~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 29 April 2011

Bicara santai hari jumaat

Sejak pagi subuh hujan dah lebat menggila. Aku redah hujan sambil bawa kereta dalam suhu aircond yang paling minima. Setiap kali hujan, setiap kali itulah akan berlakunya jem, akan berlakunya eksiden dan akan tumbuhlah lubang baru di laluan aku ke ofis sepanjang hari.

3 perkara ini memang kadang-kadang mencabar minda aku untuk ke ofis. Dan kadang-kadang hanya kerana 3 perkara ini aku mendapat dosa kering. Sumpah seranah jem yang sangat teruk, sumpah seranah kereta yang berlanggar bontot yang langsung tak nak ketepi bagi laluan pada kenderaan lain, sumpah seranah kerana menyebabkan spot rim kereta aku bengkok akibat munculnya lubang baru, yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Setiap kali hujan aku kena berhati-hati dengan lubang baru yang tiba-tiba wujud, walhal selama ni aku dah hafal kat mana lubang, kat mana keadaan jalan yang teruk.

Aku nak salahkan siapa mengenai jalan yang berlubang ini? Malaslah aku nak salahkan sesiapa. Banyak pihak berwajib sepatutnya memantau perkara ini. Kayalah tokey kedai aligment dan spot rim. Aku gak yang tak kaya-kaya. Hahaha.

Tiba di ofis tepat jam 8am, aku cepat-cepat ke pantry untuk bersarapan bekal yang dibawa. Lauk semalam. Sejak aku kahwin, belum pernah miss lagi aku bawa bekal, semuanya lauk semalam yang aku panaskan. Suami aku bukan jenis kaki makan, samalah dengan aku, cuma yang membezakan suami aku sekeping dan aku tak pernah jadi sekeping. Suami aku pernah cakap 2-3 tahun lepas pada aku, katanya kalau dia ikut stail aku makan tentu sekali dia lebih sekeping daripada sekarang, yang peliknya, aku tak pernah pula kurus, tak pernah pula sekeping, walhal nasi yang aku makan ciput aje. Lebih sikit kuantitinya daripada suami aku makan selama ini, dan aku tak pernah makan bertambah seumur hidup aku.

Entahlah, barangkali metabolisma aku rendah, sebab tu aku tak pernah kurus walaupun aku bukan jenis kaki makan. Paling kurus aku pernah cecah adalah 44 kilogram. Tu kira paling kurus pernah aku rasa. Mungkin aku ni jenis tak gemar makan nasi dalam kuantiti yang banyak tapi aku jenis suka meratah. Agaknya sebab tulah kot kan aku tak pernah sekeping.

Kembali kat tempat duduk ada panggilan telefon dari seorang rakan lama aku. Tapi, bos lama aku turut sama menyibuk nak bercakap dengan aku. Soalan cepumas daripada beliau pagi ini betul-betul buatkan aku ketawa besar. Nak tahu apa soalannya? Dah ada isi ke?

Agak-agaklah bos, aku jawab sambil meneruskan sisa ketawa besar. Aku bukannya Kris Dayanti yang dah hamil 4 bulan walhal belum sebulan menikah. Hahahaha.

Perut dah kenyang. Sesi memulakan tugas rutin yang tak pernah habis.

Sibuk macam mana pun jangan lupa berdoa, beristighfar dan berzikir dan membaca al quran. Bekalan ke ofis biarlah seiring dengan bekalan kat akhirat. Boleh gitu?

Khamis, 28 April 2011

Tolonglah aku kasi idea

Patutlah selama ini setiap hari aku dengar kawan-kawan ofis sibuk tanya sesama sendiri menu apa yang nak di masak malam kang kerana mereka dah kekeringan idea. Sekarang perkara yang sama berlaku kepada aku. Cuma yang membezakan cuma adalah aku tak pernah pula kekeringan idea, tapi, kebolehan memasak aku adalah sangat terbatas dan terhad untuk beberapa menu sahaja sebab aku ni bukanlah jenis yang pandai memasak.

Maka, pilihan terakhir aku adalah bertanyakan kepada lebai google. Terasa rugi yang amat sangat sebab aku tak pandai masak. Teringat kenangan kat kampung suami di mana aku kena ragging untuk masak. Syukurlah keluarga mentua awal-awal lagi dah sedia maklum aku ni tak pandai masak.

Tak pandai masak pun aku kena rajinkan diri ke dapur. Kenalah pandai ambil hati mentua. Dahlah aku tak ada mak bapak, dengan keluarga mentualah aku nak bermanja. Ye tak? Cemburu pula aku tengok layanan mentua dengan adik ipar aku yang bongsu. Aku dah lama rindukan kasih ibu, tu yang cepat tersentuh tu. Padahal layanan mentua dengan aku sama je dengan anak dan menantunya yang lain.

Aku nak masak apa ni? Adui la, aku tak tahu, aku patut rasa malu. Aku dah gagal kat sini.


Cerita tentang solat

Semalam seharian sesi pindah barang-barang abang aku ke rumah kami. Rumah sewa abang aku tingkat 5, yang tiada berlif. Syukurlah aku ni jenis tak kisah mendaki tangga. Memang aku suka. Selain dapat pecahkan lemak dan kolestrol, baik untuk kesihatan jantung dan tubuh badan.

Tapi kalau dah lebih 10x naik turun dengan bawa muatan yang berat, aku terus pancit. Penat giler. Barang abang aku rasanya macam tak banyak, tapi, rasa nak patah pinggang pun ada. Macam nilah bila umur dah meningkat senjalah katakan.

Aku nak solat asar, tapi telekung ada dalam kereta aku. Kereta aku pula ada pada kawan aku. Dalam kereta abang aku tak ada telekung. Nak solat di rumah sewa abang aku pula rasa tak selesa sebab rumah tu berselerak dengan barang-barang abang aku. Habuk debu semualah, belum sempurna kemas.

Maka, kami ke surau yang berdekatan dengan kedai makan sebab abang aku belum makan tengahari walaupun sebenarnya masa tu dah masuk asar. Aku dah kenyang giler dok melantak cempedak goreng. Sebelum teman dia makan, aku ke surau untuk solat asar. Abang aku tunggu di luar.

Selesai mengambil wuduk, aku memakai telekung yang disediakan. Kebetulan ada seorang makcik yang baru masuk untuk bersolat, duduk sebelah aku menghamparkan sejadah. Pergerakannya seakan terbatas, sesekali dia mengeluh kesakitan setiap kali membuat setiap pergerakan.

Aku yang dah siap bertelekung pusing ke arahnya dan tersenyum. Tanpa di minta dia tersenyum dan menjawab, makcik sakit lutut dan sakit badan. Kemudian dia segera bergerak untuk mengambil wuduk. Setiap langkah kakinya dia tetap mengeluh kesakitan. Aku terbayangkan anak tangga yang di naiknya tadi untuk ke surau. Pasti sukar dan sakit.

Dalam berdiri aku termenung. Esok kalau aku dah tua macam ni ke sakitnya? Mampu ke aku naik tangga, melangkah satu tangga ke satu anak tangga tanpa mengeluh kesakitan? Sekarang pun sana sini aku sakit. Apatah bila dah tua dan sebaya makcik tu.

Tapi, untuk menunaikan kewajipan, makcik tu akhirnya solat dengan kaedah duduk. Aku teringat semasa aku di dalam hutan, kawan aku bertekak sesama mereka. Ada yang nak solat duduk dalam khemah sebab tak sanggup nak solat di luar yang suhunya cecah di bawah 0. Maka, sesi bertelagah pendapat bermula. Ada yang mempertikaikan tak nak jugak-jugak solat duduk di dalam khemah kerana akan mengurangkan pahala solat.

Maka, demi mencapai kata sepakat, kami semua bersolat berjemaah di luar khemah dalam sejuk yang menggila. Selain menyarung telekung di badan, aku dah terlebih dahulu menyarung sweater tebal, glove tebal dan stokin tebal. Itu pun masih tak mampu nak menghadapi angin yang sangat sejuk. Kami bersolat dalam keadaan yang menggigil dan sejuk beku.

Ya, aku teringat kenangan itu. Dan aku teringat di mana kawan aku yang beriya tak nak kurang markah solat itu. Dia akhirnya senyum tanda lega kerana kami akhirnya bersetuju dengan pendapatnya. Dalam aku berkhayal itu, makcik tadi dah selesai berwuduk dan memakai telekung, tapi aku masih termangu-mangu berdiri tercegat.

Makcik itu solat dalam keadaan duduk. Aku juga yang tak solat-solat lagi.

Salah satu nikmat dunia ialah solat dengan sempurna dalam keadaan berdiri. Gunakanlah nikmat ini selagi ianya belum ditarik balik supaya tak ada unsur menyesal kemudian hari.

Perihal seorang kawan baik

Antara dialog yang aku ingat semasa berbual di YM dengan kenalan lama aku, lebih kurang ginilah

.................................................................................................................................

Dia : Apa kkabar?

Aku : Alhamdulillah

Dia : Kerja ok?

Aku : Alhamdulillah, ko lak?

Dia : Aku sambung belajar sekarang ni.

Aku : Wow, hebatnya, aku pun teringin, tapi bebanan hutang lagi, duit pun tarak, so impian itu terkubur begitu sahaja. Gud luck.

Dia : Bosan juga, asyik jalan kaki setiap hari, dah ler jauh.

Aku : Wow, bestnya, aku suka jalan kaki, janji jangan panas terik dah ler. Baik untuk jantung tau.

Dia : Penatlah

Aku : Tak apa, apa kata berjalan sambil berzikir, sure hilang penat

Dia : Hmmmmmmmm

...............................................................................................

Kemudian kawan aku senyap. YM pun terputus tiba-tiba. Tapi aku berbaik sangka. Apabila aku mula nak berbicara tentang akhirat, kawan aku terus senyap atau terus invisible. Tapi aku tetap berbaik sangka. Bukan semua orang tahan telinga mendengar syarahan free aku. Hahahaha.

Tapi, aku tetap tebalkan muka. Ada masa aku sapa dia, walaupun kadang-kadang tak berbalas. Aku tetap seperti biasa. Jauh sekali nak berkecil hati.

Suatu hari, baru-baru ini, dia sapa aku, siap bagi salam yang penuh. Aku pun jawab dengan penuh rasa sukacita. Selepas bertanyakan khabar, dia menceritakan satu perkara yang aku langsung tak sangka iaitu dia dah mula bersolat.

Wow, satu perubahan yang sangat positif. Aku sangatlah gembira mendengarnya. Gembira yang tahap maksima. Mengenangkan kembali sebelum ini, aku pernah berbuka puasa dengan kawan aku ini, selepas berbuka aku cari surau atau masjid, tapi dia dengan muka kering dan selambanya sanggup menanti di dalam kereta atau di kedai makan.

Dan apabila dia telah kembali bersolat, aku tanyakan apakah yang menyebabkan hatinya terbuka? Hatinya yang sangat keras dan degil tu berjaya jadi lembut setelah menyambut idea aku untuk berzikir semasa berjalan kaki. Dia mendapat ketenangan yang hakiki katanya. Dan apabila dia mula bersolat, dia rasa dia lebih tenang, dan inilah yang dia cari.

Hmmmm, aku katakan kepadanya, barangkali doa isterinya juga yang berjaya lembutkan hatinya. Sebelum dan selepas kahwin, aku tengok dia tak pernah solat. Mungkin setiap kali solat fardu isterinya tak putus dalam berdoa. Maka, kini doa isterinya dimakbulkan. Alhamdulillah. Sebagai kawan, aku rasa amat senang hati.

Aku suka bangat.

1st time, 1st time, 1st time

25 hb April kami masih bercuti. Tapi kami dah merancang mahu pulang ke KL. Masih banyak barang suami aku belum diangkut daripada rumah lamanya ke rumah kami. Selepas bersarapan, kami bergerak meninggalkan kampung suami aku. Seperti biasa, aku yang drive, sebab aku memang enjoy memandu.

Semasa menyusuri LPT aku menanyakan suami aku samada dia tahu tau tidak jalan ke Cameron Highlands daripada Sg Koyan. Tanpa aku sangka, suami aku tiba-tiba excited nak lalu jalan tersebut kerana sebelum ini dia pernah survey jalan tersebut tapi sekerat jalan kerana semasa itu jalan tersebut masih dalam proses pembinaan.

Apa lagi, kami pun cuba mengakses laluan baru itu. Subhanallah, view sepanjang jalan amatlah cantik. Sangatlah berbaloi pada yang berjiwa hutan macam kami. Gunung ganang sepanjang jalan. Jalan yang kami lalui sangatlah lengang. Langsung tiada kenderaan sepanjang jalan. Langsung tiada. Aku cuba bawak 20 pun tak ada yang memotong aku. Hahahaa. Tapi, risau jugak aku, line hp pun tak ada ni. Bimbang sekiranya sesuatu yang tak diingini berlaku. Syukur alhamdulillah, kami selamat tiba di Cameron Highlands

Sempat berdating dengan suami dan minum teh di cafe Bharat, aku suka slogannya, everytime is tea time, rasa tenang. Kami mencari hotel untuk di check in. Memandangkan bukan musim cuti hujung minggu atau cuti sekolah, dengan mudah kami mendapat hotel di sini. Dan untuk pengetahuan semua, nilah kali pertama aku check in dengan suami aku. Hahahahaa. Memanglah ngok (cakap pada diri sendiri). Dan nilah kali pertama aku tidur di Cameron Highlands. Selama ini aku datang sini semata-mata untuk mendaki, kalau tidur pun dalam hutan. Camerons Highlands kan banyak gunung ganangnya.

Dan inilah buat kali pertama aku drive sendiri untuk sampai ke sini. Selama ni aku datang dengan pacuan 4 roda, dah tentu bukan aku yang drive. Oh banyak sungguh kali pertama aku ek. Hahahahaa. Selepas jamak zohor dan asar, suami aku ajak berjalan-jalan di luar hotel. Grrrrrr, sejuk giler, aku mana ada bawak sweater. Yelah, mana ada plan nak datang sini. Jam dah menunjukkan hampir magrib, aku tak tahan dengan angin malamnya.

Kelam kabut aku ajak suami aku makan malam segera. Sebab aku tak tahan suhu yang sejuk itu. Sempat bershopping sayur dan snek untuk dibawa pulang ke KL.

Ni trip kali kedua aku bersama suami. Kira honeymoon ke? Merangkap la kot.

Pinjam ayat kawan aku, ke mana pun destinasi kita, yang paling penting adalah dengan siapa kita pergi ke destinasi itu. Kadang-kadang destinasi itu biasa aje, yang luar biasanya dengan siapa bersama kita semasa itu.

Betul tak???

Trip pertama selepas kahwin - sempoi punya

Majlis perkahwinan di sebelah suami berjalan lancar dan meriah walaupun acaranya biasa-biasa je. Majlis pun kecil-kecilan jugak. Syukur alhamdulillah hujan tidak turun walaupun pada awalnya aku nampak awan dah mendung. Seperti dijangka, warga gunung ramai yang datang menghadiri majlis kami sekaligus mereka buat pakej camping di Jerangkang Waterfall.

Ada yang naik basikal masuk ke kem site, ada yang gunakan pacuan 4 roda tak kurang ada yang sewa lori. Betapa meriahnya hutan Jerangkang dengan kehadiran mereka. Aku dan suami dah tak senang duduk. Ikutkan nak je follow mereka tapi memandangkan selepas kenduri masih banyak kerja menanti walaupun catering, maka niat nak mengikuti mereka terpaksa dibatalkan.

Tapi, ahad pagi tu selepas bersarapan, tiba-tiba suami aku ajak pergi masuk hutan Jerangkang naik motor. Apa lagi, seperti orang mengantuk disorongkan bantal, aku beriya bersetuju. Dan inilah kali pertama aku naik motor bersama suami aku. Aku ketawa mengekek. Husband aku pasti pelik. Aku terasa geli hati apabila aku terbayangkan pasti orang daripada arah belakang menyangkakan bahawa aku seorang je yang ada di atas motor, maklumlah suami aku dahlah kecil, sekeping pulak tu. Akukan besar. Hahahahaa. Kelakar lak rasa.

Sampai ke Jerangkang, walaupun perjalanan hampir 30 minit sahaja, tapi aku rasa nak patah pinggang. Jalannya yang tidak rata dan teruk menyebabkan aku lebih rela meredah lumpur berjalan kaki. Dah tak nampak rupa kaki dah. Penuh dengan lumpur.

Tiba di sana, semua kawan-kawan gunung terkejut dan tak sangka dalam panas terik kami sanggup ke sana berjumpa diaorang. Sempat lagi aku dan suami berposing dengan baju pengantin di tepi waterfall yang sangat cantik viewnya. Wah, sirih kembali ke gagang.

Selepas zohor, kami pulang ke rumah. Budak-budak gunung pun ramai yang dah beransur pulang ke KL. Dan ini adalah trip pertama aku selepas kahwin. Best jugak naik motor nikan. Dah lama aku tak naik motor. Sampai di rumah aku sakit kepala yang amat sangat sebab cuaca yang panas terik. Kulit pun dah makin hitam dan terbakar.

Sesi ke dapur pula bersama mertua.



Entri ini ditulis pada 22hb April malam

Buat kali pertama menulis entri ini di kampung suami. Betapa girangnya hati kerana aku dah mempunyai kampung semula setelah agak lama aku 'tiada kampung'. Selepas ni setiap kali musim perayaan aku boleh pulang ke sini. Sebelum ini bila tiba hari raya buntu nak menghala ke mana, sudahnya raya di KL ajer. Tapi tahun ini raya aku pasti meriah, suami aku pulak mempunyai adik beradik yang ramai. Alangkah berbunganya hati aku. Maklumlah aku ni jiwa kampung. Obses dengan suasana kampung.

Cuma yang agak merisaukan aku, mampukah aku mengambil hati mentua dan ipar duai? Bukan senang nak jaga hati orang, apatah lagi keluarga mentua. Biasanya manusia ni paling mudah sakitkan hati insan yang paling dekat dengannya tanpa dia sedari. Ini adalah kenyataan. Kerana lidah itu lebih tajam daripada sebilah pedang.

Walaubagaimanapun aku kena dan kena hadapi dengan positif dan optimis. Orang lain boleh, apalah sangat aku ni kan. Petua daripada rakan sepejabat aku, lakukan dengan ikhlas, pasti berkat. Ya, aku harap aku mampu hadapinya sebijak mungkin.

Esok majlis kahwin aku di sebelah suami pula. Pastinya ramai kawan-kawan gunung yang akan datang. Oh tak sabarnya.Pasti meriah bangat. Dijangka lebih 50 orang warga gunung yang datang. Aku jadi tak sabar nak bertemu mereka.

Perubahan cuaca dan perubahan tempat tidur menjadikan aku tiba-tiba tak boleh tidur. Selsema terus datang menyerang. Aku kan memang alah dengan suhu yang terlalu sejuk atau suhu terlalu panas. Mudah penyakit datang. Betapa sejuknya suasana malam di kampung suami aku. Tapi aku suka. Kampung aku dulu pun macam tu, sejuk bangat. Tak macam rumah aku kat KL, semasa hujan pun masih terasa bahang panasnya. Maklumlah hutan batu. Kat kampung kan banyak pokok.

Sebut pokok, teringat aku satu kisah. Barangsiapa yang rajin berzikir seseolah menanam satu pohon kat syurga. Untunglah sapa yang sering basahkan lidah dengan berzikir dan bertahmid. Untunglah. Aku dapat bayangkan nanti betapa sejuk dan nyamannya tidur di kelilingi oleh pohon segar yang tumbuh dan wujud daripada zikir kita. Kat dunia ni pun, kat rumah suami aku ni pun aku dah terasa nikmat yang tak terhingga.

Aku nak tidurlah, kang mata aku sembab lak, esok pagi nak bangun awal.

Rabu, 20 April 2011

Satu fenomena

Assalamualaikum. Kembali bekerja semula semalam setelah 3 hari bercuti. Esok aku akan sambung bercuti semula untuk pulang ke kampung suami. Majlis di sebelah suami akan diadakan sabtu ini. Oh ya, majlis berjalan dengan lancar walaupun ada masalah teknikal melanda. Dah lepas, malas nak dikenang. Walaubagaimanapun majlis berjalan seperti yang aku rancang.

Dalam hujan lebat yang menggila semasa sesi akad nikah pagi sabtu itu, aku anggap ianya hujan rahmat. Antara waktu musjatab doakan setahu aku ialah semasa hujan sedang turun. Maka segala macam doa yang terlintas di fikiran aku lafazkan sesungguh hati. Syukurlah, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi seorang isteri.

Ada cerita kelakar di sebalik cerita akad nikah ni sebenarnya dan menjadi bahan sesi borak semasa majlis kahwin. Sepatutnya dalam sesi akad nikah ni, pengantin biasanya akan menangis. Tapi, bak kata anak saudara aku, aku ni mana ada perasaan. Jenis hati batu. Hati kering. Diaorang dah agak aku takkan menangis setelah selesai akad nikah, tapi mereka tak sangka pula pengapit lelaki yang menangis. Hahaha.

Sebenarnya ada sejarah di sebalik tangis itu. Tapi, dah tak ada jodoh, dah ketentuan aku jadi isteri orang lain nak buat macam mana. Walaubagaimanapun, dia masih sudi jadi pengapit aku. Ni namanya kawan sejatikan. Kawan selagi hayat dikandung badan. Kawan sehingga ke syurga, insyaallah.

Ahad dan isnin adalah hari busy kami suami isteri. Sesi bertandang ke rumah saudara sekitar Lembah Klang. Biasalah, sebagai pasangan pengantin, kami dibuli dibahan dengan pelbagai soalan cepu mas. Selagi boleh aku sedaya upaya menepis daripada menjawap soalan berbaur 18sx manakala suami aku buat muka selamba. Perangainya yang pendiam menjadikan dia secara tak langsung terlepas terus daripada usikan manakala aku ni yang jenis peramah boleh tahan asyik kena memanjang. Bagaimanapun aku tak kecil hati, malah aku dah bersedia daripada segi mentaliti menerima usikan tersebut.

Ke mana aku pergi, sedikit sebanyak menjadi tumpuan orang sekeliling. Ke kedai makan membayar harga makanan dan membasuh tangan, aku di sapa oleh customer sebelah meja, baru kahwin ke? Aku ke kaunter KWSP pun di sapa oleh petugas terbabit. Perkara yang sama berlaku di pejabat pos semasa aku nak renew lesen memandu yang hampir tamat tempoh. Mereka melihat inai di jari yang masih merah. Sehinggakan ada yang lantang bersuara mengatakan sepatutnya pengantin baru berkurung di bilik tidur. Uiksssssss. Aku macam biasa, ketawa mengekek.

Belum bercerita tentang insiden di ofis aku. Rakan-rakan satu department datang menyerbu dan bertanyakan soalan bertalu-talu. Aku rasa korang tentu boleh agak apa soalan mereka di mana aku rasa tak mampu aku nak jawab melainkan sekadar senyum dan sengih. Kontraktor-kontraktor yang datang bertemu aku atas urusan kerja juga tak melepaskan peluang mengajukan soalan yang aku rasa merah padam aku menahan malu. Bagaimanapun aku hanya tersenyum dan membiarkan segala soalan tadi berlalu begitu sahaja.

Adalah menjadi satu kelainan yang maksima apabila aku menjadi seorang isteri. Totally different. Anyway aku bersyukur mendapat suami yang sangat fleksibel daripada segi kudrat. Dia sangat memahami kepenatan aku bekerja dan dia dengan ikhlas sudi menolong aku mengemas rumah. Rumah aku dah seakan tongkang pecah dengan segala hadiah dan segala barang suami aku. Dan aku tak sangka dia masih sudi mengemas walaupun aku tak minta dibantu. Dan aku harap selamanya dia akan berkekalan begitu. Selamanya.

Aku tak putus dalam berdoa semoga perkahwinan aku sentiasa bahagia dalam rahmat dan berkat Ilahi. Aku tahu suatu masa nanti pasti aku akan jatuh bergolek, kerana tak selamanya aku berada di atas, maka aku perlu sentiasa kekalkan dalam berdoa, dan berusaha menjadi seorang isteri yang solehah. Itukan ikrar aku.

Insyaallah.

Perkara yang mematikan hati

10 Perkara Mematikan Hati

Ibrahim bin Adham menyatakan 10 sebab mematikan hati:

Ia mengetahui Allah SWT namun ia tidak tunduk dan patuh kepadaNya.

Mengetahui Rasul namun tidak mengikuti petunjuk dan sunnahnya.

Mengetahui Al-Quran namun tidak mengamalkannya.

Menikmati nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT namun tidak mensyukuri akan nikmatNya tersebut.

Mengetahui Syurga namun tidak meminta mengharapkannya serta melakukan sebab-sebab yang dapat menuju padanya.

Mengetahui Neraka, namun tidak menjauhi sebab-sebab menujunya.

Mengenal dan mengetahui syaitan namun tidak menjauhi dan malah terpujuk rayuannya.

Mengetahui akan kematian namun tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Melihat dan mengebumikan jenazah, namun tidak mengambil iktibar darinya.

Tidak memperdulikan aib-aibnya dan malah menyibukkan dirinya dengan keaiban orang lain.

16 Usul Aqidah Islam yang wajib anda berpegang dengannya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semua benda akan binasa selain dariapada Allah SWT dan sepuluh perkara.

Tidak ada sesiapa pun yang dapat mengetahui hakikat roh melainkan Allah SWT.

Mati adalah satu kepastian yang akan datang menemui setiap makhluk ciptaan Allah SWT, apabila tibanya masa arahan Allah SWT.

Malikil Maut akan datang mengambil nyawa atau roh setiap makhluk.

Roh yang keluar selepas kematian akan diberi nikmat atau akan diazab sehingga datangnya hari Qiamat, barulah roh akan dikembalikan kepada jasad masing-masing.

Seseorang itu tidak akan mati kecuali setelah disempurnakan rezeki dan ajalnya sekalipun ia dibunuh.

Semua yang mati akan ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir tentang Tuhan, Agama dan Nabi, melainkan Golongan Yang Mendapat Hak-Hak Keistimewaan daripada Allah SWT.

Setiap yang mati akan menerima balasan nikmat atau siksaan kubur mengiut amalan masing-masing kecuali mereka yang sempat membaca Surah Al-Ikhlas sebelum menghadapi kematian.

Semua manusia akan dibangkitkan pada Hari Qiamat.

Manusia akan dihisabkan amalan mereka kecuali mereka yang tergolong dalam golongan yang akan memasuki Syurga Tanpa Hisab.

Segala amalan manusia akan ditimbang dalam timbangan Mizan.

Semua manusia akan melalui Sirat Mustaqim untuk memasuki Syurga atau Neraka.

Semua orang Mukmin akan meminum minuman dalam Kolam Rasululah SAW.

Sebahagian manusia akan mendapat Syafaat, Syafaat paling besar adalah Syafaat yang diberikan untuk menyelesain Hisab Amalan yang tidak dapat diselesaikan semasa kiraan sebelum memasuki Syurga.

Neraka adalah benar dan telah ada sekarang, ianya adalah tempat kediaman kekal untuk mereka yang kufur kepada Allah SWT.

Syurga adalah benar dan telah ada sekarang, ianya kediaman Abadi untuk Orang Mukmin yang mempercayai Keesaan Allah SWT dan orang-orang Mukmin akan menikmati segala Nikmat yang Allah SWT sediakan untuk mereka.

Kitab Faridah Faraid,

Akibat daripada perbuatan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

7 Akibat dari perbuatan kita

‘Umar Radhiyallahu Anhu (RA) berkata :

1. “Barang siapa banyak tertawa, maka wibawanya sedikit.

2. Barang siapa suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain.

3. Barang siapa memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.

4. Barang siapa banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya.

5. Barang siapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya.

6. Barang siapa sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat wara’nya.

7. Barang siapa sedikit sifat wara’nya, maka hatinya akan mati.”

Roh manusia berada di mana???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Roh manusia akan berada di 7 tempat

Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Jagalah

6 Perkara yang mesti kita jaga

Memelihara agama- memelihara supaya kita tidak menjadi kafir, tidak meninggalkan perkara wajib, tidak melakukan perkara haram dan memelihara Silatul Rahim.

Memelihara diri- memelihara diri daripada perkara membinasakan dan memudharatkan.

Memelihara akal-memelihara akal agar sihat dan suci supaya dapat beribadat kepada Allah SWT.

Memelihara keturunan-memelihara zuriat agar tidak terhasil zuriat daripada zina.

Memelihara kemaluan-memelihara agar kemaluan tidak mengikut hawa nafsu sehingga boleh menimbulkan fitnah atau tuduhan jahat.

Memelihara harta- memelihara agar segala harta kurniaan Allah SWT tidak digunakan ke jalan maksiat.

Kitab Faridah Faraid



Carilah ilmu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ilmu adalah cahaya yang dikaruniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi beberapa derajat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya.

Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yangmengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahgian yang paling banyak.

Cara mengalahkan syaitan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

3 Cara Mengalahkan syaitan

Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.

Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.

Berzikir dengan lisan dan hati.

” Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.

Wasiat Imam Ghazali.



Tanda-tanda ikhlas

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tanda-Tanda Ikhlas

Kata Syeikh Abd.Qadir Al-Jailani:

Bahawa engkau tidak mengharapkan pujian manusia dan tidak pula takut kepada celaan mereka.

Engkau tidak tamak terhadap apa yang berada di tangan mereka.

engkau tahu dan mengerti tentang ketuhanan yang hakiki.

Engkau beramal kerana Allah yang memberikan nikmat, bukan kerana nikmat yang diberikanNya kepada engkau, kepada PEMILIK bukan kepda yang dimiliki, kepada yang haq bukan kepada yang batil.

Perbuatan yang dianggap ibadah

5 PERBUATAN DIANGGAP IBADAT

Lima perkara daripada ibadah ;

1. Makan sedikit dikira ibadah

2. Duduk di dalam masjid dikira ibadah,

3. Melihat kepada mushaf tanpa membaca dikira ibadah,

4. Memandang wajah orang alim dikira ibadah,

5. Memandang kepada wajah kedua ibu bapa dikira ibadah.
 
ada siapa nak tambah?

Hati yang sihat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

9 TANDA-TANDA HATI YANG SIHAT

1. Hati yang sihat, tandanya yang pertama ialah cintakan Allah dan tanda kecintaannya kepada Allah ialah; tuannya banyak berzikir kepada Allah. Hati ibarat periuk dan lidah adalah senduknya. Senduk mengeluarkan apa yang di dalam periuk. Lidah pula mengeluarkan apa yang ada di dalam hati. Jika di dalam hati penuh dengan perasaan cintakan kepada Allah, maka akan lahirlah di lidah zikrullah. Namun jika di dalam hati penuh dengan kufur, fasiq dan maksiat, maka akan lahirlah di lidah umpatan, adu-domba, ucapan kotor dan mencarut.

2. Hati yang sihat sentiasa menyedarkan tuannya supaya kembali kepada Allah; bergantung harap pada Allah umpama seorang pencinta yang terdesak bergantung harap kepada orang yang dicintainya. Ia merasakan tidak ada kehidupan, tidak ada kejayaan, tidak ada kenikmatan dan tidak ada keseronokan kecuali dengan redha Allah dan hampirnya ia dengan Allah. Dengan Allah ia merasai tenang dan tenteram, kepada Allah ia berlindung dan bertawakkal, kepada Allah jua ia yakin dan percaya, menaruh harapan dan menyimpan rasa takut.

3. Di antara tanda hati yang sihat ialah jasad suka berbakti dan berkhidmat kepada Allah tanpa ada rasa jemu di hati. Rasulullah s.a.w. menunaikan solat hingga bengkak-bengkak kakinya. Apabila dipersoalkan kenapa beliau bersusah diri untuk beribadah hingga sedemikian rupa, beliau menjawab; “Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur” (Riwayat Imam al-Bukhari). Yahya bin Mu’az pernah berkata; “Sesiapa merasa seronok berkhidmat kepada Allah, nescaya segala benda seronok berkhidmat kepadanya. Sesiapa yang senang matanya melihat perkara yang diredhai Allah, nescaya semua orang senang melihat kepadanya”.

4. Antara tanda hati yang sihat ialah seseorang itu amat menjaga waktu dan hartanya dari dibazirkan kepada perkara-perkara di luar dari ketataan kepada Allah. Ia menyedari bahawa waktu dan harta adalah modal yang dikurniakan Allah untuknya bagi dilaburkan untuk mendapat keuntungan di akhirat. Kerana itu, setiap saat dari waktunya dan setiap sen dari hartanya akan digunakan untuk mentaati Allah bagi mendapatkan pahala dan keredhaan dariNya.

5. Antara tanda sihat dan bersihnya hati seseorang ialah perhatiannya terhadap kesahihan dan penerimanaan Allah terhadap amalannya lebih diutamakan dari amalan itu sendiri. Yang di ambil kira bukan banyaknya amalan, tetapi keelokan amalan dan penjagaannya dari perkara-perkara yang merosakkannya. Kerana itu, orang yang bersih hatinya sentiasa menjaga keikhlasan dan ikutan kepada as-Sunnah dalam setiap amalannya kerana ia mengetahui bahawa tanpa keikhlasan dan tanpa mengikuti petunjuk Nabi s.a.w., amalan yang dilakukannya tidak akan diterima Allah.

6. Di antara tanda sihatnya hati seseorang ialah apabila ia tertinggal wiridnya atau sesuatu dari amalan taat, ia rasa kecewa dan rugi lebih dari perasaan rugi yang dirasai oleh orang yang kehilangan harta dan keluarga. Ia menyedari bahawa tertinggal wirid dan amalan ketaatan itu merupakan kerugian di akhirat. Tidak ada apa-apa pada kerugian duniawi jika dibandingkan dengan kerugiaan di akhirat. Harta benda dunia akan musnah, adapun kenikmatan di sisi Allah di akhirat tidak akan musnah selamanya.

“Apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal”.

(an-Nahl: 96)

7. Seorang hamba yang hatinya sihat dan bersih, keinginannya hanya satu iaitu untuk mentaati Allah. Perasaan dalaman yang menggerakkannya ialah cintanya kepada Allah dan harapannya untuk merasai kelazatan melihat wajah Allah.

“Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa. Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun yang patut di balas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya yang maha tinggi”. (al-Lail: 17-20)

8. Seorang yang hatinya sihat dan bersih, kalam Allah adalah ucapan yang paling disukainya. Berkata Ibnu Mas’ud r.a.; “Sesiapa ingin mengetahui apakah ia kasih kepada Allah atau tidak, hadapkan dirinya kepada al-Quran. Jika ia kasih kepada al-Quran, itu maknanya ia kasih kepada Allah kerana al-Quran adalah Kalam Allah”. Diceritakan bahawa beliau (yakni Ibnu Mas’ud) mencium mushaf al-Quran dan berkata; “Kalam Tuhanku! Kalam TuhanKu”.

9. Antara tanda hati yang salim ialah mengutamakan akhirat dari dunia. Berkata Imam Ibnu al-Qayyim; “Selagi hati selamat dari penyakitnya, ia akan berjalan menuju akhirat dan menghampirinya hingga menjadilah ia ahlul-akhirah (golongan yang beramal untuk akhirat). Namun apabila hati sakit, ia akan melebihkan dunia dan menjadikan dunia watannya hingga menjadilah ia alul-dunya (golongan yang beramal semata-mata untuk kepentingan duniawi”. (Ighasah al-Lahfan, halaman 94-95).

SEPULUH MAKSIAT BATIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Disebutkan oleh Imam Ghazali rahimahullahu taala di dalam kitab Arba’in Fi Ushuluddin sepuluh perkara:

1.SYARHUT THA’AM

Suka makan banyak.

2. SYARHUL KALAM

Suka banyak bercakap.

3. GHADHAB

Kuat marah

4. HASAD

Dengki terhadap orang lain yang mendapat nikmat kurniaan Allah.

5. BAKHIL WA HUBBUL MAL

Kedekut dan mencintai harta benda.

6. HUBBUL JAH

Cintakan/Sukakan pangkat, kebesaran dan kedudukan.

7. HUBBUD DUNIA

Cintakan/Sukakan perkara keduniaan.

8. TAKABBUR

Membesar/Sombongkan diri sendiri.

9. UJUB

Terpesona diri sendiri (merasa diri banyak berbuat kebaikan dan kebajikan).

10. RIYA’

Membuat ibadah bukan kerana Allah

(suka menunjuk-nunjukkan kelebihannya).

Hak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

10 WASIAT IMAM SYAFIE

Sebelum Imam Syafie kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan sia-sia dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat dengan mengikut sunnahnya, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Selasa, 12 April 2011

Sekadar berkongsi satu doa

Ya Allah... .
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.


Ya Allah... ...
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya,
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya,

Tetapi... ... ...

Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu,
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.


Ya Allah... ..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berilah aku petunjukkan ke arah rahmatMu.


Ya Allah sesungguhnya... ..
Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu.


Ya Allah... ... .
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.


Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku.


Amin Ya Rabbi Allamin..

Erti sebuah tanggungjawab

Sengaja pagi ni aku bertolak jam 7am lebih dari rumah. Syukurlah sampai ofis jam 8am. Biasanya kalau gerak jam 7am pasti sampai ofis sekitar 8.30am. Aku sengaja nak dengar slot motivasi dalam radio IKIM. Dah lama aku tak dengar sampai habis. Dan biasanya sekerat jalan. Kemudian kalau nak dengar juga, tunggu ulang tayang sebelah malam.

Topik pagi tadi memang antara yang menarik. Tentang sebuah tanggungjawab yang dikupas daripada 2 sudut, iaitu makna sebenar daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan maksud dari pandangan Islam itu sendiri. Aku teruja apabila motivator mengeluarkan statement di mana tanggungjawab itu adalah tanggung di dunia dan jawab esok di akhirat.

Barangkali rasa terpukul dengan ulasan berikut, aku kuatkan lagi volume radio. Aku mendengar dengan penuh bersemangat biarpun terkena batang hidung. Untuk buat perubahan, biarpun pedih dan pahit untuk ditelan, tetap kena tadah telinga untuk mendengar. Biasanya manusia ni kalau kena batang hidung pasti melenting, cuba mengelak atau cuba membela diri biarpun menegakkan benang yang basah sebenarnya.

Ulasan beliau aku rasakan kreatif kerana berjaya membuatkan aku berfikir banyak perkara dan isu walhal fokus utama beliau adalah berkisar mengenai tanggungjawab kerja-kerja di pejabat, sektor awam mahupun swasta.

Sesungguhnya, ikhlas aku mengaku, aku rasa aku bukanlah manusia yang 100% peka kepada tanggungjawab. Ada masa aku mudah leka dan alpa. Bukan aku tak tahu tentang amanah yang aku pikul, tapi itulah aku, manusia yang lemah dan jahil. Maka, sewajarnya aku patut lakukan perubahan.

Tanggungjawab yang aku maksudkan mengenai semua aspek iaitu melibatkan duniawi dan akhirat. Aku mengaku masih banyak benda yang perlu aku buat perubahan besar kat sini. Masih di peringkat yang tidak konsisten. Masih belum sempurna.

Dalam kekalutan aku cuba terdaya mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna, aku hampir terlupa aku akan menambah satu lagi komitmen yang baru sebagai seorang isteri. Dan apabila memikirkan akan perkara ini, resah aku kian menjadi-jadi.

Jika diteliti tanggungjawab seorang isteri, nampak macam mudah, tapi hakikatnya bila dah alami sendiri nanti, pasti ada kerumitan di situ. Setiap hari aku hanya terfikir satu soalan di mana mampukah aku pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mampukah aku berjaya memainkan peranan sebagai seorang isteri yang taat pada suami dan taat pada perintah Allah. Sungguh berat aku rasakan dan aku pasti masih banyak perkara perlu aku buat kajian dan belajar.

Sebab esok kat sana aku nak kena jawab, setakat jumpa bos nak jawab pun rasanya terkial-kial, apa lagi esok nak berhadapan dengan Allah, Pencipta kita. Aku jadi gerun. Nak jawab apa sahaja yang kita buat kat dunia ni walau sebesar zarah. Dah banyak tindakan yang aku buat, dah banyak perkara yang aku realisasikan. Adakah aku manusia bertanggungjawab dan amanah dalam tugas aku?

Motivator menekankan lagi dalam menunaikan tanggungjawab seharusnya soal mengeluh tidak patut wujud. Tapi, di sekeliling aku keluhan itu dah jadi wajib, dah jadi lumrah, kedengaran di mana sahaja. Misalnya di FB, di mana-mana ramai insan yang mengeluh tentang tanggungjawab masing-masing, termasuklah aku yang jahil ini. Cuma setakat ini aku berjaya tidak pernah mengeluh di dalam FB. Disembunyikan jauh di dalam diri sendiri diam-diam.

Begitu juga di ofis, mengeluh penat di ofis, di rumah nak tunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. tak cukup tidur melayan kerenah anak. Di ofis dah sesungguhnya stress, balik rumah pun stress. Aku jadi gerun mendengar secara tak langsung luahan perasaan daripada kawan-kawan sepejabat.

Aku turut bermenung dan cuba membayangkan seperti mereka. Sekarang bolehlah buat apa saja, esok dah kahwin, segalanya berbeza. Kalau dah ada anak, akan ada extra tanggungjawab. Ha, mampukah? Mampukah? Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?

Ada yang memberi semangat supaya aku bersedia dalam nak mengharungi hidup berumah tangga. Tak kurang ada yang memberi motivasi dan petua. Aku sangat hargai. Banyak yang mengusik aku dengan usikan yang 18sx ke atas. Banyak yang dah ucap tahniah. Malah ada ucapan yang aku tak sangka seperti 'selamat datang ke dunia masalah seperti kami'. Uikssss?

Bagaimanapun, aku perlu sedar setiap tanggungjawab perlu dipikul dengan ikhlas. Ingat, hidup dan matiku kerana Islam. Letakkan Islam sebagai matlamat. Letakkan syurga sebagai matlamat. Maka, insyaallah aku takkan terpesong daripada landasan sebenar.

Memang sebagai manusia, aku akan diuji oleh syaitan yang takkan pernah jemu dalam nak menyesatkan aku. Maka, jangan beri ruang dan peluang kepada syaitan tadi meraih kejayaan. Allah juga dah berikan aku akal, gunakan secara maksima. Akukan makhluk Allah yang terbaik, maka buktikan. Tunaikan tanggungjawab aku, jalankan kewajipan secara yang sepatutnya. Dugaan takkan pernah sunyi dalam hidup ini, tapi ingat, sematkan dalam hati, Allah kan sentiasa ada. Dia kan Maha Segalanya.

Tangggungjawab terhadap Allah juga jangan ambil mudah. Patuhi apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang. Itu juga satu tangggungjawab, satu amanah yang paling besar dalam semua tanggungjawab yang ada. Ingat, tanggung di dunia dan jawab di akhirat.

entry ini untuk aku. Sekadar nak ingatkan diri dan naikkan semangat untuk sentiasa tambahkan iman

barangkali ini entry terakhir aku sebagai bujang. hahahaha

Isnin, 11 April 2011

Delete akaun multiply

Asyik cerita pasal kahwin bosan juga. Aku mungkin tak, tapi pada orang lain barangkali muak. Blog ini aku wujudkan atas nawaitu nak tambahkan iman semua orang, maka, aku tak boleh tersasar daripada target.

Lagipun, iman di dada perlu ditambahkan selalu. Ada masa kuantitinya akan berkurangan atas beberapa faktor, kalau selalu lebih tak apa jugakan?. Masalahnya, aku nak cari idea cerita pasal agama pun dah tak ada isu. Atau dalam ayat yang lebih tepat, aku bukan jenis pandai mengolah.

Pagi tadi, aku secara drastik telah delete akaun multiply aku. Rasanya ramai yang tahu sebelum wujudnya FB, multiply adalah satu platform yang paling popular selain myspace dll. Dan biasanya lagi, akaun ini lebih digemari oleh penggemar dunia outdoor, dunia photographer, dunia muzik dll.

Aku adalah salah seorang yang terjebak dalam dunia multiply secara fanatik sebelum ini. Multiply ni lebih kurang dunia blogger lah, cuma aku lebih sukakan multiply sewaktu itu dan meninggalkan dunia blog kerana aku boleh dapat ramai kawan secara segera. Kawan segera yang aku maksudkan adalah kawan-kawan outdoor, budak-budak gunung, budak-budak photographer dan budak-budak basikal.

Kenapa aku perlukan ramai kawan secara segera? Puncanya aku nak busy kan diri aku dan penuhkan aktiviti setiap hujung minggu dengan trip mendaki. Masa ni aku akan paksa diri busy kan diri dengan mendaki supaya aku boleh lupakan arwah mak. Masa ini aku perlukan kawan-kawan yang ramai, maka setiap minggu aku akan berada di dalam hutan. Setiap hujung minggu. Setiap hari akan ada trip di updatekan di akaun masing-masing, maka trip tersebutlah yang aku cari-cari dan kejar. Makin ramai kawan, makin banyak trip, makin ramai kawan, makin banyak trip boleh aku buat pilihan.

Dan dalam beberapa bulan ini apabila aku membelek semula akaun multiply, aku lihat banyak sekali gambar aku yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Maka, aku mengambil keputusan yang paling bijak iaitu delete terus akauan tersebut tanpa teragak-agak sebab aku pernah baca satu artikel tentang dosa di dalam FB. Maka, aku rasa sangatlah tidak wajar aku berterusan tambahkan dosa.

Dan aku juga perlu buat perkara yang sama dalam akuan FB aku, cuma buat masa ni, FB tak boleh buka semasa kerja. Aku akan delete gambar yang sesungguhnya tidak menutup aurat itu. Perlu dan perlu.

Banyak soalan bertalu-talu daripada kawan-kawan apabila diberitahu tentang akuan multiply aku dah ditutup. Kenapa aku tutup? Aku bagitau jawapan sebenar. Mereka sekadar gelak dan tersenyum. Ada yang ucapkan alhamdulillah. Ada yang cakap sayangnya tu semua kenangan yang bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia outdoor, ada beribu gambar aku di sana.

Yang pasti, gambar-gambar tersebut aku rasa tidak wajar dipamerkan lagi. Biarlah sekadar menjadi sejarah yang selagi hayat dikandung badan akan aku kenang.

Aku tak nak semasa tidur pun kang aku terjebak di dalam dosa.

Aku kan banyak dosa.




Jumaat, 8 April 2011

Berkongsi rasa

Sekejap sahaja dah jumaat semula. Rasanya baru 2 hari bekerja dalam minggu ni. Cisss. Memangla. Aku kan bercuti isnin sehingga rabu. Dalam kesibukan bekerja, aku dah mula diusik rakan sepejabat, kawan-kawan wanita juga kawan-kawan lelaki. Malah, mereka pula yang asyik menghitung hari bagi pihak aku. Ada juga yang mempertikaikan kenapa aku cuti kahwin pendek sangat, 14hb, 15hb, 21hb, 22hb dan 25hb? Aku tak tahu nak jawab apa, maka aku pun jawab, tak apalah, insyaallah aku ada masa sepanjang hayat aku nak berhoneymoon dengan dia. Aku sengih.

Sebenarnya aku jadi semakin berdebar dan cuak. Cuma aku tak reti nak luahkan di depan kawan-kawan. Mungkin aku yang beremosi. Tapi itulah, terlalu banyak sebabnya kenapa emosi aku berada di luar kawalan. Ada sebab remeh dan ada sebab yang aku rasa sangat rumit untuk aku hadapi. Mungkin pada sesetengah orang anggap remeh tapi pada aku mungkin satu isu yang besar.

Contoh perkara remeh pada orang yang rumit pada aku ialah tentang isu pelamin. Masalah utama adalah aku ni jenis pemalu. Maka, aku sebenarnya tak ikhlas langsung nak bersanding. Sungguh, aku tak boleh kalau orang akan memberikan fokus dan perhatian kepada aku seorang. Dan aku dapat bayangkan kelak, di dalam dewan tersebut hanya aku akan menjadi tumpuan tetamu yang datang. Seperti aku juga yang pergi wedding orang, pasti nak tengok pengantin, maka situasi itulah yang bakal berlaku nanti.

Sebenarnya, aku dah rejectkan pelamin untuk bersanding, kemudian booking semula pada saat akhir begini atas permintaan banyak pihak. Walaupun aku memberi alasan yang benar di mana aku nak jimatkan kos, tapi pihak sekeliling aku tetap tegar mahukan supaya aku bersanding. Oh tidakkk. Aku tak pasti adakah bersanding ini digalakkan dalam Islam.

Kedua, aku akan mengalami kejutan budaya. Rutin harian aku selepas ni pasti berubah. Pastilah. Kalau sebelum ni aku tak kisah nak makan malam ke tak, nak berpuasa ke, nak ke mana-mana ke, nak tidur awal ke, sekarang aku kena kisah. Kawan-kawan aku siap pesan, selepas ni kau jangan pulak asyik nak tidur jam 9pm. Ingat sikit selepas ni kau dah berlaki. Alamak!

Memang, pasti aku terasa janggal, sebab dah bertahun aku tinggal di rumah seorang diri. Selepas ni rumah aku akan ada penghuni baru. Aku akan tinggal berjemaah bersama suami aku. Mampukah aku hidup sebumbung dengan dia? Dan mampukah dia tinggal sebilik dengan aku? Walhal selama ini kitaorang masing-masing dah sebati dengan jiwa bujang. Pasti ada kerumitan di situ. Pastilah. Sebelum ni nak buat apa saja tak perlu nak rujuk sesiapa. Selepas ni, perlu sentiasa 'buat laporan' dan ada sesi perbincangan. Hmmm, rumah pun aku belum berkemas, kat manalah nanti nak letak barang-barang suami aku?

Buat masa ni, perancangannya adalah menetap di rumah aku kerana ofis suami aku bakal berpindah ke Cyberjaya bulan Mei ini. Disebabkan rumah aku berhampiran ofis barunya, maka rumah aku menjadi pilihan utama, melainkan sekiranya berpindah tempat kerja di sekitar KL, mungkin akan dipertimbangkan menetap di rumah suami aku pula.

Buat masa ni, rasa cuak belum di tahap maksima, tapi rasa gentar itu dah mula terasa bibit permulaannya. Maklumlah, aku akan alami dunia yang baru. Dunia yang pastinya jauh beza dengan dunia sebelum ini. Tahap kesihatan juga perlu aku awasi supaya aku tak jatuh sakit pada hari kejadian. Aku perlu sihat dan bertenaga untuk mengharungi hari bahagia aku.

Aku malas pula nak menaip, walaupun aku nak share lagi kenapa hati aku tak tenteram. Tak apa, lain kalilah, tapi sebelum aku menutup tirai, ada sesiapa ke nak bagi tips dalam nak melayari alam rumah tangga? Sesungguhnya, aku sangat memerlukannya sekarang.

Khamis, 7 April 2011

Hadapilah

Salam. Aku kembali bekerja setelah 3 hari aku bercuti. Aku pula kekeringan idea, ketandusan idea nak menulis, tapi aku terasa sangat nak menulis sesuatu. Tapi tak tahu nak tulis apa. Biasanya sebelum menulis, idea bersepah dalam kepala, hanya terus diluahkan melalui jari jemari di papan keyboard. Tapi, sejak umur meningkat senja ni, aku sering tak ada idea.

Oh ya, aku bercuti di Bandung. Dan ini adalah baru kunjungan kali kedua. Excited juga apabila bercuti jauh dari rumah sendiri. Walaubagaimanapun excited tu terencat apabila flight yang kami naiki bergegarnya yang begitu kuat dan lain macam. Selama ni walaupun semasa mengalami cuaca yang buruk, tak ada pulak seteruk itu gegarannya. Aku sangkakan aku seorang je cuak, tapi aku lihat muka penumpang lain semua dah kecut.

Ishhh, memang menakutkan yang amat sangat. Kedengaran kawan aku di sebelah macam-macam doa dibacanya. Jarang aku melihat dia begitu bersungguh membaca doa. Nak ketawa pun ada melihat reaksi wajahnya. Tapi masa tu mana mampu nak ketawa, nak menangis lagi adalah. Mulalah terbayang dosa yang banyak. Aku tak takut mati kalau dosa sedikit dan kalau pahala aku banyak. Masalahnya sekarang, aku rasa dosa aku melebihi pahala yang aku buat, sebab tu cuak aku jadi berganda-ganda.

Seseolah nyawa di hujung tanduk. Seseolah aku dah tiada pilihan lain selain mati. Aku jadi cemas yang maksima. Tapi, syukurlah kami semua selamat. Dan aku tak henti-henti ucapkan syukur kerana Allah masih memberi aku nafas, ruang dan peluang untuk bertaubat, untuk lebihkan amal ibadat. Dunia ni hanya sementara, kalau kejar dunia, tiada titik penyudahnya, maka, kejarlah akhirat yang nyata terang lagi bersuluh kekal abadi.

Di Bandung, kami menginap di budget hotel. Tapi hotel itu seakan sunyi, tak nampak ada penghuni, di parkir pun langsung tak ada kereta yang kelihatan parking. Kawan sebilik aku dah bimbang. Takutnya tak ada nampak orang pun. Aku tanya takut apa? Dia kata hantu. Aku nak tergelak dengan jawapan dia. Tapi aku buat muka selamba.

Aku cuba bayangkan selama bertahun-tahun aku menguni seorang diri di rumah. Rumah lama dan rumah sekarang tak jauh bezanya. Malah rumah aku yang sekarang aku rasa jauh lebih menyeramkan. Apabila aku membaca dalam komen FB persatuan penduduk rumah aku pula macam-macam versi cerita seram yang dikongsikan. Wajarnya aku perlu rasa takut dan seram. Tapi perlu ke aku layan rasa takut itu?

Ya, jauh di sudut hati aku memang takut. Sebagai manusia, rasa takut tetap ada. Malah, aku pun pernah bayangkan bagaimanakah sekiranya hantu wujud di depan aku? Apakah tindakan refleks aku? Akan tetapi, wajarkah aku lebih takutkan hantu daripada Allah?

Apabila statement ini aku tanamkan di dalam jiwa aku dalam-dalam, dengan sendirinya rasa takut pada hantu itu terkawal. Rasa takut yang sia-sia itu akhirnya menjadi saki baki yang semakin berkurangan. Syukur. Cuma aku agak kurang senang apabila kawan aku cuba mengorek rahsia daripada security hotel berkenaan untuk memastikan adakah hotel berkenaan selamat daripada hantu.

Security tersebut mensahkan di mana kawasan tersebut semasa dibuka pada awal 90-an tak salah aku, memang ada hantu. Banyak kedai yang beroperasi berhampiran seperti pusat karakoe terpaksa ditutup kerana pengunjung sering diganggu dengan jelmaan hantu secara nyata dan gangguan psikologi seperti bunyi-bunyian yang menyeramkan.

Aku mengambil ringan walaupun kawan aku bersungguh cuba untuk menakutkan aku. Dan usahanya tidak berjaya walaupun 3 rakan yang lain turut cuba mempengaruhi aku. Bukan niat untuk menjadi riak dan takbur, tapi sesungguhnya aku takkan ambil pusing sekiranya perkara itu langsung tidak bertujuan nak menambahkan iman di dada.

Akhirnya, aku yang sedih dan kecewa dengan mentaliti mereka. Sehingga ke hari terakhir kami di sana mereka masih excited bercerita tentang hantu. Terasa katil bergegar la, terasa seram la, tak boleh tidur la, peliknya aku selepas selesai solat isyak jamak aku terus tidur dengan nyenyak. Siap berdengkur lagi, boleh gitu??? Ahaksss. Konon nak bagitau yang aku tidur dalam aman la ni.

Di sini aku nak share sedikitlah tentang topik takut ini. Aku memang jenis penakut. Rasanya dalam dunia ini akulah satu-satunya manusia yang paling penakut dalam banyak benda. Tapi, aku belajar untuk menghadapinya. Sebab kalau aku berterusan rasa takut, berterusan layan rasa takut, pasti aku tak mampu nak hidup kat dunia ni seorang diri sebatang kara. Maka, dalam apa jua keadaan pun, aku paksa diri hadapi dengan positif. Kalau aku masih memilih untuk takut, entahlah apa yang akan berlaku terhadap aku.

Contoh ketakutan aku, aku huraikan di sini. Aku takut pacat, aku tetap masuk hutan mendaki gunung walhal akulah manusia paling geli dengan pacat. Bukan aku tak tahu ada beribu-ribu ekor pacat dalam hutan. Dan rasanya beratus kali aku kena gigit pacat. Dulu, ada trip 12 hari aku dalam hutan, rasanya tak terhitung aku kena gigit pacat, tapi aku masuk jugak hutan, mendaki jugak. Aku tak suka cara pacat bergerak, itu yang membuatkan aku geli sebenarnya. Aku tak kisah kalau ianya bergerak macam cacing atau ular. Aku tak kisah binatang lain yang licin macam aku pegang ular sawa dan ular lain (yang bukan berbisa), cacing, ulat, pom pom atau binatang seperti seperti katak, tikus, lipas, tapi aku alah dengan pacat dan lintah. Dan kalau sekiranya aku melayan rasa takut pada pacat tadi, tak tercapailah impian aku nak menawan gunung-gunung impian aku, tak tercapailah aku nak melihat ciptaan Allah di atas puncak yang sangat hebat. Subhanallah.

Aku takutkan air. Aku paksa diri aku ambil lesen scuba diving. Aku cuba atasi rasa takut pada air. Bila dive master tanya atas alasan apa aku ambil lesen ni, selain aku nak enjoy view kat dasar, aku bagitau aku nak cabar diri sendiri. Dive master ketawa, sebab dia rasa alasan aku lain daripada yang lain. Tapi itulah hakikatnya. Kalau aku melayan rasa takut pada air, sehingga hari inilah agaknya aku tak tahu macam mana suasana di dasar yang sungguh indah. Subhanallah.

Aku gayat, tapi aku cabar diri aku berada di bangunan tinggi. Aku pernah ada di tingkat 14 yang masih dalam pembinaan. Yang belum ada wall. Masa ni aku kerja kat site ofis lama aku. Bos aku pun tak sanggup dok tepi. Tapi aku boleh paksa diri. Aku juga jenis gayat yang bergerak, tapi aku hadapi dengan mencuba flying fox, mencuba roller coster di Sunway Lagoon dan Genting. Walaupun pada asalnya aku cakap kepada penjaga game tersebut yang aku tiba-tiba ajer pregnant (sebab tak nak naik). Nasib baik penjaga tu sengih kalau dia kata aku gila tak ke naya je sebab tiba-tiba je pregnant apa kes??? Ahaksss

Dan aku memang takutkan hantu. Aku tetap tak nafikan. Tapi dah bertahun-tahun aku tinggal dalam rumah seorang diri, kalau aku melayan rasa takutkan hantu dah lama aku akan cari penyewa untuk tinggal berjemaah. Tapi bodohnya aku kalau aku takutkan hantu lebih daripada takutkan Allah, lebih daripada takutkan azab Allah. Lebih baik aku fikir bagaimana nak dapatkan lebih pahala, lebih baik aku fikir bagaimana nak mendapat rahmat daripada Allah, lebih baik aku fikir bagaimana nak masuk syurga tanpa hisab.

Dan aku rasa kalau aku lebih kenal Allah, buat apa nak takut pada hantu? Dan aku rasa kalau aku jadikan al quran teman baikku, kenapa aku perlu takut pada hantu? Bergantunglah pada kalimah agung Allah, itu lebih afdal. Banyak ayat yang boleh diamalkan untuk elakkan daripada gangguan syaitan laknatullah ini. Maka, kenapa masih perlu rasa takut?

Aku bingung dan tak faham situasi ini masih berlaku pada zaman moden ini. Zaman yang serba canggih. Konon teknologi di hujung jari. Guna jari pun bolehhhh. Maka gunakanlah jari secara maksima untuk mencari maklumat di mana kita takkan perlu lagi takut pada hantu.

Jangan perhambakan diri sendiri dengan emosi dan perasaan yang negatif. Itu sangatlah merugikan diri sendiri.

P/S : bagaimanakah agaknya kalau aku melayan rasa takut pada segala hal? pastinya banyak impian aku hanya akan tinggal impian.

Marilah kita hadapi rasa takut bersama-sama. Sebagai makhluk ciptaan Allah yang terhebat dan terbaik, gunakanlah secara maksima status tersebut untuk mendapatkan rahmat Allah.

Aku sekadar ingatkan diri.

Jumaat, 1 April 2011

Bercuti buat kali terakhir

Tirai bulan March dah pun berlabuh. April kini menjelma. Kalau tak salah aku hari ni dipanggil April Fool. Aku tak pernahlah sambut, tapi aku pernah terkena sempena hari tersebut. Syukurlah kali ini aku tak terkena apa-apa usikan atau guraun dari kawan-kawan. Bukan boleh harap sangat kawan-kawan aku yang kepala gila ni. Hehehe.

Kalau nak menghitung, aku ada 16 hari lagi untuk menamatkan zaman bujang. Excited? Entahlah, sebab masih banyak perkara berbangkit untuk persiapan terakhir, kemudian nak fikir pasal masalah kerja pula. Otak jadi sangat serabut. Walaubagaimanapun, aku hadapi dengan positif dan ceria. Memasamkan muka bukanlah satu tindakan yang bijak.

Oh ya, bermula hari isnin hingga rabu aku akan bercuti bersama 3 orang rakan satu department. Plan untuk bercuti ini dah lama dirancang, hampir setahun. Tak sangka pula tarikh ini dah hampir sangat dengan majlis aku. Ikutkan plan asal, wedding akan dibuat hujung tahun, tapi diawalkan ke bulan 4. Tapi tiket flight dah lama ditempah, maka aku tetap kena meneruskan saja niat nak bercuti ini.

Aku tak pasti adakah ini trip terakhir aku akan bercuti bersama kawan-kawan, tapi yang pastinya ini trip terakhir aku bercuti sebagai orang bujang. Ya, aku sangat excited. Nak keluar dari kepompong stress yang berlaku di keliling aku sekarang.

Selamat bercuti.