~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 6 Julai 2011

Ramadhan bakal tiba

Bismillah. Assalamualaikum. Sekejap sahaja rasanya dah bulan Julai. Ramadhan dah nak menjelma. Aku sangatlah tidak sabar nak bertemu Ramadhan. Aku excited bangat. Dan aku nak anggap Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir buat aku. Maka, aku perlu persiapkan mental dan fizikal untuk menghadapinya.

Ramadhan kali ni aku nak berazam untuk tingkatkan amal ibadah. Aku tak nak leka lagi, aku nak tambah amal sebanyak mungkin. Mampukah aku? Syaitan juga pastinya dah bersiap sedia dengan angkatan tenteranya untuk menghasut aku sepanjang musim Ramadhan supaya meninggalkan ibadah yang mulia.

Pastinya sedikit sebanyak aku akan terhasut, contohnya seperti menangguhkan ibadah. Ohh tidakkk, aku adalah manusia yang sangat rugi. Orang lain berlumba-lumba khatam al quran, solat sunat terawih tak ponteng, takkan aku nak enjoy sahaja di bulan yang mulia itu. Enjoy dengan ribuan jenis makanan yang sedap-sedap, menghadiri majlis berbuka di hotel. Bodohkah aku? Ya, aku memang bodoh sekiranya menangguhkan sebarang amal ibadah semata-mata nak enjoy dengan duniawi yang sebenarnya tidak akan kekal pun.

Aku adalah golongan manusia yang rugi sekiranya aku pandang bulan Ramadhan sebelah mata. Aku adalah manusia yang bodoh sekiranya aku tak gunakan peluang dan ruang daripada Allah untuk tambah pahala berganda dalam bulan yang mulia itu.

Mari kita tingkatkan amal ibadah kita. Dan yang paling penting, lawanlah hasutan syaitan laknatullah itu. Gunakan kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk kejar pahala berganda. Anggaplah ini Ramadhan yang terakhir.



2 ulasan:

ank_ayah berkata...

yeah!! jom kita bersedia dari skrg!! ^^
tp bkn syaitan yg akn kita lawan,kan syaitan tkde :D
kita bkl lawan dgn nafsu sendiri nnt.
rasanya hasutan nafsu lg berat kot dari hasutan syaitan.
tkpela,dua2 kita berusaha sedaya upaya mungkin. hanya DOA jadi senjata. insyaallah..
tang ramadhan yg tk sabonye tu terawih de. bestnyeeeee
moga Allah sampaikan kita semua kpd ramadhan nnt insyaallah aminnnnn!!
tingkatkan amal sudah semestinya,tk nk sia2kan ruang lg,tk nk rugi.
may this ramadhan be better than the past. insyaallah

Wanita Bertudung Hijau berkata...

ank_ayah : hahahaha btl tu, lawan nafsu

hahhahaa