Sejak khamis lepas, aku berterusan sakit gigi. Sebenarnya, aku sakit sejak tahun lepas selepas raya. Masalahnya manusia penakut macam aku ni memang takut jumpa doktor gigi. Setakat ini, tak ada siapa yang percaya yang aku adalah satu-satunya manusia yang takut nak cabut gigi, rata-ratanya sangka aku ni beranilah sangat. Daki gunung boleh, menyelam boleh takkan cabut gigi takut. Daki gunung dan menyelam bukannya sakit, tak ada kena mengena pun, penat adalah. Ishhh, diaorang ni. Hahahaha
Ya, aku sememangnya takut untuk berjumpa doktor gigi. Puncanya, aku pernah baca 1 artikel di mana ada kes yang meninggal dunia selepas cabut gigi. Maka, setiap kali melibatkan gigi, aku paling susah ke klinik, sanggup tahan sakit sehingga ke hari ini. Bayangkan dah lebih 5 bulan sebenarnya aku menahan rasa sakit gigi. Sanggup baca doa sakit gigi hari-hari daripada nak bersemuka dengan doktor gigi.
Tapi, selepas lunch tadi aku sanggup ke klinik sebab dah tak mampu nak tahan sakit. Apabila doktor cakap aku kena buat rawatan saraf gigi, aku terus bagi alasan paling kukuh, iaitu nak tanya HR dept samada cover tak kos rawatan yang berjumlah RM550.
Sebenarnya, insuran ofis aku cover. Cuma alasan kukuh tu sekadar alasan. Aku dapat bayangkan betapa ngerinya proses pembedahan saraf itu. Aku terus jadi lemau.
Penat semalam drive meredah jem hampir 8 jam terus datang walhal tadi dah mula rasa segar selepas minum mocha. Sakit perut akibat cirit birit kenduri makan gulai daging kawah di kampung juga datang menyerang tiba-tiba. Puncanya aku dah rasa tak senang duduk. Jiwa tak tenteram. Hati resah gelisah.
Abang aku macam biasa, ketawa mengekek. Dia sempat membebel, kan daripada tahun lepas sakit, kenapa hari ni baru nak check? Kan dah rosak sistem saraf gigi. Padan muka aku.
Moral of the story, jangan suka bertanggunh.
0 ulasan:
Catat Ulasan