~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 28 April 2011

Cerita tentang solat

Semalam seharian sesi pindah barang-barang abang aku ke rumah kami. Rumah sewa abang aku tingkat 5, yang tiada berlif. Syukurlah aku ni jenis tak kisah mendaki tangga. Memang aku suka. Selain dapat pecahkan lemak dan kolestrol, baik untuk kesihatan jantung dan tubuh badan.

Tapi kalau dah lebih 10x naik turun dengan bawa muatan yang berat, aku terus pancit. Penat giler. Barang abang aku rasanya macam tak banyak, tapi, rasa nak patah pinggang pun ada. Macam nilah bila umur dah meningkat senjalah katakan.

Aku nak solat asar, tapi telekung ada dalam kereta aku. Kereta aku pula ada pada kawan aku. Dalam kereta abang aku tak ada telekung. Nak solat di rumah sewa abang aku pula rasa tak selesa sebab rumah tu berselerak dengan barang-barang abang aku. Habuk debu semualah, belum sempurna kemas.

Maka, kami ke surau yang berdekatan dengan kedai makan sebab abang aku belum makan tengahari walaupun sebenarnya masa tu dah masuk asar. Aku dah kenyang giler dok melantak cempedak goreng. Sebelum teman dia makan, aku ke surau untuk solat asar. Abang aku tunggu di luar.

Selesai mengambil wuduk, aku memakai telekung yang disediakan. Kebetulan ada seorang makcik yang baru masuk untuk bersolat, duduk sebelah aku menghamparkan sejadah. Pergerakannya seakan terbatas, sesekali dia mengeluh kesakitan setiap kali membuat setiap pergerakan.

Aku yang dah siap bertelekung pusing ke arahnya dan tersenyum. Tanpa di minta dia tersenyum dan menjawab, makcik sakit lutut dan sakit badan. Kemudian dia segera bergerak untuk mengambil wuduk. Setiap langkah kakinya dia tetap mengeluh kesakitan. Aku terbayangkan anak tangga yang di naiknya tadi untuk ke surau. Pasti sukar dan sakit.

Dalam berdiri aku termenung. Esok kalau aku dah tua macam ni ke sakitnya? Mampu ke aku naik tangga, melangkah satu tangga ke satu anak tangga tanpa mengeluh kesakitan? Sekarang pun sana sini aku sakit. Apatah bila dah tua dan sebaya makcik tu.

Tapi, untuk menunaikan kewajipan, makcik tu akhirnya solat dengan kaedah duduk. Aku teringat semasa aku di dalam hutan, kawan aku bertekak sesama mereka. Ada yang nak solat duduk dalam khemah sebab tak sanggup nak solat di luar yang suhunya cecah di bawah 0. Maka, sesi bertelagah pendapat bermula. Ada yang mempertikaikan tak nak jugak-jugak solat duduk di dalam khemah kerana akan mengurangkan pahala solat.

Maka, demi mencapai kata sepakat, kami semua bersolat berjemaah di luar khemah dalam sejuk yang menggila. Selain menyarung telekung di badan, aku dah terlebih dahulu menyarung sweater tebal, glove tebal dan stokin tebal. Itu pun masih tak mampu nak menghadapi angin yang sangat sejuk. Kami bersolat dalam keadaan yang menggigil dan sejuk beku.

Ya, aku teringat kenangan itu. Dan aku teringat di mana kawan aku yang beriya tak nak kurang markah solat itu. Dia akhirnya senyum tanda lega kerana kami akhirnya bersetuju dengan pendapatnya. Dalam aku berkhayal itu, makcik tadi dah selesai berwuduk dan memakai telekung, tapi aku masih termangu-mangu berdiri tercegat.

Makcik itu solat dalam keadaan duduk. Aku juga yang tak solat-solat lagi.

Salah satu nikmat dunia ialah solat dengan sempurna dalam keadaan berdiri. Gunakanlah nikmat ini selagi ianya belum ditarik balik supaya tak ada unsur menyesal kemudian hari.

2 ulasan:

marinahunny berkata...

keadaan makcik tu sama mcm mak mertua akak. sakit lutut tapi digagahi utk solat berdiri tapi sakitnya wallahualam hanya dia dan Allah yg tau. melihat kepayahan dia bersungguh2 utk solat berdiri mmebuatkan kita yg tak sakit apa2 ni berfikir sejenak, sempurnakah soalt kita sebagaimana sempurnanya kita dpt berdiri ?

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak marina : mmg sy rasa tersentuh melihat kesungguhan makcik tu, biarpun ni bkn kali pertama tgk makcik solat duduk, tp kali ni sungguh terkesan di dalam hati :-)