~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 28 Mac 2011

Masuk hutan lagi buat kali terakhir

Jumaat lepas aku mengikuti trip 4wd ke hutan Kenaboi. Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke Kenaboi pasti enjoy dengan suasana di dalam hutan yang memang cantik dan tak jemu mata memandang. Kami hanya 5 biji 4wd, ada yang bawa Land Rover, Ford dan Pajero. Siapa yang pernah tengok iklan "Mai Secawan"? Di sinilah lokasi iklan itu dibuat, di kem site Ponak.

Sebenarnya, aku dah memang excited apabila dimaklumkan adanya trip ke sana kerana hampir 4 tahun aku tak menjejakkan kaki ke sana. Aku rindukan suasasa di sana. Rindu nak berkhemah di sana, bertemu kawan-kawan di sana.

Lagipun, ini adalah trip terakhir aku masuk hutan sebagai orang bujang. Maka, peluang keemasan ini tidak sesekali aku lepaskan begitu sahaja. Hari rabu malam, kami beramai-ramai membeli ration di Careefour Subang. Rasanya ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke Carrefour ini.

Selepas solat isyak Jumaat malam di Petronas berhampiran airport Subang, kami bergegas menuju ke destinasi. Singgah makan malam di kawasan Hulu Langat jam 12 tengah malam. Mata aku dah tak larat nak angkat. Aku memang jenis tak tahan mata. Jenis mudah tidur. Orang kata ni nikmat dunia. Biasanya di rumah jam 9 malam adalah waktu tidur aku. Maka, aku tak ada mood nak menjamah kecuali menghabiskan saki baki nasi goreng abang aku. Rasanya nilah kali pertama dia tak mampu nak habiskan makanan sebab dia cirit birit dan demam.

Selepas makan, perjalanan diteruskan meredah hutan dan kegelapan malam. Aku tak pasti tiba di destinasi jam berapa. Aku sedar-sedar je dah dalam hutan belukar. Dalam keadaan mamai aku bangun dan menjerit tanya di mana di mana? Aku jadi confuse. Abang aku kebetulan ada di luar kereta menjawab dalam hutanlah. Hahaha, aku mamai. Ni padahnya tidur dalam perjalanan.

Aku menjenguk keluar dari kenderaan dan majoriti dah tidur. Ada yang baru nak pacakkan khemah. Ada yang tidur dalam kereta, dalam khemah. Memandangkan aku dah malas nak cari kelengkapan tidur, dah malas nak cari sleeping bag, aku sambung je tidur dalam kereta kesejukan. Tapi ni bukanlah kali pertamalas nak turun dari kereta, maka aku tidur dalam kereta. Dan syukurlah tak ada nyamuk yang menggigit.

Betapa tak selesanya tidur dalam kereta dengan kesejukan yang menggila. Sudahnya aku tersedar banyak kali. Apabila hari dah cerah, kawan-kawan aku selaku driver memulakan tugas masing-masing sebagai driver membawa peserta yang terlibat dalam ala-ala explorace ke Kenaboi kemsite untuk acara menyumpit dan sesi menukar tayar pacuan 4 roda.

Kami yang selaku penumpang sahaja ni hanya menanti sahaja bersama organiser di starting point. Sempat aku terlelap di atas kerusi panjang yang kecil dan sempit dan hanya muat sebelah badan sahaja. Aku tersedar apabila badan aku dah rasa lenguh dan aku rasa lapar. Kelihatan puluhan kenderaan peserta program dah berkurangan, ini menandakan dah banyak peserta yang dah berjaya menghabiskan task menyumpit dan menukar tayar tadi.

Selesai semua, organiser membayar bayar upah kepada kawan-kawan aku yang terlibat sebagai driver. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke kem site Kenaboi untuk bermalam kerana hari dah hampir ke Asar. Di sana, seperti dijangka, aku bertemu kawan-kawan lama dan sempat menjemput mereka ke majlis aku. Seperti biasa, aku diasakkan dengan pelbagai soalan yang aku dah agak iaitu uiksss gemuknya kau? dan sejak bila korang bercinta ni tiba-tiba dah nak kahwin? Kawan-kawan aku yang berada di sekeliling turut ketawa terbahak-bahak apabila aku dikatakan gemuk. Gemuk pun gemuklah janji abang sayang. Mereka sambung ketawa beramai-ramai.

Persediaan makan malam bermula. Disebabkan aku tak reti nak masak, aku hanya membantu apa yang patut, jadi assistant aje. Kupas bawang, potong sayur, basuh apa yang patut, tanak nasi, sediakan bahan-bahan untuk di masak. Selebihnya aku serahkan pada akak-akak yang lain. Serahkan pada yang pakar.

Sesungguhnya aku teruja apabila ada menu ayam yang dimasak di dalam buluh, begitu juga dengan ikan. Tak sabar aku nak melantak. Hobi aku pula meratah, nasi tak sampai suku aku taruh, tapi lauknya lebih. Bersungguh aku makan dengan berselera, lupa kang takut tak muat baju pengantin. Akhirnya selesai kemas apa patut dan buat apa yang patut, jam 930 malam aku dah terlelap. Aku tersedar jam 2am pun apabila aku terdengar kawan-kawan aku masih berborak.

Keesokan paginya, selepas bersarapan, kami meredah hutan dengan 4wd menuju ke Lata Kijang. Excitednya aku, sebab dah lama sangat aku tak menikmati kesejukan air Lata Kijang. Air terjunnya sangat cantik dan sangat tinggi. Ala-ala Lata Kinjang di sebelah utara. Sayang aku tak boleh nak abadikan kenangan sebab aku memang tak ada camera.

Selepas puas mandi, kami kembali ke kemsite. Dalam perjalanan, ada seorang tua di kaki gunung tiba-tiba muncul di sebalik semak belukar yang tebal. Kami menumpangkannya sehingga ke perkampungan orang asli. Kereta kancilnya ada parking di situ. Dia mengucapkan syukur dan terima kasih kerana kami sudi menumpangkannya. Dia kata pacuan 4 roda lain tak sudi tumpangkan dia. Dia kata dah 3 hari dia dalam hutan hanya beralaskan biskut kering. Bila aku tanya apa dia buat sorang diri dalam hutan, dia jawab saja jalan-jalan. Sebenarnya itu sekadar jawapan. Aku tahu dia ada tujuan dan nawaitu tertentu yang dia tidak sudi berkongsi dengan kami di dalam kereta.

Pada akulah kan bukan sebarangan orang mampu masuk hutan seorang diri. Aku pun tak berani. Maklumlah hutan ni banyak binatang buas, bukan pasal hantu. So kalau tak ada ilmu yang sepatutnya janganlah nak tunjuk lagak, nak tunjuk hero. Masuk ramai-ramai pun belum pasti selamat. Pastinya orang sebegitu sangat hebat ilmunya. Pastilah. Melihat daripada kudratnya pun masih gagah, walaupun raut mukanya dah menampakkan ketuaannya yang sangat jelas.

Selepas meninggalkan orang tua yang menjadi tanya tanya tadi, kami masing-masing buat kesimpulan sendiri. Mungkin dia mencari orkid hutan, rotan dan pokok ubat. Tapi, tak ada apa pun dibawanya kecuali sebuah beg sandang yang usang. Takkan bertapa pula? Tak macam orang bertapa. Entahlah, kami membiarkan persoalan tadi begitu sahaja. Tiba di kem site, kami mula mengemaskan apa yang patut untuk pulang ke KL.

Aku sempat digigit seekor pacat. Lama sudah tak dihinggapi pacat degil ini. Kesannya sehingga sekarang kaki aku gatal. Ni yang aku tak gemor. Kang melayan garu kang, parut pula yang muncul. Kami tiba di workshop semasa azan Magrib berkumandang.

Selesai semuanya aku pulang ke rumah kepenatan. Sungguh, aku puas hati dengan trip kali ini. Sempat lagi aku ditarbiyah tentang alam rumah tangga dengan abang-abang dan akak-akak yang aku anggap macam keluarga sendiri. Dalam bergurau, aku kutip point yang bernas yang boleh aku gunakan dalam melayari alam perkahwinan yang serba mencabar.

Dalam lesu, akhirnya aku tertidur lena.

Isnin, 21 Mac 2011

Cerita santai tentang kahwin

Salam. Ni cerita santai je. Sekadar nak share pengalaman aku edarkan kad kahwin. Semalam hari ahad ada 2 orang kawan outdoor aku kahwin. Atas niat nak memenuhi jemputan, atas niat nak edarkan kad, aku bersama bakal suami menghadiri majlis tersebut.

Aku sememangnya agak berat hati nak jumpa kawan-kawan outdoor ni, almamklumlah dah lama sangat aku tinggalkan dunia outdoor, hampir 3 tahun rasanya kot. Aku jadi malu dan segan apabila nak bertemu mereka. Tapi atas desakan bakal suami, aku gagahkan diri. Lagipun nak edarkan kad. Bila dah jumpa, soalan pertama mereka, uiksss kenapa aku gemuk sangat? Aduhhh.

Seperti yang aku dah jangka, selepas edarkan kad, semua kawan-kawan macam tercengang, ramai yang tak puas hati. Betul ke korang berdua ni nak kahwin? Bila pula korang ni bercinta? Ni siapa mengorat siapa ni? Soalan bertalu-talu tu jenuhlah aku nak jawab. Dan aku ketawa besar apabila mereka tak percaya di mana bakal suami aku yang mengorat aku dulu, mentang-mentanglah dia pendiam dan jenis tak banyak cakap. Aku ni jenis peramah boleh tahan. Sebab mereka terlebih dahulu kenal bakal husband aku, dan mereka dah sedia maklum dia jenis yang serius, pendiam dan tak banyak cakap dan susah nak senyum. Maka, diaorang confuse bagaimanakah kami bercinta? Hahaha.

Entahlah, walaupun bercinta, kitaorang tak adalah seperti pasangan kekasih lain yang seperti belangkas ke hulu ke hilir tak berpisah. Aku ni pula jenis tak ada sebab aku malas nak keluar rumah, sebab aku dah segan dan malu nak melepak-lepak macam dulu.

Sememangnya, surprise kami menjadi bangat. Dalam 50 orang yang kami jumpa semalam, semuanya melahirkan rasa terkejut yang amat sangat. Bayangkan kawan-kawan rapat sendiri pun tak tahu kami akan berkahwin. Kawan serumah bakal suami aku pun tak tahu yang kami akan berkahwin. Hahaha. Dan ada yang cakap, lepas ni ada yang meraunglah. Oh tidakkk, siapakah gerangannya? Aku pun tak tahu.

Itu cerita semalam. Pagi tadi, apabila aku email semua kad pada kawan-kawan satu department termasuk bos aku, dan seperti dijangka lagi, mereka terkejut dan macam tak percaya. Betul ke kau nak kahwin ni? Ishhh, betullah mana ada aku main-main.

Dan ada juga yang kata kenapa tiba-tiba kahwin? Macam pelik je? Uikssss, apa maksudnya? Aku bukannya kahwin sebab termengandung la, sabo jelah diaorang ni tau. Ke situ pulak. Kenapa aku rahsiakan selama ni? Aku ni wanita, aku akan rasa malu kalau aku dah heboh-hebohkan dan tiba-tiba tak jadi, manalah aku nak taruh muka. Kes twin aku pernah putus tunang, satu kampung tahu dia bertunang, dan jenuhlah dia nak inform setiap sorang apabila dia dah putus. Dialah tengah frust, nak explain pula dah putus satu hal, terseksa jiwa raga dia aku tengok.

So aku ambil iktibar daripada kes twin aku, aku tak ada buat majlis bertunang, kira express la ni. Risik dan terus kahwin. Lagipun aku dah lama kenal bakal mentua aku, cuma sebelum ni aku tak bercinta je lagi dengan bakal suami aku tu.

Hari ni rasanya topik tengah hari kawan-kawan aku tadi semasa lunch adalah mengenai topik perkahwinan aku yang bakal berlangsung tak sampai sebulan daripada sekarang. Masing-masing menzahirkan rasa tak percaya, tak puas hati dan terkejut. Aku macam biasa, sengih jelah mampu.

Kemudian, bermulalah sesi tanya siapa bakal suami? Jumpa kat mana? Aku jawablah jumpa dalam hutan. Diaorang ketawa. Betullah, dulu kami sama-sama geng mendaki, cuma masa tu aku belum bercinta dengan dia.

Kenapa aku pilih dia? Dia tak handsome pun, dia sendiri mengaku muka macam orang asli. Kami geng-geng gunung pula cakap muka dia macam adik watson yambek (betul ke aku eja ni). Dia susah nak senyum, tapi dia tak sombonglah. Dahlah jenis mukanya keras, tak reti nak senyum, pendiam, macam mana aku boleh bercinta dengan dia? Itu menjadi persoalan ramai orang.

Aku jawablah, aku ajak ke masjid dia tak tolak. Malah, dia yang sering ajak aku apabila waktu solat fardhu dah masuk. Kalau sebelum ni aku bercinta bagai nak rak dengan orang lain, handsome lagi, badan ketul-ketul lagi, 6 pax lagi, tapi bila ajak ke masjid boleh bawa gaduh. So, perlu ke aku kahwin dengan orang yang engkar suruhan Allah? Kalau dengan Allah pun dia tak sayang, kerat jarilah dia sayang aku kan? Aku ni dahlah jahil agama, dapat pula yang macam tu, payahlah aku nak masuk syurga.

Oh ya, aku pun memang pernah bergaduh juga dengan bakal husband aku. Puncanya, dia nak buat solat terawih penuh, tapi aku nak buat 8 rakaat je. Aku ingat lagi. Ni zaman jahiliah aku la ni. Sudahnya apabila bergaduh tak ada kesudahan, selepas terawih 8 rakaat, aku terus blah balik rumah aku tinggalkan dia kat masjid. Hahaha. Percaya tak, selepas tahun berikutnya, aku sendiri ajak dia terawih penuh sebab aku rasa akulah manusia paling bodoh, orang ajak buat ibadah cara baik tapi aku yang bangang.

Sebenarnya ada banyak lagi aku nak melalut. Tapi stop setakat ini dulu, aku nak balik rumah.





Jemputan ke majlis kahwin ku - 16.04.2011



Assalamualaikum w.b.t. Di sini aku nak menjemput kepada sesiapa yang membaca entry ini supaya datang ke majlis kahwin aku pada tarikh tertera. Majlis kahwin aku ni sederhana sahaja, siapa yang nak datang, aku dengan berbesar hati menjemput kalian. Aku tak pasti samada kalian nampak ke tidak kad tersebut, tak pandailah aku nak adjust. Aku taipkan semula ye

Lokasi : Dewan SS5A / Kelana Jaya (berdekatan wisma FAM)

Masa : 12 tengah hari - 3 petang

Tapi awal-awal lagi aku nak bagitau, kalau ada sebarang kekurangan kat majlis aku ni, aku pohon ampun dan maaf kerana majlis ni aku sendiri yang organise, maka, aku tak mampu nak buat secara besar-besaran. Banyak hati, banyak pihak aku kena jaga, so majlis aku walaupun kecil tetap aku kena langsungkan. Harap maaf sekiranya kalau ada kekurangan pada majlis aku. Doakan majlis aku berjalan lancar dan diberkati. Silalah datang ye

Jumaat, 18 Mac 2011

Grooming

Grooming? Pernah tak kawan-kawan korang cakap nak grooming kan korang? Aku selalu kena. Maklumlah aku ni bukanlah di dalam kategori yang suka bergaya. Biasa je. Budak kampungla katakan. Tapi aku tak adalah kecil hati. Akak-akak kat ofis ada yang suruh aku melaram, ni asyik-asyik pakai kurung dan kebaya je. Cubalah buat perubahan sikit, kata merekalah. Akak ni dulu masa bujang macam korang, akak bergaya tau, tapi korang ni akak tengok kekampungan je.

Aku gelak je. Aku layankan je kerenah diaorang. Aku cakaplah tak retilah nak bergaya ni. Gini aje sejak dulu. Kalau buat perubahan pun, mungkin jenis tudung yang aku pakai. Yang lain sama je, baju kurung darjah 6 pun ada lagi aku simpan dan masih pakai. Percaya tak? percayalah, ada 2 helai, satu hijau satu lagi pink. Cuma yang hijau tu je aku dah tak akan pakai sebab kainnya belah tak halal (istilah ni budak ofis aku selalu gunakan, kalau belah halal tu macam pakai kain batik).

Dan pagi tadi cerita tentang bergaya, melaram dan grooming ni berlaku semula pagi tadi di pantry. Semasa aku nak menunggu cafe mocha dari mesin kopi penuh dalam cawan yang aku tadah, ada seorang akak tegur aku. Anak-anak dara kat ofis ni aku tengok tak reti nak bergaya. Tengok budak ni, lipstik tak reti nak pakai, masuk pantry pakai selipar hijau toilet dia, merujuk kepada akulah tu. Aku gelak. Aku sengih. Aku ketawa. Dalam pantry tu adalah dalam 3 orang akak dan seorang tea lady. Mereka turut tersenyum.

Budak receptionist kat depan tu pun aku tengok, hari-hari jumpa orang, bukannya nak bergaya. Dia free hair lagi senang nak bergaya. Macam-macam gaya boleh buat. Akak ni dulu zaman bujang macam korang ni, perghhhhh bergaya bukan main tau. Korang ni simple sangat la. Aku gelak lagi.

Sekembalinya ke tempat duduk, selepas bersarapan pisang dan karipap favourite aku, aku meneruskan kerja walaupun belum 830am. Kemudian, aku terfikir kata kakak-kakak tadi. Perubahan perlu dilakukan. Dan aku rasa ramai yang kena buat perubahan secara drastik.

Perubahan yang aku maksudkan ialah, kalau dulu kita tak pakai sarung kaki, sekarang kita pastikan tanpa sarung kaki jangan keluar rumah. Kalau dulu suka pakai lengan pendek, sekarang kita pastikan pakai lengan panjang setiap kali keluar rumah. Kalau dulu pakai tudung singkat, pastikan sekarang tudung melepasi paras dada. Dalam pada masa yang sama, aku ingatkan diri sendiri. Sekarang dah ada stokin fleksibel, kat mydin ada jual, kalau nak ambil wuduk tak payah buka dan sarung buka dan sarung, selak je, So tak ada alasan lagi pakai sarung kaki ni leceh.

Teringat pesan ustaz, kalau sayangkan suami, jangan jadikan suami kita dayus. Maksud suami dayus di sini ialah suami tak mampu nak mencegah kemungkaran yang berlaku dalam rumah tangganya seperti membiarkan isteri dan anak-anak tidak menutup aurat dengan sempurna.

Maka, mehhlah kita bergaya berjemaah. Barangkali korang dah sedia maklum bergaya, tinggal aku je la ni. Ahaksss, tapi aku mana reti nak pakai liptisk. Tak pernahnya aku pakai dan beli lipstik ni. Tak apa, meh kita buat kempen mari bergaya. Meh buat kempen bergaya ikut sunnah nabi, maksudnya tutup aurat dengan sempurna. Mehhh. Mehhh. Mehhh.


Khamis, 17 Mac 2011

Sesat di dalam diri sendiri

Kita baru sahaja dikejutkan dengan fenomena bencana alam yang sangat dashyat di Jepun. Dengan tsunaminya, gempanya, radiasinya. Semua ini akan memberi kesan samada untuk jangka pendek atau jangka panjang. Dan syukurlah, kesan radiasi itu tidak merebak ke bumi Malaysia seperti khabar angin yang langsung tidak berasas. Mari kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Dan jangan lupa berdoa supaya segala kepayahan dan penderitaan rakyat Jepun akan segera berakhir.

Tapikan, kenapa ye kita tak nak ambil iktibar daripada musibah yang telah melanda negara matahari terbit itu? Pada pendapat aku yang jahil ni, setiap perkara yang berlaku yang Allah telah izinkan berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Tapikan, aku perhatikan masih ramai yang tak nak ambil iktibar dan pedoman daripada kiamat kecil ini.

Dalam suratkhabar, hampir hari-hari kita disajikan dengan berita ajaran sesat. Kenapa ianya semakin berleluasa? Tok Berlagak dari Darul Saka, boleh tahu siapa yang akan ke syurga. Baca yassin secara mengundur. Wahhh, sangatlah hebatnya. Teringin bebenor aku nak jumpa dia. Macam-macam soalan aku nak tanya ni.

Sebenarnya aku sedih sangat. Akhir zaman ni kalau sebut jumpa bayi dalam tong sampah dalam tandas adalah perkara yang bukan luar biasa lagi. Ibu bapa berzina depan anak bukan perkara yang asing lagi. Kemudian, kes murtad pula bukanlah satu perkara baru di bumi Malaysia. Dan sekarang, ajaran sesat berleluasa. Salah siapa? Aku tak dapat bayangkan generasi masa depan. Betapa aku tak dapat nak gambarkan suasana yang pastinya begitu menyedihkan.

Kenapa makin ramai yang terjebak dalam ajaran sesat? Tahun lepas dah tangkap sekumpulan ajaran sesat yang sambut raya lebih awal daripada sepatutnya. Sebelum tu kes ayah pin tak payahlah aku nak cakap, satu malaysia dah heboh.

Seperti sebelum ni, aku tergelak besar apabila cerita tentang pokok petai menangis. Dan aku ketawa sampai keluar air mata apabila ada yang sanggup minum air mata pokok petai tersebut. Ishhh sudahlah. Semua perkara ini langsung tak menambahkan iman.

Sesungguhnya, aku pelik dengan mentaliti rakyat malaysia yang gemarkan benda pelik-pelik. Kononnya nak kaitkan dengan kuasa Allah. Ya, aku tak nafikan segala yang berlaku atas izin Allah. Tapi, apa yang aku tak suka apabila akhirnya ia bertukar menjadi syirik apabila penemuan benda pelik tadi pula yang dipuja-puja, diagung-agungkan. Dan terang lagi bersuluh mereka dah lupakan pada yang Maha Pencipta. Ini yang menyebabkan aku jadi geram yang amat sangat. Syaitan pun tak pernah syiriklah.

Tapi apalah daya aku. Aku hanya mampu melihat, berdoa, supaya akidah mereka tidak lagi terpesong. Ingat, bila-bila masa je kita akan mati. Ingat, malaikat maut datang melawat kita 70x setiap hari. Ingat, hala tuju kita samada neraka atau syurga semata, tak ada pakej ke tempat lain lagi dah. Ingat, selepas mati, air mata darah sekalipun tak akan mampu membantu kita lagi.

Marilah kita muhasabah diri. Marilah. Aku menyeru kepada semua termasuk diri sendiri. Cuba hitungkan amalan kita, ibadah kita, banyak ke? Bukankah kita lebih sibuk dengan urusan duniawi?

p/s : kawan aku persoalkan aku dengan muka ketat. "tak bolehkah aku berhibur dengan lagu-lagu yang berkumandang di radio ni?" aku jawab, boleh. "habis tu?" aku sambung jawab, selama hayat akukan, banyak sangat dah telinga ni aku dengar lagu yang langsung tak menambahkan iman, apa salahnya sekarang aku dengar alunan ayat-ayat al quran, sekurang-kurangnya telinga aku ni boleh jadi saksi esok kat sana. Aku ni banyak dosa, aku takut sangat. Korang tak apalah, banyak pahalakan.


Selasa, 15 Mac 2011

Kesan radiasi dah merebak ke Filipina?

Atas permintaan akak-akak ofis suruh buat teh tarik satu jag besar, aku pun ke pantry buat air. Sajalah tu diaorang nak bermanja dengan aku. Sambil buat air, aku dengar kawan-kawan daripada department lain berborak kosong dengan makcik tea lady. Aku pun pasang telingalah.

Aku terkejut apabila terdengar ada seorang mamat mengatakan radiasi dari Jepun dah merebak ke negara Filipina. Hah? Bior betul. Cepat-cepat aku sudahkan buat air dan kembali ke meja aku, dan sempat aku cakap kat akak-akak department aku, seperti biasa aku cakap, 'aku dah taruh julap dalam air ni, dan dah mandrem sekali'. Hahaha. Diaorang ketawa. Julap pun ok juga kata diaorang, tengah sembelit ni. Cehhh. Ngeh ngeh ngeh

Aku cepat-cepat check map google lokasi kedudukan filipina, jepun dan malaysia walaupun dalam minda aku dah dapat bayangkan kedudukannya. Aku sekadar nak sahihkan sekali lagi, maklumlah aku tak mahir sangat geografi ni.

Dari kacamata map google, kedudukan filipina dan malaysia sememangnya tak jauh, tepat dengan gambaran dalam kepala otak aku ni. Aku mula susah hati. Benarkah apa yang telah dikatakan oleh mamat tadi?

Aku mula teringat satu ayat dalam al quran yang lebih kurang bunyinya begini, apabila jumlah dan bilangan manusia yang membuat perkara kemungkaran melebihi ahli ibadah di sesuatu kawasan, maka akan turunlah bala dan bencana di kawasan tersebut.

Aku jadi ngeri yang amat sangat. Aku tiba-tiba terbayangkan segala bermacam kemungkaran telah berlaku di tanah tempat tumpah darahku ini. Kes buang bayi begitu berleluasa dan melampau telah berlaku tanpa ada surutnya. Kes liwat, berzina, dadah, gay, lesbian, rasuah, pecah amanah, berjudi, tak bayar zakat, dan tah bermacam gejala negatif berlaku. Belum kira kes ponteng solat fardhu, ponteng solat jumaat, ponteng puasa. Aduhhhhhhh

Ya Allah, jauhkanlah bala bencana ni daripada bumi Malaysia.

Mari kita buat solat hajat supaya negara yang kita sayangi ini terhindar daripada bencana ini.

p/s : moga aku tersilap dengar tadi


Ikut sifat syaitan

Ada seorang kawan. Dia cakap malasnya nak buat kerja, padahal banyak kerja yang masih bertimbun. Aku tak pasti apa motif dia sampaikan perkara itu pada aku. Untuk memohon pendapat aku atau sekadar modal berbicara. Aku pun dengan selambanya berkata, meh kita belajar ikut sifat syaitan. Kawan aku tercengang. Apa kaitannya? Aku cakaplah, syaitan tak pernah ada rasa malas dalam dirinya dalam nak menyesatkan manusia. Sifat rajin itulah patut kita contohi. Syaitan akan berusaha secara maksima, sepenuh jiwa dan raganya demi nak menghancurkan umat manusia.

Aku sambung lagi, syaitan bukannya sejahat mana pun, syaitan tak pernah syirik pada Allah. Tapi ramai di kalangan kita yang dah syirik, samada syirik kecil atau besar. Samada syirik itu kita sedar atau tidak. So, siapa yang jahat sebenarnya? Kita atau syaitan? Syaitan hanya engkar perintah Allah supaya sembah anak Adam.

Aku pernah tulis entry sebegini dalam tajuk 'Aku Kagum Dengan Syaitan'. Aku mengulanginya semula sekali lagi di sini sebab aku rasa banyak yang aku patut belajar daripada syaitan dalam nak menambahkan iman aku. Jangan lupa, iman kita bila-bila masa je Allah boleh cabut. Maka, sentiasalah berdoa pada Allah sentiasa seperti hidupkan aku dalam iman Ya Allah, dan matikanlah aku dalam iman Ya Allah.

Sebagai manusia, aku tak nafikan, rasa malas tu kadang-kadang wujud dalam diri aku. Malas nak beribadah, malas nak buat kerja rumah, malas nak buat kerja di ofis. Tapi, sebagai manusia juga yang diberi akal, mari kita sama-sama muhasabah diri. Mari kita kembali kepada asas. Ingat tujuan kita diwujudkan ke dunia ni atas sebab apa? Allah tak wujudkan kita tanpa sebab. Semuanya bersebab.

Kita dijadikan Allah sebagai hambaNya. Maka, sebagai hambaNya kita wajib sembahNya, patuh pada perintahNya, tinggalkan apa yang dilarangNya. Kita diwajibkan berdakwah. Di sana esok kita kena jawab kenapa kita tak berdakwah? Ilmu sikit cara ilmu sikit, ilmu banyak cara ilmu banyak. Sampaikanlah walau sepotong ayat, tak gitu? Tapi jangan jadi macam aku yang sekadar gunakan medium blog untuk berdakwah, hehehe

Maka, sebagai hamba Allah yang lemah dan tak ada daya dan upaya, mari kita berdoa semoga segala urusan ibadah kita dipermudahkan dunia dan akhirat. Ramai yang lupa berdoa supaya urusan amal ibadah kita dipermudahkan dan berjalan lancar. Mari kita berdoa supaya kita tak malas dalam urusan harian kita dan juga urusan ibadah. Semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat Allah. Amin.

Tsunami Jepun - Kiamat Kecil

Kita digemparkan dengan tsunami yang sangat dashyat di Jepun. Sebenarnya, aku tak mengikuti sangat perkembangan yang berlaku di sana, kecuali sekiranya kebetulan aku terbaca dalam suratkhabar atau mendengar berita  sahaja. Bukan tak nak ambil tahu berita ini, cuma aku tak bersedia daripada segi mental dan emosi. Sesungguhnya aku tak dapat bayangkan perkara ini jika aku lalui sendiri.

Jepun yang kita sedia maklum sudah bersedia menghadapi musibah ini. Seperti kita sedia maklum, Jepun sendiri mempunyai teknologi canggih. Walau bagaimanapun, mereka tak mampu melawan takdir Allah yang lebih berkuasa. Puluhan ribu terkorban dan hilang tak dapat dikesan. Sungguh, aku tak dapat bayangkannya. Sekarang ini pula, kesan daripada tsunami ialah radiasi yang mempunyai impak yang sangat besar untuk kesan jangka panjang. Radiasi perang dunia kedua dahulu pun masih ada saki bakinya sehingga sekarang walaupun dah berpuluh tahun perkara itu berlaku.

Menurut kawan-kawan yang melihat menerusi youtube, mereka menceritakan bagaimana keadaan yang berlaku di sana. Aku hanya mendengar penuh minat. Dan cuba membayangkan situasi di hujung tanduk itu. Aku tak nafikan emosi aku turut terkesan dengan semua ini. Segala yang berlaku atas izin Allah. Sehebat mana pun kita, takkan mampu menghalang kuasanya yang Maha Hebat. Apa yang mampu kita buat salurkan keprihatinan kita melalui doa kepada mereka di sana. Dan yang paling penting, mari sama-sama muhasabah diri. Tingkatkan amal ibadah kita, jangan bazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Nyawa kita juga bila-bila boleh dicabut cuma masa dan keadaan saja yang barangkali tidak sama.

Tsunami ini bukan yang terakhir, tak mustahil ianya akan berlaku lagi. Aku bukan meminta, aku sekadar ingatkan diri. Aku ni banyak dosa. Aku takut. Aku takut mati dengan dosa yang tak terhitung. Aku takut. Aku rasa menggigil tiba-tiba.


Jumaat, 11 Mac 2011

apabila wali berbicara

Ibrahim bin Adham (wali Allah yang terkenal di zaman dahulu) apabila ditanya tentang sebab-sebab mengapa doa ditolak, dia berkata, Doa ditolak kerana beberapa sebab iaitu :

1) Kita mengenal Allah tetapi segala hak yang diamanahkan kepada kita tidak dilaksanakan

2) Sunnah Rasullullah SAW diremehkan walaupun kita mengaku menyintainya.

3)Al quran di baca siang dan malam tetapi kita tidak beramal dengannya.

4)Tidak bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan

5)Syaitan djadikan sahabat walaupun lidah mengatakan ia sebagai musuh

6)Kita tidak beramal bersungguh-sungguh walaupun kita mengetahu bahawa syurga itu benar.

7)Maksiat kita lakukan berleluasa walaupun kita tahu neraka itu balasan utuk asi (orang yang melakukan maksiat)

8)Tidak menyediakan bekalan akhirat walaupun kita percaya mati itu benar.

9)Sentiasa mencari keaiban dan kesalahan orang lain tetapi tidak pernah memerhatikan keaiban diri sendiri.

10)Tidak  mengambil iktibar dan pengajaran setelah menguburkan orang mati.

P/S : Sumber ini aku dapat daripada buku Indahnya amalan berdoa hasil nukilan Dato' Ismail Kamus.

aku jatuh pada no 6 & 8 kot.

cerita di pagi jumaat

Salam jumaat yang mulia. Seawal pagi aku dah disambut dengan jem yang melampau sepanjang perjalanan menuju ke ofis. Naik lif nak masuk ofis pula, aku sangkut dalam lif seorang diri. Aku jadi pucat lesi. Aku takut lif terhempas sebab aku membayangkan peristiwa lif terhempas yang aku baca dalam suratkhabar tahun lepas.

Aku dahlah banyak dosa. Ibadah pula tak sebanyak mana. Tiba-tiba aku rasa seperti nyawa dihujung tanduk. Sesungguhnya aku takut mati. Sebenarnya ini bukan kali pertama aku berdepan dengan situasi ini. Di rumah lama aku, hampir tiap-tiap bulan aku tersangkut dalam lif sorang-sorang, aku tendang-tendang lif tu, aku menjerit sehingga keluar suara jantan setelah usaha aku nak keluar dari lif mengalami jalan buntu. Button yang aku tekan langsung tak membantu aku.

Tapi inilah kali pertama aku sangkut dalam lif di ofis aku selama lebih 6 tahun aku kerja di sini. Sangkut di tingkat 13 pula tu, ngeri aku rasa. Dalam aku kebingungan sorang diri, lif akhirnya terbuka. Kebetulan masa nak keluar lif, ada sorang mamat tegur aku, kenapa katanya? Agaknya dia hairan melihat aku yang hampir nak menangis. Lif ni sangkut tadi, aku jawab sepintas lalu dan terus berlalu. Ooo, ingatkan takut hantu. Dia ketawa. Laaaa, aku tak terfikir pulak pasal takut hantu. Kalau hantu cekik aku, aku mati syahid apa? Hehehe

Masuk je ofis, aku on pc aku dan menuju ke tandas. Aku sengaja singgah di depan tempat duduk seorang akak. Berdiri tercegat memandangnya. Ye gadis hijau, semalam hijau, hari ni hijau, nak apa? Sambil sengih pandang aku. Dia pelik agaknya sebab aku ni bukan jenis menyinggah tempat orang tanpa sebab.

Aku nak bagi sedekah, aku jawab tersenyum-senyum. Wow, sedekah apa? excited akak tu bertanya.

Sebuah senyuman, aku jawab sambil tersenyum lagi dan meneruskan perjalanan ke tandas. Sempat aku kerling ke belakang dan melihat akak tadi sambil tersenyum lagi dan dia membalas senyuman aku dan ucapkan terima kasih atas sedekah aku. Aku mengangkat tangan tinggi-tinggi dan berkata Hijau bumi Tuhan. Tak ada kena mengena pun. Hahaha

Aku melepaskan hajat yang patut di tandas.

Salam jumaat yang mulia.

P/S : Sedang mempertimbangkan nak balik kampung jam berapa, sebab bapak kandung aku masuk hospital semalam.


Rabu, 9 Mac 2011

Lumpuh separuh badan

9 March. Semalam adalah kali ke 3 aku berpindah tempat duduk selama aku berada di dalam department ini. Penatnya terasa sehingga ke hari ini. Sakit seluruh badan. Bekerja keras sungguh aku semalam. Aku mengerah tenaga yang maksimum untuk mengalihkan kabinet yang berlambak-lambak, kerusi meja dan macam-macam benda. Syukurlah aku dibantu oleh akak-akak yang prihatin. Malangnya, jejaka-jejaka melayu terakhir hanya tolong melihat. Agak tergugat kesabaran aku. Tapi aku sekadar mendiamkan diri, sebab aku rasa masih mampu menolak kabinet besi dan kabinet kayu itu walaupun separuh tenaga aku dah hilang.

Kelihatan akak-akak department aku dah mula merungut dan mulalah mengutuk kaum adam tadi yang berat tulang. Aku masih mendiamkan diri. Menyampuk tidak, mengiyakan pun tidak. Sebab aku dah faham, ini bukan kali pertama mereka berkira kudrat dan tenaga mereka. Aku meneruskan kerja seperti biasa walhal aku kepenatan. Kesannya hari ni aku terasa macam lumpuh separuh badan.

Betapa sakitnya seluruh tubuh badan aku. Nampak sangat kudrat aku dah tak seperti dulu. Dulu setakat buat kerja berat begini, apalah sangat kan. Gunung berapi boleh didaki, KL tower boleh aku panjat anak tangganya, nak tangga batu caves boleh aku buat tawaf 5 kali, penang bridge boleh aku berlari, tapi sekarang semua itu hanya tinggal sejarah. Aku penat yang melampau. Jem yang teruk pagi tadi pula hampir membunuh semangat aku untuk datang kerja pagi tadi.

Pergerakan aku sekarang menjadi agak terbatas. Setiap pergerakan aku rasa sakit. Seawal pagi ni pun aku dah rasa lesu. Walaupun semalam aku dihalang keras menolak dan memindahkan kabinet besi dan kayu yang berat itu, dikhuatiri peranakan aku jatuh, namun apa daya kami semua kerana staff lelaki hanya pandang sebelah mata. Kalau aku tak korbankan tenaga sendiri, aku nak libatkan siapa lagi. Mujurlah staff lelaki daripada department admin sudi membantu, itu pun setelah seorang akak yang dah hilang kesabaran mengambil tindakan mengarahkan mereka supaya tidak sekadar melihat semata. Lagipun bukan sekadar barang-barang aku yang kena pindah, barang tersebut melibatkan dokumen dan fail keseluruhan department aku yang melibatkan 25 orang staff disimpan dalam kabinet. Maka, mereka sewajarnya bekerjasama memindahkan dokumen tersebut bersama-sama. Aku boleh je lepas tangan, sudahkan pemindahan barang bahagian aku dan bahagian mereka aku biarkan, tapi sesungguhnya aku tak sampai hati.
Entahlah, kadang-kadang aku tak faham dengan mentaliti kelakian mereka. Aku sedar aku tak layak pun bersuara walaupun ada yang sudah menjadi suami orang. Takkan tak faham lagi. Akhirnya, aku yang menanggung sakit seluruh badan. Aku tak naklah mengharapkan sepenuhnya bantuan akak-akak yang 'kebal' feminin mereka. Maka, dengan berkebaya semalam itulah aku mengheret, menolak, menarik dan memindahkan kabinet-kabinet yang sesungguhnya amat berat. Rasanya keluar segala peluh jantan, peluh betina dan peluh ala-ala. Hahahaha

Walaubagaimanapun, aku ambil semuanya dengan positif. Secara tak langsung aku dapat exersises. Secara tak langsung aku dah bakar kalori. Secara tak langsung mengantuk aku kan hilang. Ni kaedah pujuk diri sendirilah ni.

Ustaz ada cakap, berdoalah begini setiap kali rasa terbeban dengan sesuatu. Ya Allah, bagilah aku pahala atas apa yang berlaku ini. Sesungguhnya dengan izin Mu aku mampu bersabar dan menghadapi semua ini dengan reda.

Aku kembali ceria. Aku teringat suatu kisah. Kawan aku pernah mengadu pada aku suaminya enggan bekerjasama membantu urusan kerja-kerja rumah, atas alasan kerja rumah hanya tugasan seorang isteri. Aku ketawa dan tumpang bersimpati. Setahu aku tak de pun termaktub sebegitu. Perlu ada toleransi dalam pengagihan kerja-kerja rumah apatah si isteri pun bekerja.

Maka, jawab aku pada kawan aku. Dalam apa jua keadaan, perlu ada term & condition, rules & regulation. Termasuk dalam hubungan suami isteri. Supaya segalanya nampak jelas, terang lagi bersuluh. Bukan untuk memihak kepada mana-mana pihak, tapi untuk kebaikan bersama. Dikhuatiri di masa akan datang ada sesi tak puas hati. Maka, term & condition tadi barangkali dapat membantu. Lalu, jangan ambil remeh perkara ini.

Maka, aku berseru, wujudkanlah term & condition. Dalam banyak perkara kadang-kadang kita kena bertegas. Kita kena tahu hak kita, tapi janganlah sampai melampaui batas kan?

Mmm... agaknya apa list term & condition yang aku nak buat pada sang suami ni yer? hehehe

P/S : Kawan aku ada minta pendapat aku, perlukah dia kembali kepada ex boyfriendnya apabila si jejaka tersebut beriya berjanji tidak akan curang lagi? Aku jawab terpulang, tapi pastikan wujudkan term & condition. Biar si jejaka tadi nampak yang kita pun ada maruah, harga diri dan matlamat yang jelas dalam sebuah perhubungan.

Selamat mencuba

Jumaat, 4 Mac 2011

Nak gelak atau nak marah?

Sejak bulan March menjelma ni, aku tersangatlah sibuknya. Selain kerja aku yang bertimbun, aku kena ambil alih semua kerja kawan aku yang Maternity Leave sejak awal March. Bagusnya di sini, aku belajar benda baru. Tak bagusnya pula, kerja aku sendiri terbengkalai. Hendak tak hendak, atas alasan amanah dalam menjalankan tugas, aku tetap kena hadapi masalah ini dengan telus.

Berhadapan dengan kontraktor setiap hari samada secara berdepan atau menerusi telefon membuatkan aku kadang-kadang tergelak seorang diri, ada juga masanya aku rasa sakit hati dengan kerenah kontraktor yang cerewet, ada masa aku rasa seronok, ada masa aku yang rasa tak puas hati, ada masa aku rasa geram sangat-sangat. Inilah dinamakan warna warni kan dalam kerjaya. Walaubagaimanapun aku tetap hadapi dengan penuh profesional. Secara tak langsung, aku dapat memperbetulkan teknik komunikasi aku ke arah yang lebih baik dan sempurna apabila berhadapan dengan orang yang tidak aku kenali.

Tadi ada kontraktor call aku, tanyakan kawan aku yang bersalin tadi. Aku katakan padanya kawan aku Maternity Leave bermula minggu ini. Dia jawab ok. Kemudian dia sambung bertanya lagi, isnin ni dia masuk tak?

Uiksss. Aku dah confuse. Agak-agaklah soalan macam tu kan. Ada ke orang selepas bersalin terus masuk kerja? Entahlah. Itu barangkali kes luar biasa.

Untuk tidak menghampakannya, aku cakap dengan penuh berhemah, beliau akan masuk semula kerja bulan May. Aduhhh, lamanya katanya. Cuti apa tu lama sangat?

Hah? Tadikan aku dah cakap Maternity Leave. Ishhh aku cakap dalam hati. Yang aku tak fahamnya kontraktor yang bertanya tadi adalah seorang perempuan.

Sekali lagi aku jawab dengan penuh berhemah tapi ada ketegasan dalam suara aku. Maternity Leave kan 2 bulan, cuti bersalin, aku cuba tersenyum di akhir ayat supaya tak nak dia rasa malu atau terasa. Aku kena jaga juga air muka orang lain.

Masalahnya ini bukan kes yang pertama. Minggu ni sahaja dah lebih 5 orang bertanyakan soalan begitu. Dan sebagai manusia biasa, aku patut marah ke patut gelak?

Akhirnya aku ketawa berdekah-dekah depan pc sorang-sorang.

Daripada aku melayan rasa geram dan marah yang tak berfaedah tu kan. Marah itu kan api. Api itukan syaitan

Rabu, 2 Mac 2011

Mandrem

Aku nak berkongsi 1 cerita. Dah banyak hari aku tak sempat nak update blog atas beberapa faktor iaitu, tak ada idea nak menulis, tak ada masa nak update disebabkan kerja yang bertimbun (kawan aku cuti bersalin), aku kena ambil alih kerjanya yang berlambak-lambak, kerja aku pun bertimbun. Faktor terakhir ialah sibuk menguruskan majlis perkahwinan aku yang terlalu banyak perkara berbangkit.

3 faktor utama ni memang menghalang aku daripada nak melekat dengan blog atau menjengah blog kawan-kawan. Ada sikit beberapa minit masa terluang ni, aku nak cerita 1 benda yang dah banyak kali aku rasa aku nak utarakan kat sini tapi aku lupa.

Yang mengingatkan aku semula apabila tengahari tadi aku kasi budak-budak ofis aku makan jeruk-jeruk yang datangnya daripada Penang. Budak ofis aku memang sukalah makan jeruk ini. Aku tak delah suka sangat, sebab jeruk ni mempercepatkan proses penuaan, maka aku tak nak jadi tua sebelum waktu. Hahahaha.

Aku punya perangai, setiap kali aku jamu kawan-kawan dengan makanan, hatta dengan minuman, aku akan cakap, abislah kalau korang makan, aku dah mandrem baeeekkk punya! Itulah ayat wajib aku, tak kiralah dalam hutan, dalam ofis, site ofis, kat rumah orang, kat rumah aku, itulah ayat lazim yang akan aku lafazkan.

Sebenarnya aku tak mandrem pun, aku saja ja gatal mulut cakap macam tu. Atas alasan nak bergurau senda. Barangsiapa yang dah faham perangai aku termasuk bos lama aku akan jawab macam ni, apalah sangat kau punya mandrem tu, aku punya mandrem lagi power daripada kau dan ayah pin tau. Hahahaha, aku ketawa.

Tapi, ada jawapan yang langsung tak menyedapkan halwa telinga aku. Tahu tak apa jawapan mereka. Kalau macam ni kenalah baca bismillah supaya tak kena mandrem kau. Aku tak nak berfikiran negatif sebab tak baik buruk sangka dengan sesama manusia, kang Allah murka. Tapi aku confuse, sekiranya kalau aku tak cakap yang aku mandrem, adakah dia takkan baca bismillah langsung sebelum nak menjamah??? Banyak kali jawapan yang macam ni yang aku terima tau.

Aku tetap bersangka baik lagi. Aku sekadar anggap dia pun sajalah nak bergurau macam aku.

P/S : Janganlah lupa baca basmalah, kalimah agung ni besar ganjarannya di sisi Allah. Jangan pandang sebelah mata.

Betapa gemuklah syaitan-syaitan laknatullah itu kalau makan atau minum tanpa basmalah. Ishhh.