~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 20 Julai 2011

Azan dan Roti

Diriwayatkan daripada Khalid bin Hamid (semoga Allah memberikan rahmat ke atasnya), beliau berkata pada zaman Nabi Isa A.S ada seorang perempuan yang kuat keimanannya, manakala dia sedang membakar roti, tiba-tiba terdengar suara azan, dengan serta merta dia tinggalkan rotinya pada tempat pembakarannya sedangkan dengan api dapurnya masih menyala, lalu dia pergi melaksanakan sembahyang.

Pada masa dia hendak dirikan sembahyang, tiba-tiba datanglah syaitan yang menyerupai seorang perempuan menemuinya, seraya berkata “Wahai saudaraku, sesunguhnya telah hangus roti yang engkau baker pada tempat pembakarannya.”Maka perempuan tersebut menjawab “Sesungguhnya Tuhan yang aku sembah adalah terlebih baik daripada roti yang aku bakar” maka syaitan yang merupakan dirinya seperti perempuan itu tidak dihiraukannnya lagi.

Oleh kerana tidak berhasil menggoda seorang wanita yang kuat keimanannya itu, dengan rasa sangat kecewa dan putus asa syaitan pun pergi meninggalkannya.

Selepas sembahyang, wanita itu memasukkan anaknya ke dalam tempat membakar roti. Pada masa yang sama datanglah suaminya dan dia amat terkejut mendapati anak-anaknya duduk di atas dapur pembakaran roti sambil bermain dengan bara api.

Setelah itu dia pergi untuk menemui Nabi Isa A.S dan diceritakanlah tentang isteri dan anak-anaknya sebagaimana yang telah dilihatnya. Apabila mendengar khabar demikian, maka Nabi Isa berkata “Cubalah tunjukkan padaku di mana mereka berada supaya aku dapat lihat secara langsung” Maka suaminya membawa Nabi Isa ke tempat kejadian itu dan mendapati benarlah apa yang diceritakan oleh suami perempuan itu.

Nabi Isa melihat kejadian yang ajaib di mana dia mendapati beberapa kanak-kanak sedang bermain dengan bara api manakala di dalam api tersebut terdapat pohon delima yang sedang berbuah dan kanak-kanak itu memakan buahnya.Kemudian tiba-tiba sahaja bara api itu berubah menjadi batu aqiiq (batu-batu kecil yang indah) dan permata.Maka bermainlah kanak-kanak itu di dalamnya.

Melihatkan kejadian yang aneh itu, Nabi Isa lalu berkata “Bawalah perempuan itu kepadaku.”Setelah perempuan itu dating menemuinya. Nabi Isa bertanya “Wahai hamba Allah, amalan apakah yang sentiasa engkau amalkan sehingga mendapat kemulian seperti ini?”

Jawab perempuan itu “Wahai Nabi Allah Isa, sesungguhnya aku sentiasa menjaga tiga perkara serta aku amalkan perkara itu.Adapun yang tiga perkara itu ialah aku sentiasa memelihara air wuduk dan aku sediakan air untuk berwuduk.Apabila wudukku batal, maka aku gantikan dengan wuduk yang baru.Aku juga selalu menziarahi orang mati sebagaimana dibuat oleh orang lain.Maka apabila ada diantara orang-orang yang hadir mengungkit keburukan si mati, maka aku cela orang tersebut.Dan segala hajat manusia memerlukan bantuanku, sekirannya aku berkuasa untuk melaksanakannya, maka segera aku tolong semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.Hanya itulah amalan yang sentiasa aku jaga dengan sebaik-baiknya.

Apabila mendengar penjelasan perempuan yang kuat keimanannya itu, lalu Nabi Isa A.S bersabda “Sesungguhnya amalan itu adalah perangai dan amalan para Nabi.Jika perempuan ini adalah seorang lelaki, maka aku naik saksi bahawasanya dia adalah seorang nabi tetapi Allah tidak memberikan pangkat kenabian pada kaum wanita”