~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 10 Mei 2011

Hanya kerana

Kawan baik aku tiba-tiba YM aku tanya dah daftar ke belum untuk mengundi? Aku jawab belum. Aku tak pernah mengundi walaupun aku berpeluang untuk mengundi. Kemudian kawan aku bising-bising pada aku, katanya macam mana negara Islam nak ditegakkan kalau ada manusia macam aku?

Aku sangat terkedu dan tersentuh dengan kata-kata beliau. Teringat kisah yang aku pernah paparkan di sini sini .Mentang-mentang dia dah berubah, boleh pulak dia sound aku, marah aku, bebel pada aku hanya kerana aku tak pernah mengundi.

Antara pointnya ialah, aku tak bertindak untuk Islam. Aku berimankan kepada pemimpin yang kafir. Dia doakan supaya aku dapat hidayah mengundi parti dia. Actually aku tak nak share perkara ini di sini, kerana ianya melibatkan hal politik. Aku takut nak sentuh, bimbang aku salah cakap pasal politik sebab sesunguhnya aku jahil dalam dunia politik, maka aku elakkan untuk bercerita tentangnya.

Maka, aku cakap pada kawan aku tadi, sekiranya selepas ini dia solat berjemaah tak pernah tinggal, especially solat subuh, aku akan undi parti dia tanpa was-was. Kepimpinan kan melalui teladan. Sebab Rasullullah SAW dah cakap, siapa tak ikut cara aku, bukan di kalangan umat aku. Dan baginda dah pesan kan, ikutlah baginda, dan ikutlah sunnah baginda. Sunnah nabi kan wajib diikut.

Baginda mana pernah solat fardhu di rumah, semuanya berjemaah di masjid (betulkan jika aku silap) dan setahu aku, baginda hanya solat sunat berjemaah di rumah bersama isterinya. Aku gunakan point ini terhadap kawan aku tadi. Aku katakan padanya kalau benda asas ni korang tak ikut, aku tak nak pangkah korang. (Aku cakap ni sebab majoriti ahlinya yang aku tengok cakap tak serupa bikin, tapi aku sangat puji ahlinya yang sering ikut cara Nabi bulat-bulat, aku suka, sangat suka)

Aku katakan lagi adakah mengundi korang akan menambahkan iman di dada aku? Ya, aku manusia paling jahil di muka bumi ini, tapi wajarkah aku dihukum dengan kata-kata yang tak patut di dengar di telinga hanya kerana tak pangkah parti yang dia sokong? Salahkah aku berkata demikian? Betulkan aku. Dan aku rasa secara tak rasminya persahabatan kitaorang dah putus hanya kerana sebuah parti politik. Hati aku menjadi walang.


11 ulasan:

Kumbang berkata...

dia tgh bersemangat tu.. nanti lama2 dia akn pikir balik. ure doing just good sis

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kumbang : sy pun pk benda yg sama, dia tgh bersemangat yg maksima :-)

dlm islam tak suruh putuskan persahabatan dalam hal politikkan?

marinahunny berkata...

hahahaha dia nak jdi calon kut ;)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : hehehee

sy bukanlah manusia yg keji nak salahkan mana2 parti politik

apa yg sy kesalkan cuma satu, mereka ni taksub, mereka ni fanatik dgn benda yg tah apa2

malangnya benda wajib ditinggalkan.

bofoyengfeng berkata...

mengundi itu hak kita. hak untuk memilih pemimpin untuk memimpin kita. tapi kalau semua calon pemimpin tu sendiri lebih teruk daripada kita, susah juga. macam mana tu?

shahjiehan berkata...

daftar taw


jom baca dan komen Harga gula pulak naik...


heee

Wanita Bertudung Hijau berkata...

bofoyengfeng : wow, nama yg unik, sy sokong, sbb sy berpegang kpd kepimpinan melalui teladan :-)

shajiehan : sy akan membacanya, nice sharing :-)

truth seeker berkata...

salam

benar.. istilah, mngundi parti ini msuk syurga, undi parti yg tu, msuk neraka sbnanya xwujud.

tiada siapa bleh mmastikn yg mna btul2 mnjlnkn Islam dgn bnar, dn yg mna tidak.

skadar mahu bkngsi.. sy ska akn satu bdn NGO ni..

http://www.ismaweb.net/v4/

ia bkn parti plitik. jga,bkn bdn yg mnyebalahi mna2 parti plitik.

cma yg tlihat, mrk akn skong, xkira siapa2 shj, aslkn benar dlm mnegakkn Islam (bkn pd nma/kta2, tp pd stiap aspek)

wallahu'alam

Wanita Bertudung Hijau berkata...

truth seeker : salam, benar, sy sokong statement anda, kita patut sokong siapa yg tegakkan Islam

sy akan bukak website tersebut, thanks berkongsi :-)

kakibiskut berkata...

-untuk wanita, tempat yg paling afdal sembahyang adalah dibilik rumahnya, tp nabi tak halang wanita pergi ke masjid..
-untuk lelaki, nabi perintah utk solat fardu berjemaah dimasjid shingga diberitahu, nabi perintah budak2 kumpul kayu api untuk bakar rumah orang yang tak solat berjemaah dimasjid.
wallahua'lam

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kaki biskut : betul tu, sy sokong, kawan saya td tu lelaki, sepatutnya kepimpinan melalui teladan :-)