~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 4 Mei 2011

Hantu?

Cuba kalian sebut perkataan Tuhan dengan cepat dan banyak kali. Apa jadi? Tuhantuhantuhantuhantu. Sekali dengar macam sebut hantu, ye tak? Saja je aku nak merapu, bukannya apa, point aku kat sini, aku sekadar nak bagitau, lebih afdal kalau sebut Allah, sebab Allah tiada dua dan tiada tiga, Allah hanya satu, Allah yang Esa.

Kalau sebut Tuhan, barangkali skopnya lebih meluas melibatkan banyak Tuhan dan agama lain. Ye tak? Ye kan? Lagi satu, kalau boleh sebatikan dengan diri kalimah ini dengan diri kita. Perasan tak, kadang-kadang orang melayu kalau melatah macam-macam perkataan yang kurang enak disebutnya. Termasuklah aku. Aku kalau terkejut suka sangat tersebut jebon.

Mungkin perkataan aku lebih sopan daripada sesetengah daripada yang lain sehinggakan perkataan dalam kain pun disebutnya. Itu sangatlah tidak sopan apatah didengari oleh kanak-kanak. Kepimpinankan melalui teladan. Maka, kalau nak mendidik jiwa kita, mari kita cuba sematkan dalam hati perkataan yang baik, perkataan yang agung seperti menyebut kalimah Allah.

aku cakapkan pada diri sendiri :-)