Majlis perkahwinan di sebelah suami berjalan lancar dan meriah walaupun acaranya biasa-biasa je. Majlis pun kecil-kecilan jugak. Syukur alhamdulillah hujan tidak turun walaupun pada awalnya aku nampak awan dah mendung. Seperti dijangka, warga gunung ramai yang datang menghadiri majlis kami sekaligus mereka buat pakej camping di Jerangkang Waterfall.
Ada yang naik basikal masuk ke kem site, ada yang gunakan pacuan 4 roda tak kurang ada yang sewa lori. Betapa meriahnya hutan Jerangkang dengan kehadiran mereka. Aku dan suami dah tak senang duduk. Ikutkan nak je follow mereka tapi memandangkan selepas kenduri masih banyak kerja menanti walaupun catering, maka niat nak mengikuti mereka terpaksa dibatalkan.
Tapi, ahad pagi tu selepas bersarapan, tiba-tiba suami aku ajak pergi masuk hutan Jerangkang naik motor. Apa lagi, seperti orang mengantuk disorongkan bantal, aku beriya bersetuju. Dan inilah kali pertama aku naik motor bersama suami aku. Aku ketawa mengekek. Husband aku pasti pelik. Aku terasa geli hati apabila aku terbayangkan pasti orang daripada arah belakang menyangkakan bahawa aku seorang je yang ada di atas motor, maklumlah suami aku dahlah kecil, sekeping pulak tu. Akukan besar. Hahahahaa. Kelakar lak rasa.
Sampai ke Jerangkang, walaupun perjalanan hampir 30 minit sahaja, tapi aku rasa nak patah pinggang. Jalannya yang tidak rata dan teruk menyebabkan aku lebih rela meredah lumpur berjalan kaki. Dah tak nampak rupa kaki dah. Penuh dengan lumpur.
Tiba di sana, semua kawan-kawan gunung terkejut dan tak sangka dalam panas terik kami sanggup ke sana berjumpa diaorang. Sempat lagi aku dan suami berposing dengan baju pengantin di tepi waterfall yang sangat cantik viewnya. Wah, sirih kembali ke gagang.
Selepas zohor, kami pulang ke rumah. Budak-budak gunung pun ramai yang dah beransur pulang ke KL. Dan ini adalah trip pertama aku selepas kahwin. Best jugak naik motor nikan. Dah lama aku tak naik motor. Sampai di rumah aku sakit kepala yang amat sangat sebab cuaca yang panas terik. Kulit pun dah makin hitam dan terbakar.
Sesi ke dapur pula bersama mertua.
0 ulasan:
Catat Ulasan