10 Zulkaedah. Aku menghadapi hari-hari seperti biasa. Meredah jem untuk sampai ke ofis. Di ofis pula busy dengan tugasan, lebih busy dengan tugasan yang tak disangka-sangka seperti menyiapkan tugasan untuk orang lain yang tiada kaitan. Mengeluh? Itu pasti. Membantu orang lain membuatkan segala kerja-kerja aku menjadi tertangguh. Ini boleh membuatkan prestasi kerja aku di tahap yang tak membanggakan.
Namun, apa dayaku sebagai orang bawahan. Hanya mampu mengikut rentak. Hanya mampu memujuk diri sendiri seadanya. Memujuk diri sendiri sudah menjadi satu keperluan sekarang. Ketidakpuasan hanya dizahirkan dan diluahkan di dalam hati. Kemudian, cepat-cepat beristigfar. Takut sifat itu menular dan tertanam di hati selamanya. Mana boleh, itu sikap yang patut dihindari dalam apa jua keadaan.
Selain memujuk diri sendiri, kaedah lain yang aku gunakan ialah berdoa. Berdoa jika suka, berdoa jika duka. Berdoa jika ada kesulitan, berdoa jika kesulitan diakhiri. Aku juga sering berdoa untuk orang lain, tanpa diaorang tahu. Untuk ibu bapa, itu adalah pasti. Mana mungkin aku tertinggal atau terlupa. Sebab aku pernah baca hadis ke apa tah, aku tak ingat, jangan sesekali putus berdoa untuk orang tua sekiranya tak mahu rezeki hilang atau tersekat. Aku juga pernah berdoa pada Allah di mana aku nak menanggung dosa kedua orang tua ku kerana mungkin kaedah tersebut sahaja penyelesaian mahu membalas jasa mereka. Boleh ke tidak berdoa demikian aku kurang pasti. Tapi aku ikhlas nak menanggung dosa mereka walaupun dosa aku sendiri banyaknya tak terhitung.
Barangkali aku memang pelik, kerana aku juga selalu berdoa terhadap binatang seperti binatang terbiar di tepi jalan, yang kelaparan, kebuluran, kesejukan, cacat dan tempang. Doa aku biasanya begini, Ya Allah, aku rela mengambil tempat kucing yang kelaparan ni, jangan biarkan ia kelaparan, biarlah aku yang kelaparan sebagai ganti, aku sanggup. Atau begini, selamatkan kucing-kucing yang terbiar ini Ya Allah, moga urusan mereka untuk mencari makanan dipermudahkan. Janganlah biarkan mereka dilanggar kenderaan.
Even pada anjing pun aku pernah berdoa moga rasa kelaparan itu hilang padanya, aku sanggup mengambil tempatnya yang sedang kelaparan. Dan perkara ini makin serius bila aku tahu di mana semua makhluk di muka bumi ini sentiasa berzikir pada Allah. Aku yang manusia berakal ni rasa malu pada diri sendiri, maka aku rasa mereka juga layak untuk dimasukkan di dalam doa harian aku. Pelikkah aku?
Dulu, masa di kampung, aku rela memberi makan pada kucing terlebih dahulu sebelum aku mengisi perut selepas pulang daripada sekolah walhal aku sendiri kebuluran sehingga arwah mak selalu bebel pada aku, katanya, janganlah jadi hamba kepada binatang, sebab aku lebihkan binatang daripada diri sendiri tentang soal makan minum.
Aku memang suka berdoa walaupun setiap kali berdoa aku sentiasa rasa malu pada Allah sebab aku rasa aku tak layak minta banyak-banyak sebab dosa aku yang tak terhitung. Tapi, pada siapa lagi aku nak mengadu. Aku bukannya ada tempat nak mengadu, memang kawan-kawan ramai, tapi pada aku, aku lebih suka memendam rasa tentang masalah aku sendiri. Mungkin sudah terbiasa, sejak kecil aku atasi sendiri masalah aku, maka sehingga kini, aku tak reti nak mengadu pada orang.
Sudahnya sekarang, aku selesa memendam masalah dan bergerak menghadapi masalah tersebut sendirian. Mungkin ini bukan tindakan bijak, tapi sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan orang sekeliling aku. Sekali dua barangkali mereka boleh menjadi pendengar setia, tapi kalau selamanya begitu, mereka pun mungkin sudah tak ikhlas menjadi pendengar setia. Hati orang, manalah kita tahu. Aku bukan pandai menilik sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina, tapi setiap orang ada masalah masing-masing, maka aku tak nak menjadi beban mereka.
Allah lebih tahu setiap yang berlaku. Dialah tempat terbaik untuk mengadu, Diakan pencipta kita. So kenapa ragu-ragu nak mengadu segalanya pada Dia? Pernah tak korang rasa sesuatu miracle tentang perjalanan hidup korang? Pernah tak korang rasa doa korang termakbul? Atau korang rasa ianya sekadar satu kebetulan? Tiada apa yang kebetulan di atas muka bumi ini kerana setiap yang berlaku segalanya atas izin Allah. Percayalah, tiada yang mustahil sekiranya Allah izinkan ianya berlaku.
Allah lebih tahu. Diakan sayang kita 70x lebih daripada kedua orang tua kita. Allah suka jika kita meminta-mintanya padanya, orang suka ke kalau kita sering meminta-minta kepada mereka? Tidak sesekali, malah kita mungkin dicemuh dan diumpat seadanya.
Maka, jangan lupa untuk berdoa. Jadikan ianya sebagai satu kewajipan. Doakan senjata untuk orang mukmin. Doa dan tawakal. Tapi, jangan sesekali lupa nak berusaha seiring berdoa. Tu yang terbaik. Istiqamahkan dan synchronise kan.

0 ulasan:
Catat Ulasan