Assalamualaikum.
Apa yang aku nak sampaikan dalam entry kali ini adalah dicedok daripada kuliah Zohor yang aku hadiri. Sebenarnya, sepanjang bulan puasa berlangsung, kebanyakan ustaz-ustaz yang hadir menyampaikan kuliah mengenai bulan Ramadhan yang mulia. Contohnya seperti apa itu tujuan berpuasa, kelebihan dan pahalanya. Bezanya cara penyampaian mereka sahaja yang berbeza. Ada yang penuh skema, serius dan ada yang sentiasa buat lawak. Tapi, tetap ada pengisiannya.
Ada seorang ustaz memberi cadangan, sebaiknya amalan duit raya lebih afdal dilakukan dalam bulan puasa. Barangsiapa yang bersedekah di bulan puasa, pahalanya berlipat kali ganda. Apa kata korang cuba mulakan memberi duit raya di bulan puasa. Sebenarnya, cara ni mungkin dipandang pelik dan mungkin tak efisyen, tapi sebenarnya pahala bersedekah di bulan Syawal tak dapat menandingi pahala bersedekah di bulan Ramadhan. Ustaz sekadar memberi pandangan. Ustaz sambung lagi, kadang-kadang kita dah tak boleh nak ubah adat Melayu ni, yelah, bila tiba hari raya, kanak-kanak pasti akan tuntut duit rayakan, takkan tak bagi pula, sebab perkara ni dah jadi satu habit. Kan kan kan.
Kedua, kata ustaz, kebanyakan daripada kita orang Islam ni suka benar buat kenduri di bulan Syaaban, contohnya kenduri akikah, kenduri arwah dll. Sebenarnya, lebih besar pahalanya membuat kenduri di bulan Ramadhan kerana pahala menjamu orang berpuasa makan sangat berlipat kali ganda. Apatah memberi makan kepada anak yatim dan fakir miskin. Besar ganjarannya di sisi Allah. Besar bangat.
Oh ya, ada penambahan, kata ustaz lagi, di sebelah Tanah Arab pula, tradisi buat kenduri sepanjang bulan puasa adalah satu keutamaan. Tahu tak kenapa mereka berlumba buat kenduri dalam bulan Ramadhan? Ustaz sambung lagi, kalau kamu semua nak tahu, kalau kamu memberi makan kepada sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, sebagai contoh, kalau dia seorang ulamak, tentu banyak pahalakan. Maka, segala pahala yang ada padanya kita turut mendapat imbuhannya. Aku ulang, semua pahalanya yang terkumpul kita akan dapat secara tak langsung. Percayalah, ustaz yang kata. Info ni sangat baru pada aku. Mungkin kita sama-sama boleh rujuk ustaz lain.
Ni ustaz yang kata, ustaz sekadar memberi cadangan. Tujuan ustaz kata ni adalah antara petua nak lebihkan dapat pahala secara berganda-ganda. Cuma ustaz pesan, jangan kejar benda ni sahaja, dan abaikan perkara amalan lain pula, seperti baca al quran, bertadarus, bertasbih, solat sunat, menghadiri majlis ilmu, beriktikaf dll. Ustaz kata, contoh lain, kalau beriktikaf di masjid dalam bulan puasa pun dah dapat pahala umrah dan haji tau. Maka, kejarlah pahala selagi kita masih bernafas di bumi Allah ni.
Ustaz yang kata. Aku sampaikan sahaja. Yang mana baik, kita ikut
Selamat menambah pahala di bulan yang mulia.
2 ulasan:
betul tu, masa ramdahan ni semua ibdah untuk Allah dan balasannya juga allah akan beri. Malah kebanyakkan ibdah berlipat ganda pahalanya.
lagi satu budaya kutip duit raya ni, kadang-kadang taktahulah budak dr kampung mana datang rumah kita. Ghairahnya depa kutip duit raya sampai lupa tujuan berziarah tu. Kadang2 keselamatan juga. yala pegi rumah orang yang tak kenal, kalau kena dera ka, kena rogol ke..kan dah macam2..nauzubillah.
rulza : bahaya jugak ek budaya kutip duit raya zmn skrg, zmn dulu selamat jekan :-)
Catat Ulasan