikut al-quran dan sunnah.

semakin takut pulak bila pikir2 kan. makin maju makin jadi macam2..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : bebelan yg tepat, sy suka :-)

kakcik berkata...

Anak kakcik pun pandai bertanya 'mak, dia orang bukan suami isteri, kan? Haramkan berpeluk2 dalam drama tu?'...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak cik : ini yg membimbangkan sy, kalau nak berdakwah melalui filem sekalipun, cara demikian tetap haram :-)

super-1 berkata...

the fact is, Malaysia is not islamic country nor secular state. only Islam is the official religion of the federation - Article 3 Federal Constitution.

marinahunny berkata...

hahahaha terbebel pulak..hahaha