~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 4 Ogos 2011

Mungkin ada hikmahnya

Sekarang aku dah tak boleh nak reply dalam ruang komen, samada kat ruang komen sendiri atau orang lain. Masalah ni berlaku sejak 2-3 minggu yang lepas. Sudahnya, aku terlepas beberapa entry yang aku beriya nak komen. Benci tau!

Masalah ni hanya boleh diselesaikan semata-mata melalui kalau aku nak reply jugak, aku kena reply komen di rumah sahaja. Di ofis sahaja aku tak boleh guna ruang komen tersebut. Malangnya kekangan masa yang menyebabkan aku tak sempat nak reply atau nak tulis komen dalam entry kawan-kawan lain. Rupanya bulan puasa ni jadual aku sangat-sangat padat.

Aku langsung tak sempat nak tengok tv, nak jugak tengok iklan sahur yang dikatakan kontroversi tu. Mana taknya, sampai rumah je, kelam kabut aku memasak. Solat Asar lagi. Nak bersiram lagi. Sudahnya, dekat berbuka baru kelam kabut nak cedok nasi dan lauk pauk letak atas meja. Selesai berbuka nak dating dengan Allah pula, iaitu nak solat Magrib, kemudian ready nak pergi surau berterawih pula. Balik dari terawih aku nak penat, dah longlai.

Buat apa yang patut, akhirnya aku terlelap. Kemudian dan bangun 430am untuk memasak atau sekadar nak panaskan makanan. Selepas bersahur, ready nak solat Subuh. Kemudian ke ofis.

Aku kagum ada yang sempat layan tv. Aku kagumlah.

P/S : Azam untuk khatam quran, semoga berjaya ya

3 ulasan:

RuMaH TuA berkata...

Gud luck!

penchacaiz berkata...

haha...sabar je la.

semoga Allah mengganjari puan.

gud luck!

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rumah tua : thanks :-)

penchacaiz : terimas :-)