5 syawal. Syawal pun dah nak berakhir 8 oct ini. Semalam, aku berjaya habiskan puasa 6 di bulan syawal. Kelewatan beraya puasa 6 disebabkan banyak faktor 'open house pejabat' di ofis aku. Sini sana ada open house semasa hari bekerja. Dan disebabkan 'period' juga menyebabkan terhalangnya aku nak habiskan puasa 6 dengan segera. Jelesnya bila kawan-kawan aku di ofis dah berjaya habiskan puasa 6. Sabtu ahad pula, memang aku tak boleh langsung nak puasa kerana memenuhi undangan open house yang banyak sekali. Ada yang termiss sebab dah penat dan kekenyangan yang maksima, especially sabtu ahad minggu lepas, ramai yang buat open house kerana itu minggu terakhir di bulan syawal.
Aku tetap bersyukur dan berbangga walaupun aku lewat menghabiskan puasa 6 seperti orang lain. Alhamdulillah. Maknanya, tahun ni aku berjaya tak ponteng terawih dan aku berjaya puasa 6. Alhamdulillah. Azam aku untuk tahun-tahun seterusnya, aku berjaya tak ponteng terawih 20 rakaat pulak. Sayang tau, masa ada kudrat nilah kena pulun betul-betul ibadat macam ni, lagipun ibadat kalau dibuat bulan puasa, perghhh! ganjarannya sangat banyak, takkan nak tunggu tua pula baru nak berhempas pulas, itu pun kalau sempat merasa tuakan? kalau tak sempat?
Bercerita tentang ibadah, sehingga ke saat ini, aku belum berjaya buat solat sunat dhuha. ada sahaja halangan menanti. Aku ada dengar ceramah dalam radio IKIM, kalau dah tahu kelebihan solat tahajud dan solat dhuha, tapi tak buat, payahlah, siapa lagi nak tolong kalau diri sendiri. Solat tahajud aku dah laksanakan walaupun bukanlah tiap-tiap malam, tapi solat dhuha belum pernah aku amalkan. Takkan nak tunggu tua baru nak buat? Maksudnya kat sini, tak adalah usaha ke atas iman, ye tak?
Oh ya, bercerita tentang makan dan open house, ramai yang mengeluh bila berat badan semakin naik. Masing-masing dah risau tentang tahap keselamatan kesihatan, tentang tahap kolestrol kerana pelbagai makanan yang telah dimakan tak semuanya seimbang dan menyihatkan, termasuk aku.
So, untuk seimbangkan keadaan, selepas bejaya berpuasa 6, maka aku dah mula merancang untuk berpuasa ganti selepas ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan