~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 2 Ogos 2011

Tragedi terawih...

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk aku bernafas di bumi Allah ni. Masih mampu berpuasa, masih mampu menaip dalam blog ni sepatah 2 kata. Ni nikmat yang Allah beri. Gunakanlah secara bersyukur.

Aku nak cerita tragedi terawih semalam di surau berdekatan rumah aku. Selepas azan Isyak, tiba-tiba muncul seekor tikus sederhana besarnya (bagi aku tikus tu kecil, sebab dalam hutan aku biasa sangat jumpa tikus sebesar bapak kucing) di saf paling depan jemaah wanita. Ada jemaah wanita yang terlompat-terlompat berlari, ada yang terjerit kecil. Tapi kecohlah sekejap. Sehingga ada jemaah lelaki yang tiba-tiba datang cakap, alah kasilah peluang tikus tu nak solat. Hahaha.

Aku yang turut berada di saf depan, hanya duduk memerhatikan sahaja tikus tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan. Sedikit pun aku tidak berganjak daripada tempat duduk. Aku bukan nak tunjuk hero, tapi aku memang tak takut pada tikus sejak azali. So, aku hanya duduk memerhatikan pergerakan tikus tadi.

Selepas tikus tadi menghilangkan diri, jemaah kembali merapatkan saf bersedia untuk solat Isyak berjemaah. Tiba-tiba tikus yang menghilang tadi muncul kembali dan dengan selambanya bergerak di depan sejadah aku dan tiba-tiba menyelinap ke celah seorang jemaah wanita di sebelah aku. Budak perempuan terbabit aku rasa cuba nak mengawal rasa takutnya, tapi dia gagal. Dia seakan melompat sedikit semasa imam sedang menghabiskan surah lazim. Aku yang akhirnya terkejut akibat pergerakan badannya tadi. Syukurlah aku masih mampu bertenang. Dan akhirnya tikus tadi beredar entah ke mana.

Selesai solat Isyak, budak perempuan tadi memberitahu kawan di sebelahnya bahawa dia tak kusyuk solat tadi sebab tikus tu merayap di sebelahnya. Aku ni dahlah takut tikus katanya. Hahaha. Aku yang mendengar perbualan itu hanya tersenyum di dalam hati.

Aku pun tak pasti daripada mana tikus tu datang, mungkin daripada longkang di belakang surau. Tiba-tiba aku teringatkan anak saudara aku, sanggup join group KAMI BENCI LIPAS dalam facebook. Hahahaha. Lawak. Syukurlah aku tak takut tikus, lipas, katak dan yang sewaktu dengannya. Kalau tidak mungkin solat Isyak aku tadi dah batal. Hahahaha.