19 Zulkaedah. 2 hari aku tak masuk ofis kerana terlibat dengan training. Training ni lebih menekankan konsep filing system secara sistematik dan efektik mengikut 5S. Siapa yang kerja dengan gomen, pasti familiar apa itu 5S kan?
Salah satu silibus yang sangat menarik minat aku ialah tentang goal setting. Setiap peserta kursus diminta list down 2 goal setting masing-masing di atas kertas. Aku dengan pantas menulis 2 goal setting aku dengan segera sebab goal setting itu sentiasa bermain-bermain di minda aku, dan kadangkala menjadi satu beban pun iya jugak. Nak tahu apa goal setting aku? Pertama, bebas daripada beban hutang, dan kedua bekerja sendiri.
Aku pusing kiri dan kanan dan aku lihat majoriti peserta keresahan dan berkerut dahi mencari idea untuk isi ruang kosong tersebut. Aku pelik, diaorang ni memang tak ada goal setting atau goal setting mereka terlampau banyak sehinggakan ruang yang diberi tak muat untuk diisi.
Pertama, ada kebarangkalian mereka baru realize yang mereka perlu ada goal setting. Maka ada yang mereka-mereka dan bertanya pada aku apa yang nak ditulis. Bayangkan, goal setting adalah satu matlamat dalam hidup masing-masing. Kenapa idea aku yang mereka perlukan? Adakah segala matlamat mereka selama ini semuanya tercapai sehinggakan mereka tak perlu tetapkan matlamat langsung dalam hidup mereka? Paling malang, ada yang meniru idea aku dalam menetapkan goal setting dalam hidup mereka.
Kebarangkalian kedua, mungkin terlalu banyak impian yang masih belum tercapai sehinggakan mereka keliru goal setting mana yang menjadi priority untuk di sasar dalam kehidupan dan rutin sehari-hari. Mungkin benda ni sedikit sebanyak terkena batang hidung sendiri, kerana banyak sekali matlamat aku belum terlaksana. Tapi, memandangkan hanya 2 goal setting yang diminta fasilitator, maka aku ambil goal setting yang terbesar dan untuk jangka masa yang panjang.
Selesai mengisi goal setting masing-masing, fasilitator membantu kami bagaimana untuk merealisasikan goal setting tersebut melalui pelbagai perseptif. Dan kami diminta menghuraikannya secara details kenapa goal setting tu perlu dicapai dan kenapa agaknya goal setting tu tak pernah tercapai dan risiko-risiko di sebaliknya. Di situ aku dapat gambaran jelas, dan aku sangat bersemangat walaupun sebelum ini aku sentiasa cuba nak merealisasikan matlamat aku.
Aku cuba buat kesimpulan sendiri, better goal setting perlu terbahagi kepada 2. Maksudnya di sini, goal setting untuk jangka masa panjang, dan goal setting dalam jangka masa pendek, sebagai contoh, 3-6 bulan. Goal setting untuk jangka masa yang panjang melibatkan matlamat yang besar dan mustahil untuk dicapai dalam masa terdekat, tapi goal setting jangka masa pendek perlu dan sangat boleh dicapai dalam masa yang ditetapkan, yang penting, kaedah yang bertepatan dan time management yang efisyen dan sistematik.
Pagi tadi aku bangun dan rasa malu pada diri sendiri apabila mengenangkan semula goal setting yang aku tulis 2 hari lepas. Kedua-duanya tentang duniawi. Tak ada satu pun terselit goal setting tentang dunia permanent besok. Aku mula tekebil-kebil dan terkerut-kerut dahi agak lama. Aduhhh, akhirnya apa yang berlaku kepada kawan-kawan aku 2 hari lepas berlaku kepada aku semula di mana aku tiada goal setting untuk akhirat esok.
Apakah goal setting aku untuk bekalan menghadapi dunia yang satu lagi kelak? Aku pasti goal setting aku kat sini sama dengan semua umat Islam di pelusuk dunia iaitu nak masuk syurga, nak dapatkan rahmat dari Allah. Adakah kita berusaha ke arah tersebut? Apakah plan-plan kita untuk mencapai goal tersebut? Bagaimanakah kita nak menggunakan time management seadanya sebab kita tak tahu pun bila kita akan pergi mengadap Ilahi? Apakah kita kenal pasti apakah masalah dan punca yang akan menggagalkan goal setting kita selain iblis laknatullah dan nafsu serakah?
Sama-sama kita realisasikan goal setting kita, untuk duniawi dan akhirat yang utama. Semoga kita di rahmati Allah selalu dan selamanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan