~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 18 Julai 2011

Bacalah surah al kahfi

Surah Al Kahfi adalah surah ke-18 dalam Al Qur’an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.

Keimanan: Kekuasaan Allah SWT untuk memberi nikmat kehidupan pada manusia melebihi biasa: dasar-dasar tauhid serta keadilan Allah tidak berubah untuk selama-lamanya; kalimah-kalimah Allah sangatlah luas meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak sanggup untuk menulisnya. Kepastian mengenai datangnya hari kebangkitan; Al Quran adalah kitab suci yang isinya bersih daripada sebarang penyelewengan dan kepalsuan.

Hukum-Hukum: Dasar hukum wakalah (berwakil); larangan membangunkan tempat ibadah di atas kubur; hukum membaca "Insya Allah", perbuatan salah yang dilakukan kerana lupa adalah dimaafkan; keizinan merosak suatu barang untuk menghindarkan bahaya yang lebih besar.

Kisah-Kisah: Cerita Ashhabul Kahfi; cerita dua orang lelaki yang seorang kafir dan yang lainnya mukmin; cerita Nabi Musa AS dengan Khidhir AS; cerita Zulkarnain dengan Ya’juj dan Ma’juj.

Pengajaran dari cerita dalam surah ini ialah mengenai kekuatan iman terhadap Allah S.W.T serta ibadah yang ikhlas kepadaNya; kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu),adab sopan-santun antara murid dengan guru; dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat,serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara..

3 ulasan:

pengemis Cinta~ berkata...

Subhanallah.syukran atas perkongsian ini.may Allah bless.ameen..^_^

Wanita Bertudung Hijau berkata...

pengemis cinta : amin :-) semoga ada manfaatnya :-)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

pengemis cinta : amin :-) semoga ada manfaatnya :-)