~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 1 Julai 2011

Bekalan aku

Assalamualaikum

Bismillah.

Aku suka. Alhamdulillah. Sebab aku masih hidup di hari jumaat yang mulia ni. Masih boleh bernafas dengan normal, orang lain nak bernafas dahlah kena bayar, kena pakai tong oksigen pulak tu. Nikmat ni Allah belum tarik daripada aku. Alhamdulillah.

Hari ni hari ke 3 aku belajar iqra. Wah, aku rasa sangat confident dengan sebutan dan bacaan aku yang kian sempurna. Bayangkanlah kalau aku dah habis iqra yang ke 6, sure lah bacaan aku akan jauh lebih sempurna daripada dulukan. Alhamdulillah. Ni pun nikmat daripada Allah ni. Ustaz pernah cakap semasa kuliah zohor, kalau tak tahu baca al quran tu namanya bala daripada Allah lah tu. So, belajarlah dari guru. Buat apa nak malu, tak tahulah kena belajar, ni bagi alasan seganlah malulah dah tua-tua pun masih tak reti mengaji, habis nak tunggu bongkok tiga baru nak belajar?

Selepas kelas iqra aku, ada sesi tazkirah yang disampaikan oleh ustaz yang sama di bilik yang sama iaitu bilik meeting. Aku memang tahu Ustaz ni sebenarnya ada mandat untuk menyampaikan kuliah dan ceramah. Tapi aku tak pernah pula tahu dia buat ceramah dalam ofis sendiri. Nampak sangat aku tak pernah ambil tahu pasal perkara sekeling yang berlakukan. Bengongnya aku. Lagipun mungkin perkara yang baik macam tazkirah ni susah orang nak bercakap mengenainya, pasal benda lain banyak pula yang sampai kat telinga aku. Hahaha. Selama ni aku attend kuliah zohor je. Kali ini ramai yang hadir. Semuanya daripada tingkat yang sama. Aku seorang je daripada tingkat lain. Hahaha.

Maka, aku pun join sekakilah mendengar sesi tazkirah yang berlangsung selama 15 minit ni. Ustaz ambil kesempatan menceritakan tentang kelebihan bulan Syaaban. Beriya-riya ustaz menyeru supaya kami semua berpuasa sunat di bulan Syaaban yang mulia ini. Ustaz kata, takut esok-esok kita tak sempat lagi dah nak bertemu lagi dengan Syaaban, so ambiklah kesempatan gunakan peluang yang ada berpuasa sunat.

Tiba-tiba ada seorang mamat menyampuk, kitaorang hari-hari jumpa Syaaban ustaz. Kebetulan ada seorang staff di level mereka bernama Syaaban. Semua berdekah ketawa. Termasuklah aku. Ustaz pun turut ketawa. Pastu ada siapa tah menyampuk lagi, ustaz, nabi dulu solat sunat sampai bengkak kakikan ustaz dalam bulan Syaaban, sini semua bengkak kaki sebab gout. Hahaha, berderai ketawa lagi. Cissss, sempat juga diaorang ni nak buat lawak, tak apalah, boleh hilangkan mengantuk.

Selesai tazkirah, aku kembali ke tempat aku untuk mulakan kerja. Sambil ngap ngap ngap bersarapan cekodok buatan sendiri di Subuh hari tadi. Tiba-tiba aku terfikir agaknya sebab ni Allah tak nak kasi rezeki aku di tempat lain agaknyalah. Sebabnya, di ofis sendiri, selain untuk cari rezeki dunia, aku dapat tambahkan bekalan untuk akhirat tanpa perlu bersusah payah. Yang penting hadiri saja majlis ilmu yang disediakan secara percuma. Gunakan saja secara maksima dan bijaksana. Apa lagi yang aku cari? Mungkin kat tempat kerja lain aku susah nak dapat ilmu sebagaimana yang aku perolehi di sini. Mungkin ada, aku tahu tempat lain pun ada tazkirah, ada kuliah zohor, tapi kenapa aku masih tak nak bersyukur Allah dah mudahkan aku dapat ilmu secara mudah di sini. Ni pun satu nikmat tau daripada Allah. Aku kena hargai.

2 ulasan:

RULZA berkata...

seronok dapat pergi dengar kuliah selalu..saya jarang berkesempatan begini sebab dok kat rumah je. sedang menyiapkan thesis. banyak dengar ceramah ustaz kazim di youtube saja..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : tu pun satu usaha yg murni, dpt gak pahala, semua org ada cara berbeza kan utk kejar pahala berganda :-)