Pernahkah anda berhadapan dengan situasi menghadapi manusia-manusia yang cerewet daripada segala segi? Cerewet daripada segi makan, pakaian / penampilan dan sebagainya. Sejauh mana mereka cerewet? Adakah cerewet mereka menyusahkan anda atau cerewet mereka membuatkan anda menyampah?
Percaya atau tidak jika aku katakan orang yang cerewet takkan berubah atau takut pada perubahan? Mungkin agak keterlaluan, tapi kajian yang aku sendiri lakukan, ianya adalah satu hakikat. Kajian yang aku lakukan secara rambang dan bertahun-tahun memberi satu jawapan yang aku dah jangka.
Aku dikelilingi oleh kebanyakan manusia yang cerewet, samada kawan-kawan ofis, kawan-kawan dalam dunia outdoor atau indoor. Aku bagi satu contoh, ada seorang kawan aku, dia memang cerewet dari segi makan, banyaklah benda dia takkan makan, sebab pada dia bila makanan tersebut tak sedap, maka tekaknya tak boleh terima.
Aku cuba membuat kajian tentang dirinya dari banyak sudut. Sudahnya, hampir 6 tahun aku kenal dia, dia langsung tak berubah, perangainya tetap sama, statik. Kalau dulu dia takut berhadapan dengan orang asing yang tidak dikenali, takut nak berkomunikasi dan bercakap di hadapan khalayak, sekarang pun situasinya sama. Kalau dulu sikap egonya dan sikap suka show off sangat ketara, sekarang pun sama. Malah perangainya nampak makin teruk dan buruk, sangat tidak seimbang dengan umurnya yang dah menjangkau 40 tahun.
Bukan niat aku nak kutuk dia, aku sekadar huraikan kajian aku. Malah, lebih malang, jika perangai kita tak selari dengan usia, situasi tu nampak sangatlah tidak matang dan sesuai. Dan, dalam masa 6 tahun aku kenal dan kawan dengan dia, rasanya aku je yang sentiasa nak berubah itu dan ini. Aku cuba menjadi fleksibel seadanya mengikut situasi dan keadaan yang diperlukan. Tapi dia, tidak menampakkan ciri-ciri kematangan sebagai seorang lelaki yang sepatutnya dah lama matang. Sungguh kasihan dan ketinggalan. Nampak kejam ayat ini, tapi dia sendiri mengaku bahawa dia biasanya gagal dan lemah sekiranya berkomunikasi dengan lelaki yang lebih berusia daripada dia. Kenapa? Puncanya hanya dia tak nak berubah, tak nak belajar menjadi fleksibel.
Aku ada seorang kawan lagi, atau lebih tepat aku panggil dia idola aku. Aku langsung tak nampak dia cerewet. Kerana dia manusia yang sangatlah fleksibel. Cuma dia tidak akan bertoleransi hanya dari segi masa. Time management adalah sangat penting pada dia. Maka dia nampak sempurna dan sangat berdisplin serta berprotokol orangnya. Biasanya kita tak selesa bersama orang sebegitu, tapi sebaliknya, dia sangat disayangi, disenangi oleh semua orang disekelilingnya. Kerana dia mengamalkan sangat fleksibel. Kerana dia sentiasa berubah dan berubah ke arah yang lebih baik. Dia sentiasa belajar daripada kesilapan dia. Dia sering mengkaji dirinya dan ada sasaran untuk membuang perkara negatif dalam dirinya.
Perangainya dengan setiap orang adalah berbeza mengikut situasi dan keadaan, kerana dia lebih suka mengikut rentak orang di hadapannya. Komunikasi yang sentiasa ditunjukkan sentiasa positif. Bagaimana dia berkomunikasi sehinggakan sesiapa yang mendampinginya rasa dihargai dan gembira. Bayangkan, semua orang nak dekati dia tanpa ada sebarang kepentingan peribadi kerana mereka sangat selesa bersamanya. Berbezakan dengan kawan saya yang pertama tadi? Mampukah kita sefleksibel ini? Mengikut rentak manusia di sekitar kita secara paling positif?

Berbalik tentang topik cerewet makan. Kalau nak sebut satu-persatu kawan-kawan aku yang cerewet pasal makan, rasanya ramai sangat-sangat. Ada yang tak makan bawang, tak makan sayur, tak minum susu, tak makan ikan, tak makan daging. Yang aku sebutkan tadi adalah benda-benda asas yang kita selalu jumpa dalam pola pemakanan kita. Belum aku sebut tak suka makan buah manggis sebab nanti kotor tangan, tak suka makan durian / tempoyak sebab berbau busuk, tak suka pekasam sebab nampak tak best, takkan makan biskut raya yang buruk rupanya. Ada lagi, tak suka makan pedas, tak suka ada santan dan lain-lain.
Sikap mereka membuatkan aku termenung. Ikutkan kronologi sejarah aku daripada zaman kanak-kanak sehingga sekarang, aku rasa banyak sangat aku buat perubahan, skop perubahan tentang makanan. Dulu, aku takkan makan mee goreng, maggi, koey teow, daging, susu, pekasam, tempoyak, banyak lagilah. Dan sekarang aku makan semuanya. Kenapa? Aku ikut situasi dan keadaan semasa. Contohnya, aku pernah tinggal di asrama, salah satu menu sarapan ialah mee goreng. Takkanlah aku nak kebuluran. Akhirnya, aku menjamah dalam pasrah, dan sejak itu sehingga kini, aku langsung tak memilih makanan, sedap ke tidak, aku telan dan bersyukur. Itu nikmat dunia, sekurang-kurangnya aku masih mampu 'merasa' makanan itu masin ke manis, pedas dan sebagainya, kalau jatuh sakit misalnya, semua masakan rasa sama je. Bersyukurlah seadanya. Percaya atau tidak, kawan yang paling rapat dengan aku pun tak pernah tahu apa yang aku tak suka makan. Diaorang tak dapat nak trace!
Di sini, apa yang aku ingin jelaskan adalah, aku belajar menjadi manusia yang fleksibel seadanya. Kenapa aku perlu cerewet? Apa yang aku dapat? Tak untung pun kalau cerewet malah kadang-kadang menyusahkan diri. Ada kes sebelum ini, semasa aku ikut trip mendaki ke beberapa buah gunung di Malaysia, tukang masak yang menjadi mangsa. Kenapa? Ada yang tak minum susu, tak makan bawang, tak makan pedas, macam-macam. Dalam keadaan yang keletihan, tukang masak terpaksa melayan kerenah dan kehendak mereka. Kenapa tak boleh fleksibel? Walau hanya sekali? Dalam hutan, telan jelah apa yang dihidang. Dalam keadaan yang boleh dikatakan darurat pun masih cerewet dalam soal pemakanan. Aku memang tak faham.
Itu baru cerita tentang soal makan, belum cerita tentang soal penampilan. Belum cerita cerewet tentang rutin seharian. Belum cerita soal tentang soal lain. Soal penampilan pula, kadang-kadang aku terasa nak ketawa dengan kerenah manusia yang macam ni. Kenapa pakai tudung color purple? Kenapa bukan coklat? Nampak tak sesuai dengan tema baju awak. Eh, kasut ni tak sesuai dengan awak. Beg ini membuatkan awak nampak tua. Eh orang tu, buruknya pakaian dia. Aduhhh, tak sesuainya orang tu pakai tudung macam tu, nampak buruk. Perlukah protes sehingga ke tahap itu?
Ayat-ayat di atas selalu sangat aku dengar di kalangan kawan-kawan. Pada aku tak kisah mereka nak pakai macam mana, itu hak mereka. Siapa aku nak mempertikaikan pakaian mereka, sempurna sangatkah apa yang aku pakai? Soalnya, selagi mereka menutup aurat dan pakaian mereka sesuai dengan majlis, pedulikan. Kenapa masih dijadikan satu isu. Silap-silap isu tersebut boleh kepada membawa kepada mengutuk. Kan tak elok namanya.
Moralnya di sini, orang cerewet, siapa yang suka? Dan malangnya, aku dikelilingi oleh manusia-manusia seperti tu, tapi percaya atau tidak, aku boleh mengharunginya. Kalau orang lain, aku rasa dah lama angkat kakikan. Tak pun, jarakkan diri daripada golongan tersebut. Kenapa aku masih mampu bertahan? Aku cuba menghadapinya, kerana aku tahu, mereka takkan berubah sikap mereka, maka, biarlah aku yang ubah.
Sama seperti menghadapi bos yang cerewet dan tah apa-apa. Dah banyak bos aku bekerja, dan aku rasa aku tak pernah jumpa dengan perangai bos aku yang sorang ni. Sebelum aku bekerja di bawahnya, ramai nasihat aku, dia seorang bos yang sangat teruk. Dia akan maki sesuka hati di depan orang ramai, dia seorang bos yang sangat tak profesional. Tapi, aku ambil risiko.
Akhirnya, apa yang berlaku, bos aku tu menjadi seperti kawan baik. Aku tahu dia takkan berubah, maka aku yang memulakan perubahan. Aku mengikut rentak dia, bukan secara membabi buta, tapi gunakan kaedah psikologi. Sangat membantu dan berkesan. Aku tahu sebagai bos dia takkan mengaku salah, itu pasti, maka aku rela minta maaf walaupun aku terang-terang tak salah. Dia marah, aku angguk dan mohon ampun, dia bagi kerja dan kerja urgent, aku buat walaupun dalam hati bersarang rasa tension.
Namun, perlahan dan perlahan, bos aku memahami aku. Kaedah secara halus sangat berkesan. Dia akhirnya sangat serasi dengan aku, dan percaya tak dia mengaku selama ni dia tunjukkan jari telunjuknya dan cakap aku bodoh, dan 4 jari yang lain tu sebenarnya tertuju pada diri dia sendiri. Dan ramai tidak percaya, aku mampu conquer bos sendiri. Aku tak pernah gunakan istilah bodek, itu bukan sifat aku. Tapi, aku sekadar ikut rentak bos aku secara psikologi, cubalah, ia sangat berkesan.
Percaya pada satu ayat ini, what u gives, u get back. Fleksibel dengan orang, pasti kita dapat imbuhan yang berbaloi. Mulalah buat perubahan. Anda mampu mengubahnya.
Anda mampu mengubahnya.