~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 1 Ogos 2011

Hati yang mati

Dipetik dari buku : "Pelindung Hati Dari Buruan Syaitan" (Ibnu Qayyim).

Sekadar buat renungan saya dan semua.

Hati yang mati adalah sama sekali tidak memiliki jiwa dan roh. Ia tidak mengetahui Tuhannya, apalagi menyembahNya bahkan sekiranya ia mengetahui nescaya tidak menyukainya dan tidak redha terhadap Allah sebagai Tuhan. Sebaliknya, hati yang mati hanya tenggelam bersama syahwatnya di dalam arus kemaksiatan dan keseronokan belaka. Sekalipun (kadang kala ia mengetahui) yang sebenarnya bahawa TuhanNya murka dan marah ke atasnya. Bagaimanapun ia tetap tak kisah dan berdegil sama ada Tuhannya itu meredhai atau memurkainya. Baginya yang penting adalah berseronok menuruti nafsunya, dan sudah merasa puas hati dengan segala perintah yang di arahkan oleh nafsu.

Orang yang di jangkiti penyakit hati selalu cenderung menjadikan (nafsu) sebagai imannya, syahwat sebagai pemandunya, kejahilan yang mengarahnya dan sebagai akibatnya, kelalaian dan kealpaan merupakan hasil dari aktiviti kehidupannya.

Hendaklah di maklumi, bercampur dengan orang yang mempunyai hati seperti di atas (iaitu hati yang mati) akan menjangkiti dan terpengaruh olehnya. Berdamping dengannya akan boleh membuat kita buta dan duduk berdampingan dengannya akan membawa kerosakan dan kehancuran.