Sengaja pagi ni aku bertolak jam 7am lebih dari rumah. Syukurlah sampai ofis jam 8am. Biasanya kalau gerak jam 7am pasti sampai ofis sekitar 8.30am. Aku sengaja nak dengar slot motivasi dalam radio IKIM. Dah lama aku tak dengar sampai habis. Dan biasanya sekerat jalan. Kemudian kalau nak dengar juga, tunggu ulang tayang sebelah malam.
Topik pagi tadi memang antara yang menarik. Tentang sebuah tanggungjawab yang dikupas daripada 2 sudut, iaitu makna sebenar daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan maksud dari pandangan Islam itu sendiri. Aku teruja apabila motivator mengeluarkan statement di mana tanggungjawab itu adalah tanggung di dunia dan jawab esok di akhirat.
Barangkali rasa terpukul dengan ulasan berikut, aku kuatkan lagi volume radio. Aku mendengar dengan penuh bersemangat biarpun terkena batang hidung. Untuk buat perubahan, biarpun pedih dan pahit untuk ditelan, tetap kena tadah telinga untuk mendengar. Biasanya manusia ni kalau kena batang hidung pasti melenting, cuba mengelak atau cuba membela diri biarpun menegakkan benang yang basah sebenarnya.
Ulasan beliau aku rasakan kreatif kerana berjaya membuatkan aku berfikir banyak perkara dan isu walhal fokus utama beliau adalah berkisar mengenai tanggungjawab kerja-kerja di pejabat, sektor awam mahupun swasta.

Sesungguhnya, ikhlas aku mengaku, aku rasa aku bukanlah manusia yang 100% peka kepada tanggungjawab. Ada masa aku mudah leka dan alpa. Bukan aku tak tahu tentang amanah yang aku pikul, tapi itulah aku, manusia yang lemah dan jahil. Maka, sewajarnya aku patut lakukan perubahan.
Tanggungjawab yang aku maksudkan mengenai semua aspek iaitu melibatkan duniawi dan akhirat. Aku mengaku masih banyak benda yang perlu aku buat perubahan besar kat sini. Masih di peringkat yang tidak konsisten. Masih belum sempurna.
Dalam kekalutan aku cuba terdaya mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna, aku hampir terlupa aku akan menambah satu lagi komitmen yang baru sebagai seorang isteri. Dan apabila memikirkan akan perkara ini, resah aku kian menjadi-jadi.
Jika diteliti tanggungjawab seorang isteri, nampak macam mudah, tapi hakikatnya bila dah alami sendiri nanti, pasti ada kerumitan di situ. Setiap hari aku hanya terfikir satu soalan di mana mampukah aku pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mampukah aku berjaya memainkan peranan sebagai seorang isteri yang taat pada suami dan taat pada perintah Allah. Sungguh berat aku rasakan dan aku pasti masih banyak perkara perlu aku buat kajian dan belajar.
Sebab esok kat sana aku nak kena jawab, setakat jumpa bos nak jawab pun rasanya terkial-kial, apa lagi esok nak berhadapan dengan Allah, Pencipta kita. Aku jadi gerun. Nak jawab apa sahaja yang kita buat kat dunia ni walau sebesar zarah. Dah banyak tindakan yang aku buat, dah banyak perkara yang aku realisasikan. Adakah aku manusia bertanggungjawab dan amanah dalam tugas aku?
Motivator menekankan lagi dalam menunaikan tanggungjawab seharusnya soal mengeluh tidak patut wujud. Tapi, di sekeliling aku keluhan itu dah jadi wajib, dah jadi lumrah, kedengaran di mana sahaja. Misalnya di FB, di mana-mana ramai insan yang mengeluh tentang tanggungjawab masing-masing, termasuklah aku yang jahil ini. Cuma setakat ini aku berjaya tidak pernah mengeluh di dalam FB. Disembunyikan jauh di dalam diri sendiri diam-diam.
Begitu juga di ofis, mengeluh penat di ofis, di rumah nak tunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. tak cukup tidur melayan kerenah anak. Di ofis dah sesungguhnya stress, balik rumah pun stress. Aku jadi gerun mendengar secara tak langsung luahan perasaan daripada kawan-kawan sepejabat.
Aku turut bermenung dan cuba membayangkan seperti mereka. Sekarang bolehlah buat apa saja, esok dah kahwin, segalanya berbeza. Kalau dah ada anak, akan ada extra tanggungjawab. Ha, mampukah? Mampukah? Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?
Ada yang memberi semangat supaya aku bersedia dalam nak mengharungi hidup berumah tangga. Tak kurang ada yang memberi motivasi dan petua. Aku sangat hargai. Banyak yang mengusik aku dengan usikan yang 18sx ke atas. Banyak yang dah ucap tahniah. Malah ada ucapan yang aku tak sangka seperti 'selamat datang ke dunia masalah seperti kami'. Uikssss?

Bagaimanapun, aku perlu sedar setiap tanggungjawab perlu dipikul dengan ikhlas. Ingat, hidup dan matiku kerana Islam. Letakkan Islam sebagai matlamat. Letakkan syurga sebagai matlamat. Maka, insyaallah aku takkan terpesong daripada landasan sebenar.
Memang sebagai manusia, aku akan diuji oleh syaitan yang takkan pernah jemu dalam nak menyesatkan aku. Maka, jangan beri ruang dan peluang kepada syaitan tadi meraih kejayaan. Allah juga dah berikan aku akal, gunakan secara maksima. Akukan makhluk Allah yang terbaik, maka buktikan. Tunaikan tanggungjawab aku, jalankan kewajipan secara yang sepatutnya. Dugaan takkan pernah sunyi dalam hidup ini, tapi ingat, sematkan dalam hati, Allah kan sentiasa ada. Dia kan Maha Segalanya.
Tangggungjawab terhadap Allah juga jangan ambil mudah. Patuhi apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang. Itu juga satu tangggungjawab, satu amanah yang paling besar dalam semua tanggungjawab yang ada. Ingat, tanggung di dunia dan jawab di akhirat.
entry ini untuk aku. Sekadar nak ingatkan diri dan naikkan semangat untuk sentiasa tambahkan iman
barangkali ini entry terakhir aku sebagai bujang. hahahaha

0 ulasan:
Catat Ulasan