~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 1 Julai 2011

Perlu ke aku menonjol?

Ada yang tanya aku. Kenapa tidak pernah nak upload gambar aku juga gambar suami. Kenapa tidak mahu menonjol? Jawapan aku mudah aje, aku tak menonjolkan diri sebab aku bukan siapa-siapa. Aku tak layak nak dicontohi, jauh sekali untuk dijadikan idola.

Matlamat aku jelas, menulis di dalam blog hanya untuk menambahkan ilmu dan iman di dada dan untuk menambahkan pahala, bukan untuk menempah glamour atau nak expose diri aku. Aku bukan orang lain, setiap orang ada sebab dan musabab tersendiri kenapa berblogging. Ada juga bertujuan untuk menambah koleksi sahabat, sekadar nak bertukar atau berkongsi info. Pada aku, cara mereka tak salah, janji mereka bahagia. Cuma janganlah melampaui batas sudahlah, seperti mengutuk dan mencari kesalahan orang lain. Tolong elakkan. Ingat, apa yang kita cakap dan tulis semuanya esok di sana akan dihisab sepatah-sepatah.

Lagipun, andaikata aku letakkan gambar aku di dalam blog, sure selepas ni orang akan kenal siapa wanita bertudung hijau kan (walaupun ada yang dah kenal siapa aku), katakanlah suatu hari aku mungkin ter melakukan kesalahan, bagaimana? surelah orang akan memboikot blog aku, memaki hamun aku, mencerca aku kerana aku telah melakukan satu kesalahan. Contoh ek, dalam blog lain, kat luar lain, haaaa, macam mana tu? Kemudian, apa yang bakal aku tulis dalam blog ini pasti tidak diikuti lagi. kan kan kan?

Haaa, sebab tulah aku tak menonjol. Bukan aku takut orang hentam aku, kutuk aku, cerca aku. Aku tak kisah janji atas tiket agama Islam. Nak datang tumbuk muka aku pun aku tak kisah, kalau aku ada buat kesalahan, korang rasa korang nak tendang terajang aku pun aku tak kisah. Memang tak kisah. Aku rela, sebab sebagai manusia biasa, sebagai wanita biasa, aku pasti akan melakukan kesalahan. Aku bukan maksum. Aku bukan terpelihara daripada berbuat dosa.

Aku cuma tak nak korang memboikot blog ni, aku tak nak korang tak sudi lagi baca blog ini atas kesalahan yang aku dah lakukan tadi. Sebab blog ni langsung tak berdosa. Tak bersalah. Yang salah dan berdosanya ialah aku, maka hukumlah aku sewajarnya, tapi jangan hukum blog ni.

Faham tak maksud aku? So, itulah alasan paling kukuh kenapa aku tak nak menonjol. Aku hanya nak korang ikut apa yang aku sampaikan dalam blog, apa yang aku tulis dalam blog, dan tolong jangan sesekali ikut perangai buruk aku atau sebarang kesalahan aku. Aku sendiri dah banyak kali tegaskan di sini, aku manusia yang dalam proses mengubah diri aku kepada yang terbaik dari masa ke semasa. Aku adalah seorang wanita yang ingin mati sebagai wanita dan isteri solehah. Aku adalah insan yang lemah dan hina dina yang sentiasa cari reda dan rahmat Allah. Aku adalah insan yang hanya nak masuk syurga Firdaus Allah tanpa hisab.

Maka, jangan sesekali ikut aku kalau aku ada buat salah, tapi ikutlah apa yang aku tulis dalam blog. So, aku rasa aku tak ada sebab pun perlu menonjolkan diri di sini, expose kan diri semata-mata atas tiket nak berdakwah. Aku rasa aku low profile macam ni adalah satu tindakan yang sangat-sangat bijak dan wajar.

Lagipun aku ambil iktibar daripada kes ustaz Akhil Hayy. Sejak kontroversi rumah tangganya dulu, dah ramai orang pandang sinis padanya. Orang dah tak nak dengar ceramahnya. Orang dah benci padanya. Orang pandang serong padanya. Malah dia dikutuk sesedap rasa. So, perkara macam ni yang aku tak nak. Memang betul, kepimpinan adalah melalui teladan. Aku sendiri berpegang pada kata-kata ini.

Tapi, apa yang disampaikan oleh ustaz itu adalah perkara yang baik. Beliau tidak pernah lagi ajar kita supaya menjadi jahat. Semua ceramahnya tentang membesarkan Allah dan Rasul, menyeru kepada kebaikan. So janganlah pula ceramahnya itu dijadikan sebagai satu isu besar yang berpanjangan sehingga sekarang. Kecualilah dia ajak kita buat perkara kemungkaran. Nak boikot dia boikotlah, tapi jangan sesekali boikot ceramahnya.

Ni pendapat akulah, so dari situ jugaklah aku tak nak orang mengenali siapa aku. Yang kenal aku tu biarlah dia dah kenal. Dulu zaman jahiliah aku, sekarang zaman untuk aku bersihkan dosa-dosa silam. Bila aku sebut dosa silam, ramai yang angkat kening, sangka aku sure pernah buat dosa besar iaitu seperti berzina, buang anak. Hehehehe, tak kisahlah orang nak kata apa, yang penting, aku tak nak ulangi kesilapan lalu. Aku kan dalam sesi muhasabah diri, sesi membersihkan dosa, biarlah apa orang nak kata.

Yang penting, korang ikutlah apa yang aku tulis, jangan pulak ikut kesalahan yang mungkin aku buat secara sedar atau tidak. Yang dah kenal aku, jangan segan-segan tegur perangai aku, kalau tak tegur aku, korang bukan sahabat aku dunia dan akhirat.


5 ulasan:

UMMI YL berkata...

Aduih WBH..pasal ustaz akil hayy tu, saya pun dah tak dengar ceramah dia dah.bukan benci sebab dia kahwin lagi ke apa tapi teringat masa anak-anak dia menangis kat makhawmah bila dia pegang kepala anak-anak dia masa hari diputuskan cerai tu..rasa tersayat hati ni memikirkan perasaan anak-anak dia walaupun bukan kenal pun ngan depa.

insaf..saya perlu buang perasaan buruk kepada akill hayy tu..bukanlah buruk apa..geram..sebab teringat anak-anak dia..saya pun selalu ckap juga ambil yang baik bila orng sampaikan sesuatu yang baik pada kita..jangan nilai sikap orang tu tapi dalam tak sedar dah lama sangat dah tak dengar ceramah akil hayy..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : hahahaha, sy faham :-)

sbb tulah sy tak nak tonjolkan diri, ustaz tu pun org sekeliling dah benci, tak suka, menyampah, apatah manusia kerdil seperti sy

Norsha berkata...

takpe takde gambo, yg penting apa yg ingin disampaikan , akak punye blog pun takde gambo

fuad ansari berkata...

jangan lihat siapa yg menyampaikan.. tetapi lihatlah apa yg disampaikan..
masing2 dengan cara yg tersendiri dalam menyampaikan.. mudah2an kita beroleh kebaikan dunia dan akhirat..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

norha : hehehehe

fuad : betul tu :-)