~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 4 Julai 2011

Usul Aqidah Islam yang wajib anda berpegang dengannya

Semua benda akan binasa selain dariapada Allah SWT dan sepuluh perkara.

1. Tidak ada sesiapa pun yang dapat mengetahui hakikat roh melainkan Allah SWT.

2. Mati adalah satu kepastian yang akan datang menemui setiap makhluk ciptaan Allah SWT, apabila tibanya masa arahan Allah SWT.

3. Malikil Maut akan datang mengambil nyawa atau roh setiap makhluk.

4. Roh yang keluar selepas kematian akan diberi nikmat atau akan diazab sehingga datangnya hari Qiamat, barulah roh akan dikembalikan kepada jasad masing-masing.

5. Seseorang itu tidak akan mati kecuali setelah disempurnakan rezeki dan ajalnya sekalipun ia dibunuh.

6. Semua yang mati akan ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir tentang Tuhan, Agama dan Nabi, melainkan Golongan Yang Mendapat Hak-Hak Keistimewaan daripada Allah SWT.

7. Setiap yang mati akan menerima balasan nikmat atau siksaan kubur mengikut amalan masing-masing kecuali mereka yang sempat membaca Surah Al-Ikhlas sebelum menghadapi kematian.

8. Semua manusia akan dibangkitkan pada Hari Qiamat.

9. Manusia akan dihisabkan amalan mereka kecuali mereka yang tergolong dalam golongan yang akan memasuki Syurga Tanpa Hisab.

10. Segala amalan manusia akan ditimbang dalam timbangan Mizan.

11. Semua manusia akan melalui Sirat Mustaqim untuk memasuki Syurga atau Neraka.

12. Semua orang Mukmin akan meminum minuman dalam Kolam Rasululah SAW.

13. Sebahagian manusia akan mendapat Syafaat, Syafaat paling besar adalah Syafaat yang diberikan untuk menyelesaikan Hisab Amalan yang tidak dapat diselesaikan semasa kiraan sebelum memasuki Syurga.

14. Neraka adalah benar dan telah ada sekarang, ianya adalah tempat kediaman kekal untuk mereka yang kufur kepada Allah SWT.

15. Syurga adalah benar dan telah ada sekarang, ianya kediaman Abadi untuk Orang Mukmin yang mempercayai Keesaan Allah SWT dan orang-orang Mukmin akan menikmati segala Nikmat yang Allah SWT sediakan untuk mereka.

Kitab Faridah Faraid