~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 1 Ogos 2011

Nabi Daud & Ulat Merah

Pada suatu hari Nabi Daud as duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba dia melihat seekor ulat merah. Maka dalam hati dia berkata:

"Apakah kiranya kehendak Allah pada ulat ini?"

Maka dengan izin Allah ulat itu dapat berbicara, seraya berkata:

"Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca 'subhanAllahi walhamdulillahi wala ilaha illa Allahu akbar' seribu kali. Sedangkan di malam hari Tuhan mengilhamkanku agar membaca 'Allahumma solli ala Muhammadinin nabiyyil ummiyyi wa'ala alihi wasohbihi wasallim' seribu kali. Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil manfaat daripadamu?"

Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa amat takut pada Allah, lalu bertaubat dan bertawakkal kepadaNya...