~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 9 Mei 2011

Kepala Air

Siapa yang pernah masuk hutan, mesti tahu pasal kepala air. Siapa yang sering mendaki gunung, pasti sangat biasa dengan fenomena ini. Siapa yang tak masuk hutan atau tak mendaki pun pasti biasa dengar perihal benda ni kan?

Aku paste sedikit artikel daripada suratkhabar "KUALA PILAH: Gerakan mencari Nur Syaza Sakinah Said Ahmad, 2, yang masih hilang selepas dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini Selasa lepas, diteruskan pagi ini"

Perkara begini jangan dibuat main. Teringat kenangan aku sebelum ini di dalam hutan. Setiap kali nak mandi membersihkan diri di sungai, jeram dan yang sewaktu dengannya, kami akan elakkan berada di dalam air semasa hujan atau selepas hujan. Kerana paras air sungai bila-bila sahaja boleh bertukar naik mendadak menghayutkan apa sahaja objek termasuk kita.

Dah banyak kes aku hadapi semasa di dalam hutan melibatkan kepala air. So bagi kami yang dah faham tidak akan ambil risiko nak mandi manda atau membersihkan diri dan peralatan lain. Pernah ada pengalaman yang tidak dapat aku lupakan semasa aku bercamping di sebuah gua di daerah Negeri Sembilan 2 tahun lepas.

Kereta aku dan rakan-rakan hampir dihanyutkan oleh air sungai yang tiba-tiba datang entah dari mana. Walhal paras air sungai yang normal tak sampai pun paras buku lali aku. Kereta yang kami parking pun jauh daripada sungai. Bayangkan kawasan itu tiba-tiba banjir, air melimpah ruah memenuhi bahu jalan.

Kami masa tu sedang tidur menunggu asar dikejutkan cemas supaya mengubah kenderaan masing-masing segera. Dan bayangkan sekiranya 5 minit aku terlewat mengubah kereta, pasti kereta aku dah jadi arwah.

Memang mengerikan. Ni kisah benar, dan sejak itu sehingga kini aku memang fobia setiap kali selepas hujan aku berada berdekatan sungai.

Salam takziah kepada keluarga arwah. Aku turut sama terasa kehilangan mereka.

3 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Salam.

Nampaknya awak ada banyak pengalaman dgn kepala air. Satu pengetahuan yg penting kalau nak pergi berkelah atau berkhemah dekat sungai.

Masa saya sekolah dulu saya pernah pergi berkhemah di Batu 12 Gombak. Kami tak dibenarkan membina khemah di atas tanah di tepi sungai tetapi di antara pokok2 pada ketinggian 6 - 7 kaki dari aras tanah.

Tanabara Spa & Slimming berkata...

fenomena nie memang biasa berlaku lagi2 time hujan dipuncak atau permulaan air terjun,kadang2 kita tak tau yg diatas sudah hujan lebat,sedangkan tempat kita mandi cuaca biasa je. Pernah terjadi pada saya masa diJanda Baik,waktu mlm lak tu, satu khemah & pondok kena hanyut. Kuasa Allah swt maha Hebat. :) Tips senang nak tau puncak hujan lebat, air jernih bertukar keruh, berbuih & paras air naik mendadak. Jadi baik cepat2 naik.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

salam YB : ada jugak pengalaman yg melibatkan kematian rakan2 gunung disebabkan kepala air, sgt menyayat hati, maka sy skadar nak luahkan sesi luahan rasa di sini, bagusnya YB dan rakan2 patuhi arahan, itu yg afdal sebenarnya

tanabara : betul ckp awk, masalah utama kita xtahu di atas dah hujan lebat, sbb ada kes di mana sy di kuala tahan, air tiba2 naik mendadak, walhal x hujan pun, sgt mengerikan.

wah, camping di janda baik, bestnya.

nice info, tkasih krn berkongsi :-)