Alhamdulillah, aku masih hidup. Masih diberikan peluang dan ruang untuk bernafas. Mari kita bersyukur. Syukur juga kerana aku selamat tiba di ofis. Syukur kerana aku masih mampu menjamah sarapan buatan sendiri dengan normal. Syukur kerana aku masih ada kerja yang tetap. Syukur kerana aku bahagia dalam melayari alam rumah tangga biarpun dugaan dah mula wujud.
Aku sebenarnya tak selesa dengan perut sendiri ni. So aku nak melalut sikit. Puncanya makanan yang aku telan semalam tak hadam dengan sempurna. Aku main telan-telan je. Puncanya lagi, semasa aku sedang menikmati makan malam bersama suami tersayang, aku dikejutkan dengan panggillan telefon daripada twin aku.
Twin aku bagitau bapak kandung aku dah tak boleh bangun. Diaorang kat kampung sedang membaca yassin. Aku yang sedang enjoy makan sup ikan terus telan telan telan dan telan sambil berborak dengan twin aku. Aku jadi lupa nak mengunyah. Berita itu sangat menyedihkan aku. Sangat membimbangkan aku.
Sebenarnya perkara yang sama berlaku pada 13 Mei baru-baru ni semasa aku sedang menikmati makan tengahari di ofis dengan bekal yang aku bawa iaitu daging goreng kunyit. Aku main telan telan dan telan tanpa mengunyah terlebih dahulu daging tersebut apabila twin aku call bagitau bapak kandung aku masuk CCU kat kampung. Nak je aku marah twin aku kan, tak boleh ke sampaikan berita sedih ni bukan semasa aku sedang makan. Tapi dia bukannya tahu masa bila aku makan ye tak? Mana boleh salahkan dia.
Maka, aku dah bergegas pulang ke kampung 13 Mei petang tu jugak bersama suami walaupun seminggu sebelum tu kami dah pulang ke kampung menjenguknya. Hari ni tengoklah macam mana. Buat masa ni, keadaan dilaporkan stabil, cuma sejak keluar hospital baru semalam bapak kandung aku tak boleh bangun. Aku doakan bapak kandung aku sembuh. Masa dia masuk CCU tu sadisnya aku tengok dia makin sekeping, dan dia menangis setelah dimarahi nurse. Aku pun tak faham kenapa nurse tu nak marah dia, sebab aku tak sempat tengok nurse marah dia, aku hanya nampak bapak aku dah menangis dan mengadu pada aku dan twin.
Perut aku yang sakit ni aku usap sambil bermacam-macam doa aku lafazkan dan pohon. Semoga perut aku tidak meragam lagi.
Semoga bapak kandung aku sembuh. Dia tetap darah daging aku walaupun dia tak pernah membela aku.
2 ulasan:
Semoga ayah kandung cepat sembuh ye.lenkali kunyah sampai lumat baru telan, terutama daging memang lambat nak hadam. take care.
cik ina : thanks ye atas doamu. itulah daging lagilah lmbt hadam, setakat ikan tu xpe lg lembut
Catat Ulasan