Antara dialog yang aku ingat semasa berbual di YM dengan kenalan lama aku, lebih kurang ginilah
.................................................................................................................................
Dia : Apa kkabar?
Aku : Alhamdulillah
Dia : Kerja ok?
Aku : Alhamdulillah, ko lak?
Dia : Aku sambung belajar sekarang ni.
Aku : Wow, hebatnya, aku pun teringin, tapi bebanan hutang lagi, duit pun tarak, so impian itu terkubur begitu sahaja. Gud luck.
Dia : Bosan juga, asyik jalan kaki setiap hari, dah ler jauh.
Aku : Wow, bestnya, aku suka jalan kaki, janji jangan panas terik dah ler. Baik untuk jantung tau.
Dia : Penatlah
Aku : Tak apa, apa kata berjalan sambil berzikir, sure hilang penat
Dia : Hmmmmmmmm
...............................................................................................
Kemudian kawan aku senyap. YM pun terputus tiba-tiba. Tapi aku berbaik sangka. Apabila aku mula nak berbicara tentang akhirat, kawan aku terus senyap atau terus invisible. Tapi aku tetap berbaik sangka. Bukan semua orang tahan telinga mendengar syarahan free aku. Hahahaha.
Tapi, aku tetap tebalkan muka. Ada masa aku sapa dia, walaupun kadang-kadang tak berbalas. Aku tetap seperti biasa. Jauh sekali nak berkecil hati.
Suatu hari, baru-baru ini, dia sapa aku, siap bagi salam yang penuh. Aku pun jawab dengan penuh rasa sukacita. Selepas bertanyakan khabar, dia menceritakan satu perkara yang aku langsung tak sangka iaitu dia dah mula bersolat.
Wow, satu perubahan yang sangat positif. Aku sangatlah gembira mendengarnya. Gembira yang tahap maksima. Mengenangkan kembali sebelum ini, aku pernah berbuka puasa dengan kawan aku ini, selepas berbuka aku cari surau atau masjid, tapi dia dengan muka kering dan selambanya sanggup menanti di dalam kereta atau di kedai makan.
Dan apabila dia telah kembali bersolat, aku tanyakan apakah yang menyebabkan hatinya terbuka? Hatinya yang sangat keras dan degil tu berjaya jadi lembut setelah menyambut idea aku untuk berzikir semasa berjalan kaki. Dia mendapat ketenangan yang hakiki katanya. Dan apabila dia mula bersolat, dia rasa dia lebih tenang, dan inilah yang dia cari.
Hmmmm, aku katakan kepadanya, barangkali doa isterinya juga yang berjaya lembutkan hatinya. Sebelum dan selepas kahwin, aku tengok dia tak pernah solat. Mungkin setiap kali solat fardu isterinya tak putus dalam berdoa. Maka, kini doa isterinya dimakbulkan. Alhamdulillah. Sebagai kawan, aku rasa amat senang hati.
Aku suka bangat.
2 ulasan:
pesanan yg sedikit itu walaupun perit utk dia dengar tp hikmahnya amat besar...dia sndiri mengaku ketengan yg diperopelhi bila dia amalkan solat dan berzikir tu ;)
marina : pesanan ini sy titipkan buat beliau hampir sethn yg lepas
x sangka dia ingat lagi :-)
Catat Ulasan