~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 20 Julai 2011

Kiamat

Qiamat adalah perkataan Arab yang bererti bangun atau bangkit. Maksud Qiamat dalam ilmu tauhid ialah bangkit setelah dihidupkan semula oleh Allah selepas mati. Hari Kiamat ialah hari hidup semula selepas mati.

~Nama lain selain Hari Kiamat ada 9 nama iaitu:

1. Yaumu Al-Hisab iaitu hari perhitungan.

2. Yaumu Al-Hasyri iaitu hari perhimpunan.

3. Yaumu Al-Waqiah iaitu hari kejatuhan.

4. Yaumu Al-Zilzilah iaitu hari kegempaan.

5. Yaumu Al-Ba`thi iaitu hari kebangkitan.

6. Yaumu Al-Din iaitu hari perkiraan.

7.Yaumu Al-Nushur iaitu hari kebangkitan semula.

8. Yaumu Al-Yafirru Mar`u Min Akhihi iaitu hari yang lari seseorang dari saudaranya.

9. Yaumu La Yanfa`u Malun Wala Banun iaitu hari yang tidak berguna harta dan anak.

~Hukum mempercayai hari Kiamat adalah wajib kerana merupakan salah satu daripada rukun iman iaitu rukun kepercayaan orang Islam. Dan jika tidak mempercayainya, bukanlah dia orang Islam yang sebenarnya.

~Nikmat kubur:

1. Yang bahagia ditemani oleh amalan solehnya.

2. Malaikat datag membaca berita baik.

3. Ruangan dan bau syurga menusuk penglihatan dan jiwanya.

~Seksa kubur:

1. Yang celaka, lipan dan kala datang menggigit.

2. Bahang neraka menjilat tubuhnya.

3. Diapit alam kubur yang sempit sehingga berselisaih tulang rusuknya.

4. Merasa sangat lama seksaannya.

~Tanda hampir hari Kiamat:

1. Yang berkaki ayam (tidak tahu berkasut) sudah berjaya mendirikan bangunan yang besar.

2. Bertambah pendeknya masa dari sehari ke sehari, sebulan ke sebulan dan setahun ke setahun.

3. Orang tak dapat membezakan harta pencari yang haram daripada yang halal.

4. Bilangan wanita lebih ramai dari lelaki.

5. Manusia mementingkan kebendaan dan membelakangkan moral.

6. Wanita bogel dipandang indah dari wanita yang bertutup dan terkawal maruahnya.

7. Haram dan halal tidak menjadi soal.

8. Fitnah dan bohong menjadi-jadi.

9. Yang bodoh berlagak alim.

10. Zina dan lacur menjadi-jadi sehingga tidak tahu beza yang mana bapa dan yang mana anak.

~Alamat masyhur hari kiamat:

1. Turunnya Nabi Isa Alaihis Salam.

2. Kedatangan Dajjal.

3. Terbit matahari dari barat.

4. Keluarnya Ya`juj dan Ma`juj.

~Sangkakala adalah satu alat tiupan untuk semboyan qiamat dan Allah menugaskan malaikat Israfil untuk meniupnya. Apabila berbunyi, bergegarlah isi langit dan bumi dan segalanya musnah dan hancur luluh.

~Mahsyar ialah satu tempat luas yang disediakan oleh Allah di hari kiamat. Manusia berhimpun di sana untuk menerima balasan. Huru hara akan berlaku dan keadaan cuaca cukup panas dan terik. Orang jahat terasa sangat lama dan orang beriman sentiasa dalam keadaan nikmat.

~Pahala ialah janji balasan baik yang diberi oleh Allah kepada sesiapa yang menurut perintahnya dan Dosa ialah janji balasan azab ke atas orang yang engkarkan perintah Allah.

~Peringkat amalan manusia mengikut ulama tasauf ialah:

1. Peringkat tinggi ~ mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan semata-mata patuhkan perintah Allah bukan kerana mengharapkan pembalasan baik dan takutkan azab.

2. Peringkat rendah ~ mengerjakan perintah kerana mengharapkan balasan baik dari Allah dan meninggalkan larangan kerana takutkan azabnya.

3. Peringkat sia-sia ~ (tidak diterima Allah) melakukan sesuatu kerana lain daripada Allah seperti mengharapkan pujian.

~Syurga ialah tempat balassan baik yang dijanjikan oleh Allah untuk orang yang taatkan perintahnya.

Jannah bermakna dari segi loghat ialah taman.

Allah menggambarkan syurga sebagai kebut yang terdapat di dalamnya mahligai yang indah dengan beberapa sungai yang mengalir.

Nabi menerangkan tentang syurga yang maksudnya menilai nikmat syurga tidak cukup dengan indera yang ada dijasad yang fana ini.

Di dalam syurga terdapat apa saja yang diningini oleh nafsu dan melazatkan mata memandang.

Berbagai nama syurga ialah: Alfirdays, An Na`em dan Al Ma`wa dan seterusnya.

~Neraka ialah tempat balasan azab yang dijanjikan oleh Allah untuk orang yang engkarkan perintahnya.

An Nar itu maknanya api.

Orang yang kufur dengan kitab Allah dan mempersekutukannya dimasukkan ke dalam neraka jahanam.

Neraka adakalanya disebut wail dan adakalanya disebut jahanam.

Jahanam ialah neraka yang paling teruk sekalu azabnya tempat balasan orang yang kufur dan syirik terhadap Allah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terlalu banyak tanda2 kiamat ni..
pun masih lagi kita tak sedar

Wanita Bertudung Hijau berkata...

makdara : semoga kita tak termasuk dlm golongan yg lalai :-)