~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 18 Julai 2011

Tempoh percubaan dah tamat!

Assalamualaikum

16.7.2011 genap tiga bulan usia perkahwinan aku. Inai di jari pun dah hilang. Aku baru je perasaan last week masa nak potong kuku. Sekiranya di pejabat, tempoh 3 bulan dikenali sebagai tempoh percubaan bagi seorang pekerja baru. Prestasi pekerja akan diukur melalui tempoh tersebut.

Begitulah juga yang berlaku kepada aku, walaupun baru 3 bulan, aku dah boleh nilai tahap kebahagian aku dalam alam yang penuh dugaan ni. Sebenarnyakan, aku rasa dah lama bebenor aku kahwin. Dah banyak pengalaman manis dan pahit aku rasa dan alami. Tapi, rupanya baru sahaja 3 bulan aku melaluinya.

Tapi, tidak pernah mematahkan semangat juang aku untuk kekal bahagia dalam alam rumah tangga yang aku pilih ni. Sebagai manusia yang punyai banyak kelemahan, aku terima suami aku seadanya. Kelemahannya bukanlah satu point untuk aku memberontak dan menyesal dalam memilihnya.

Allah tu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui kenapa akhirnya dia jua yang menjadi jodohku. Aku sendiri tidak sangka, jodoh ada di depan mata walhal selama ni aku lebih kepada semut di seberang lautan nampak, gajah depan mata, aku tak nampak. Hahahaha.

Sebenarnya dugaan sentiasa saja muncul tanpa kami minta. Secara sedar dan secara tidak sedar, bersedia atau tidak, kami memikulnya dan cuba selesaikan secara sesegera mungkin. Siapa kata 3 bulan pertama alam rumah tangga manis? Pada aku tidak. Kami diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang menyentap jiwa dan raga. Air mata aku juga pernah mengalir beberapa kali.

Tapi, apabila kita jelas dengan matlamat perkahwinan yang dibina, hati tetap teguh menghadapi ujian bersama. Antara contoh ujian ialah, apsal kau belum pregnant hah? Orang lain bunting pelamin tapi kau jugak belum pregnant, orang lain yang kahwin kemudian pun dah pregnant.

Ujian ni setiap hari aku hadapi. Setiap hari tau, setiap hari, especially selepas sebulan aku berkahwin. Bukan sorang, bukan 2 orang, bukan 3 orang tapi ramai yang tak pernah jemu bertanyakan soalan demikian. Sehinggakan aku hampir bosan dalam nak menjawab persoalan mereka. Sehinggakan ada yang cakap, orang lain sentuh sikit, dah preganant, peliklah kenapa kau belum. Ni mesti urat dah banyak putus ni, Tulah dulu aktif sangat panjat gunung. Kau tu pompuan.

Pedihnya mendengar. Tapi aku masih mampu tersenyum. Aku bukan aku yang suatu tika dulu, sikit-sikit akan melawan. Sikit-sikit berdebat. Sekarang dunia aku hanyalah menerima dan menelan bulat-bulat je apa orang kata. Aku dah malas nak bertekak biarpun tentang perkara baik. Lagipun, aku anggap tu sekadar modal berbicara mereka sahaja. Biasalahkan orang Melayu kan peramah tak kena tempat. Hahaha.

Tapi, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Pernah aku menangis di hadapan suami. Sebab terlampau diasak dengan soalan yang sama daripada pihak sekeliling setiap hari. Suami aku selamba je cakap, nangis tu sebab apa? Macam tak bersyukur je kita ni bahagia. Nak nangis apanya? Orang lain yang 10 tahun kahwin tak ada anak tak ada pun nangis macam ni. Cuba fikir menangis sebab apa? Adoiiii.

Aku terkedu dalam tangisan. Tiba-tiba aku malu sendirian. Malu dianggap tidak bersyukur oleh suami sendiri. Aku pun tak faham kenapa aku nangis? Sedih sebab aku tak pregnant kah? Sedih sebab bengang dengan mentaliti orang sekeling kah? Dulu aku belum kahwin, hari-hari diasak soalan bila nak kahwin, aku tak pernah sedih dah kecik hati pun, agaknya aku dah tahu bila aku nak kahwin agaknya, cuma aku tak war-warkan je pada orang lain. Mungkinlah.

Tapi, akhirnya aku tersedar, aku menangis seseolah aku tak redha dengan semua ni. Padahal zuriat itu adalah rezeki daripada Allah. Allah punya kuasa. Tak semestinya dah kahwin akan ada anak. Dan tak semestinya tak kahwin tak leh ada anak. Hahaha. Kenapa aku perlu bersedih? Kenapa? Kenapa? Doa dan berusahalah secara positif. Allah kan Maha Pemurah. Dah lupa ke? ishhhh, janganlah menangis. Rugi nangis dalam sebab yang remeh macam ni. Patutnya nangis sebab takutkan Allah dan azab Allah, juga takutkan dosa-dosa silam. Aku akhirnya pujuk diri sendiri.

Ni antara ujian yang melanda kehidupan kamilah suami isteri. Masalah lain, cuma kadang-kadang kami masih terbawak-bawak perangai bujang. Tapi, masalah ini dapat diatasi melalui perbincangan dari hati ke hati. Perbincangan secara berhemah, perbincangan yang bukan mencari salah siapa. Gaduh tu ada, biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, tapi takkan kami drag berpanjangan. Selesaikan secara kadar yang segera. Yang penting, mengamuk macam mana pun, jangan berpisah tempat tidur, jangan bermasam muka berjam-jam. Jangan bagi kemenangan kepada syaitan Dasim laknatullah. Ingat, marah itu api, api itu syaitan musuh utama kita.

Itu sajalah kot, masalah lain biasalah, mengenai sikap masing-masing. Masing dalam proses mencari keserasian antara satu sama lain. Di sini pentingnya sikap fleksibel dan toleransi. Sebagai manusia, kami tetap mempunyai kelemahan yang ketara. Yang penting memahami kelemahan pasangan, dan menerima seadanya. Aku tetap manusia biasa. Dan selagi bernama manusia, aku akan tetap diuji, dalam alam rumah tangga dan sekeliling. Selagi aku hidup di muka bumi Allah ni, ujian akan datang bersilih ganti.

Maka, apa sahaja ujian yang berlaku, aku kena kembali kepada asas agama Islam. Islam agamaku. Carilah penyelesailan di situ. Jangan sesekali putus asa dalam berdoa, berusaha dan bertawakal. Berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Aku ingatkan diri sendiri.

Aku bersyukur Allah bagi peluang pada aku untuk melayari alam rumah tangga yang bahagia ini. Biarpun belum pregnant, aku tetap bahagia. So, jangan menangis lagi tau.

Allah lebih tahu kenapa aku belum pregnant kan. So jangan nak pertikai ye.

:-)



4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Siapalah manusia hendak menentukan rezeki manusia lain?

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : bergenang air mata baca kata2 akak :-) thanks atas kata2 yg memujuk hati

marinahunny berkata...

sabar lah ye..manusia ni mulut mmg takleh nak tutup, akak pun hadapi situasi yg sama, beza kamu 3 bulan tp akak 3 thn. tak larat dh nk jwb.kdg2 senyum je kdg2 buat2 tak dengar. gtu lah manusia ni.

akak setuju dgn pujukan suami kamu tu..nikmat apa lg yg nak kita dustakan, dh dapat suami yg boleh membimbing kita insyaallah dh cukup bahagia, masih ada lg yg belum kawen kan..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : hahaha, betul tu, dah bahagia apa lagi nakkan, sy kena lebih belajar bersyukur ni :-)