Tragedi runtuhan madrasah anak-anak yatim baru-baru ni sangat menyayat hati. Ramai pihak yang membantu, ramai pihak yang membuka mata, malah ramai pihak yang menghentam sesedap rasa, ramai pihak yang saling menyalahkan, seseolah debatan mereka itu dapat mengembalikan semula nyawa-nyawa suci anak-anak yatim tersebut.
Aku tak adalah ambil tahu sangat, sebab hati aku ni mudah tersentuh apatah melibatkan anak yatim. Kang aku pula yang nangis. Aku masih ingat lagi kes nuri terhempas satu tika dulu, aku ikuti perkembangan kronologi cerita tersebut sehingga ke endingnya yang sungguh menyayat hati, dan aku menangis apabila membaca kisah itu yang berakhir dengan kematian. Sehinggakan ada yang musykil datang bertanya, adakah aku ada hubungan kekeluargaan dengan mereka yang terlibat itu? Hahaha. Tiada pertalian darah, melainkan sekadar saudara sesama Islam.
Maka, aku ambil tahu secara sepintas lalu je mengenai tragedi runtuhan ni. Aku tak dapat bayangkan keadaan yang berlaku. Aku tak dapat bayangkan runtuhan itu. Dan aku tak nak pun bayangkan. Aku takkan sanggup bayangkan. Sadis sangat. Tiba-tiba aku teringat ustaz ada pesan (ni melalut sikitlah) sekiranya kamu tahu bagaimana seksanya di alam kubur, pasti kamu takkan mampu ketawa walaupun sekali pun dalam seumur hidup kamu.
Berbalik kepada isu tragedi runtuhan, walaupun aku cuba elakkan, tapi isu ini jugaklah yang hari-hari ada dalam berita, surat khabar dan internet. Kebetulan anak saudara kepada kawan satu department aku turut menjadi salah seorang mangsa tragedi. Al fatihah untuk arwah Aiman. Aku ingatkan kawan aku tadi tipu, setelah dia membuktikan melalui surat mati baru aku percaya. Dia yang selama ni menguruskan dan menjaga anak saudaranya arwah Aiman itu. Mengikut katanya, arwah Aiman ni nak sangat jadi ustaz, maka dia menghantarnya ke situ.
Untuk pujuk hati kawan aku tadi, dan untuk pujuk diri sendiri, dan untuk pujuk kawan-kawan lain, aku katalah begini "Untunglah diaorang, semasa tragedi mereka sedang bernasyid, pastilah sedang memuji kebesaran Allah dan Rasul, untunglah. Kita ni tak tahu mati macam mana kan, entah-entah kena serangan jantung semasa main FB". Aku berhenti setakat itu dan tersenyum. Aku harap mereka faham apa yang cuba aku nak sampaikan. Aku sedang cuba berpositif seadanya.
Jangan pula sangka aku suka dengan kematian mereka, tapi kita patut rasa beryukur mereka meninggalkan kita dengan cara yang suci. Aku kupas lagi, macam kes pembunuhan berprofil tinggi iaitu Datok Sosilawati, aku turut bersedih. Tapi aku cakap pada kawan aku. Untunglah beliau, dapat tahu bila beliau akan mati dibunuh, maka pastilah di mulut dan hati beliau akan sentiasa mengingati nama Allah dan menyebutnya sehingga saat-saat akhir kematiannya.
Cuba kita bayangkan sekiranya kita dalam situasi beliau, contohnya tangan dan kaki terikat, dan sedang diancam bunuh, pasti asyik dok sebut Allah Allah Allah Allah. Ye tak? At least dia sempat sebut nama Allah sebelum mati. Tah-tah kita ni mati kena serangan jantung semasa menulis blog. Entah sempat ke tidak sebut nama Allah.
MAHA SUCI ALLAH.
p/s: ingatkan diri sendiri
Aku takut mati.

0 ulasan:
Catat Ulasan