~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 29 Februari 2012

Rabu tanpa kata


kalian, lihatlah, lembu pun tahu guna jejantas, hehehe, maka kita sebagai manusia yang mempunyai akal takkan nak cross jalan sesuka hati je kan. Ingat, safety first tu sunnah Rasullullah SAW! Selamat menggunakan jejantas ye kawan-kawan. :-)

7 Perkara menyebabkan hati mati

Saidina Umar telah berkata “

1- Siapa banyak ketawa maka kewibawaannya sedikit.

2- Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain.

3- Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu.

4- Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya.

5- Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu.

6- Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya.

7- Siapa sedikit sifat warak, maka hatinya akan mati . “

Selasa, 28 Februari 2012

Isnin, 27 Februari 2012

Siapa dah tengok cerita Dalam Mihrab Cinta?




Semalam aku berkesempatan tengok cerita ni. Excited aku nak bagitau di sini bukannya apa, aku ni kan jarang tengok cerita Melayu / Indonesia. So kalau tertengok tu rasa bestlah pulak. Cuma tak best bila endingnya aku boleh jangka, wanita yang bakal jadi isteri Syamsul kemalangan. Mmm, bila dah boleh agak, terus hilang rasa best.

Rupanya, baru aku tahu, cerita ni berdasarkan novel rupanya.

Tapi, aku tetap nak ucap tahniah atas usaha mereka menjayakan cerita tersebut. Banyak moral dan pengajaran yang boleh kita dapat daripada cerita tersebut. Sepatutnya cerita sebeginilah yang sepatutnya sentiasa ada di pasaran Malaysia, bukannya cerita seram yang boleh merosakkan akidah. Sekurang-kurangnya cerita begini mampu sedikit sebanyak menambahkan iman di dada walaupun ada babak yang aku tak berkenan, tapi babak tersebut minoriti, maka aku maafkan, boleh gitu? Hahahaha.

Oh ya, tahniah juga kepada filem Hafalan Shalat Delisa, 2x aku tengok barulah habis. Bukan bermakna cerita tu tak menarik, tapi masa aku yang terhad. Tahniah jugaklah.

uwekkk uwekkkk uwekkkkk

Salam Isnin. Selamat bersiaran kembali. Apa khabar kalian? Aku doakan agar semua sihat sejahtera dalam lindungan Allah. Aku ni tidaklah sihat sangat sebenarnya, hanya gagahkan diri juga datang kerja, sejak dalam 2-3 minggu, aku sentiasa rasa tak selesa dengan diri aku sendiri.

Tak kira masa, tak kira tempat, aku rasa mual dan kemudian muntah. Maka, apa yang berlaku, aku hanya menjadi manusia pasif di rumah. Suami aku yang menolong aku membasuh baju, menggosok baju aku, kerana aku betul-betul lemah dan tak larat. Aku mabuk yang teruk. Sehingga saat entry ini ditulis, aku masih rasa mual yang melampau.

Sesungguhnya, aku sangatlah tidak selesa dengan keadaan ini. Tapi aku cuba bersabar dan menghadapinya kerana nak tak nak aku terpaksa hadapi. Aku akan alami masalah muntah yang lebih teruk menjelangnya Magrib sehinggalah ke tengah malam. Ketika itu, aku hanya menyimpan tenaga dan kudrat semata-mata untuk solat Magrib dan Isyak. Untunglah sesetengah orang yang hanya mengalami gejala morning sickness, aku bukan morning sickness lagi dah, lunch sickness, tea time sickness, dinner sickness, supper sickness, semua sickness aku conquer, hahahaha. Hilang semua tenaga aku. Lembik rasanya.

Paling teruk minggu lepas, aku hanya mampu baring, suami aku yang menyuapkan makanan ke dalam mulut. Mampulah aku telan 2-3 suap, kemudian uwekkk uwekkk uwekkk. Penat rupanya muntah ni, sampai sakit perut aku, seperti ditarik-tarik urat perut aku. Kesannya, dalam 4 hari begitu, jam dan seluar yang aku pakai menjadi longgar. Yang membengangkan aku, di waktu malam, semua makanan yang aku nak makan, semuanya aku bau busuk. Sudahnya, aku tak boleh nak jamah makanan tersebut, kecuali roti gardenia 70 sen tu. Itulah penyelamat perut aku di kala aku benar-benar kebuluran. Kalau aku tak makan, aku akan menggigil kelaparan, maka, roti tersebut sangat membantu.

Maka, kalau aku nak enjoy dengan makanan, hanya berlaku di siang hari. Aku telan sesedap rasa, walaupun kesannya selepas itu aku tetap akan muntah, dan segala makanan tadi terhambur keluar semula, sekurang-kurangnya aku puas hati kerana aku masih terasa nak makan makanan yang aku idamkan.

Oleh yang demikian, suami aku akan paksa aku makan apa sahaja yang aku terlintas nak makan di siang hari, sekiranya di malam hari kang, aku bau semua makanan tersebut sangat busuk. Kesudahannya, suami aku juga yang terpaksa menghabiskan makanan yang patut aku makan tadi.
Kawan-kawan ada mengesyorkan supaya aku ambil ubat muntah di klinik, tapi apabila ada kawan-kawan lain pula mencegah, terus aku batalkan niat tersebut. Aku pun tak tahu nak ikut pendapat mana satu. Ada saranan juga supaya aku ambil produk Salindah, entahlah buat masa ni, aku belum pun order lagi. Ada yang suruh aku amalkan Walit Gold, entahlah, aku belum cuba lagi.

Aku harap masalah mabuk aku ni tidaklah berlarutan sehingga mencecah kandungan aku 9 bulan, ikhlas aku cakap, aku rasa terseksa, tapi hati aku kena tabah. Ni ujian Allah. Bulan pertama, aku tak diuji, relaks je, aku tak muntah, tak mual, tak mabuk, bulan ke 2 ni aku betul-betul diuji. Setiap ujian Allah kan ada diberi ganjaran pahala, maka aku tak bolehlah nak merungut, kang pahala tak dapat, dosa kering pula yang berganda kang.

Maka, dalam bulan ke 2 ni, aku tidaklah stabil daripada fizikal dan mental, rohani dan jasmani. Aku sendiri sedang menerima keadaan ni seadanya. Aku masih bersyukur aku tak perlu masuk wad, seperti kawan aku, asal pregnant je, kena masuk wad sebab alahan dan mabuk yang sangat teruk.

Walaupun aku sentiasa rasa pening, rasa memusing, rasa mual, rasa loya dan asyik muntah, aku patut rasa bersyukur, aku diberi peluang oleh Allah untuk merasakan pengalaman sebagai ibu mengandung. Ramai orang nak merasa apa yang aku sedang rasa kini, maka, aku kena elakkan rasa tak best itu sejauh mungkin. Aku kena happy dengan keadaan sekarang. Aku tetap kena enjoy walaupun aku sangatlah tidak bermaya.

Kadang-kadang malu nak keluar rumah, sebab aku akan muntah sesedap rasa, sesuka hati tak kira tempat. Malulah aku kalau aku termuntah depan khalayak, maka, aku elakkan ke tempat lain kecuali pergi kerja dan balik kerja semata. Makanan aku minta suami tapaukan dan aku makan di rumah. Walaupun aku paksa diri telan makanan tersebut, aku pasrah sebab selera makan aku dah terus hilang semenjak 2-3 minggu ni.

Kadang-kadang sambil mengunyah makanan, mengalir air mata sebab aku nak paksa diri menelan makanan tersebut. Kalau tak makan, tenaga aku yang sikit akan makin berkurangan. Aku hanya berselera minum air semata. Dan favourite aku sekarang adalah teh ais, walaupun selama ni aku paling tak suka minuman berais, entahlah kenapa sejak 2-3 minggu ni minuman itulah yang aku begitu fanatik nak minum. Suami aku pun layankan je walaupun dia tidak bersetuju dengan minuman berais ni, apatah sekarang ni pula aku dah mula batuk-batuk. Kan, padan muka aku.

Sekarang ni selagi aku belum terlelap, selagi itulah suami aku akan berjaga menemani aku. Dia cuba menenangkan aku setiap malam, cuba mengurut urat sendi aku yang dah mula rasa sengal dan ngilu di sana di sini. Mengurut kepala aku yang saban malam akan sakit dan kepala aku pula akan panas tiba-tiba. Begitu juga suhu badan aku. Betapa besarnya pengorbanan seorang suami. Untunglah aku mengandung di sisi suami tersayang, teringat  kawan aku berada di Miri, mengandung sorang-sorang, suaminya di KL.

Sejujurnya, mood aku sekejap merudum, sekejap normal, sekejap tak terkawal, apabila sentiasa rasa tak selesa pada diri sendiri sentiasa berlaku, akan wujud satu perasaan yang tak stabil dalam diri. Emosi aku entah apa-apa walaupun aku sentiasa cuba setkan pada minda, biasalah ni perkara normal bagi ibu mengandung. Tapi, siapalah aku, apabila aku tidak lagi pernah rasa selesa dengan badan aku, dengan diri sendiri, terganggulah jugakkan hati dan perasaan.

Walaubagaimanapun, aku tetap ceria bila berdamping dengan kawan-kawan di ofis walaupun semua cakap muka aku dah pucat lesi. Mana tidaknya, aku bukannya bertenaga sangat. Asyik muntah, muntah dan muntah, tenaga pun hilanglah. Dahlah setiap malam, aku asyik mimpi aku treking masuk hutan, atau pun bermain badminton, bila terjaga, aku rasa letih dan penat yang amat sangat, sampai berpeluh-peluh. Sabar jelah. Hahaha, lawak pun ada. Sehinggakan kawan-kawan outdoor aku cakap, cepatlah kau bersalin, manusia lasak macam kau ni memang tak boleh hidup dalam dunia manusia pasif. Boleh dapat sakit yang lebih teruk. Iyer ke?

Suami aku pun tiba-tiba bersuara, memang pun. Kalau dia sakit, baru dia nak terfikir nak berehat, macam sekarang ni, tak bermaya, terpaksalah jadi manusia pasif sekejap, cuba kalau dia sihat, lupa diri yang dia tu mengandung, berlarilah, macam-macam dia nak buat. Tak apalah, biar dia dalam keadaan macam ni sekejap, tak larat, tak bermaya, mabuk teruk, kang kalau larat ada je dia nak buat, tak reti nak duduk diam. Apaaa? Suami aku pun cakap macam tu, sabar jelah. tak patut betul. Eeee!

Tak apa, tak apa, aku cuti setahun je, lepas ni aku akan kembali aktif, dah lama tak main badminton, rasa badan berat semacam je walaupun seluar, jam tangan dan cincin aku semakin longgar.
Tapi, mujur jugaklah aku berhadapan dengan kawan-kawan dan suami yang memahami.

Semasa entry ni aku habiskan, aku sedang menikmati roti Gardenia berperisa coklat 70 sen tu. Puncanya sebab aku dah lapar, tadi tengah hari dah melantak nasi, pagi tadi pun makan nasi lemak dah, sekarang dah lapar lagi. Sabau jelah. pastu kang uwekkkkkkkk uwekkkkkkk uwekkkkkkkkkkkkkkk

7 Perkara yang wajib kita tinggalkan

1. Tinggalkan pandangan liar akan dapat tekun dan khusyuk.


2. Tinggalkan bercakap banyak akan dapat hikmah dan bijaksana.

3. Tinggalkan makan banyak akan dapat sihat dan rajin beribadah.

4. Tinggalkan melihat aib orang akan dapat melihat aib diri.

5. Tinggalkan memikirkan zat Allah akan lepas dari keraguan dan munafik.

6. Tinggalkan banyak tidur akan terlepas dari papa.

7. Tinggalkan makan haram akan hidup hati dan kabul doa.

8. Tinggalkan makan syubahat akan jernih hati dan kuat agama.

9. Tinggalkan maksiat akan dapat terang hati dan manis ibadah.

10. Tinggalkan cinta dunia akan dapat mencintai Allah.

11. Tinggalkan riak, ujub dan takabur akan terlepas dari syirik halus dan diterima ibadah.

12. Tinggalkan da’wi akan dapat tawadduk. (da’wi iaitu mengaku diri kita terbaik).

Tentang Qiamullail

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)

Hebatnya Malam

Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

Firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)

Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar, Allah SWTberdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )

* Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.

* Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan

* Dapat muhasabah kekuatan diri

* Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.

* Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail

Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ , (السجدة : 15-16)

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”

Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:

“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”. (HR; Bukhari;)

Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan”.

Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat”. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”

FADILAT QIAMULAIL

1. sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah.

2. memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.

3. Saat mustajab doa dikabulkan Allah.

Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”

HIKMAH QIAMULAIL

Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;

1. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.

2. Membawa kesan iman yang mendalam

3 Asas Kekuatan Hati Kepada Allah SWT

Asas Pertama :

Orang yang beriman tidak berhajat melainkan Keredhaan Allah SWT.

Asas Kedua :

Keredhaan Allah SWT tidak akan tercapai melainkan dengan Cinta kepada Al-Quran yang menghimpun segala Kata-Kata Allah SWT.

Asas Ketiga:

Mereka yang mencapai Keredhaan Allah SWT apabila menatap Al-Quran dan membacanya akan

1 – gementar hatinya,
2- badan dan setiap bulu romanya akan berpeluh,
3- matanya akan bercucuran air mata.

Sesungguhnya tiada sesuatu yang lebih besar daripada Allah SWT,



Tiada perkataan yang lebih besar daripada Kata-kata Allah SWT,



Tiada seorang pun lebih besar daripada Allah SWT.

3 Perkara membina hati yang benar kepada Allah SWT

1- Benar kepada Allah SWT :

* Lidah tidak bertutur kecuali pada perkara yang benar.

* Dalam pergaulan atau bercakap tidak menambah-nambah atau tidak berpura-pura.

* Dalam perbuatan hendaklah Ikhlas serta memenuhi ciri yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

2- Benar kepada diri sendiri :

* Apa yang dilakukan adalah demi kepentingan mennjaga kesucian hati.

* Menasihati hatinya agar tidak cenderung kepada maksiat.

3- Benar kepada manusia:

* Apa yang dilakukan untuk Allah SWT adalah sama apa yang dilakukan untuk manusia semua adalah Ikhlas kerana Allah SWT ( Tidak bersifat munafiq terhadap Allah SWT dan manusia ).

Program Pencegahan Gejala Sosial

AKU TERUNA TERHEBAT & BAHAGIA MENJADI GADIS
12 Mac 2012, Isnin
8.00pg - 5.00ptg

Masjid Negeri Selangor, Shah Alam
Bayaran : RM10 termasuk makan tengahari, sijil dan bahan modul
Peserta : 11 tahun - 18 tahun

Objektif :
1. Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam;
2. Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan tidak sihat;
3. Memahami dan mempraktikkan sikap asertif dalam situasi tertentu serta;
4. Melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Daftarkan anak/adik atau sesiapa sahaja yang berkenaan pada cuti sekolah ini, segera !

Khamis, 23 Februari 2012

6 Keburukan disebabkan tabiat banyak makan

1- Menghilangkan dari hati rasa takut kepada Allah SWT.
2- Menghilangkan dari hati rasa belas kasihan terhadap sesama makhluk kerana menyangka orang lain juga sentiasa kenyang sepertinya.
3- Memberatkan seseorang untuk menunaikan kewajipan agama yang telah Allah SWT fardhukan.
4- Perut yang sentiasa kenyang hatinya tidak akan menerima sedikit pun kata-kata hikmah.
5- Mereka yang perutnya sentiasa kenyang apabila menyampaikan ilmu, Allah SWT tidak akan membuka pintu hati para pendengarnya.
6- Perut yang sentiasa kenyang adalah lubuk segala penyakit berbahaya.

Rumusan daripada Kitab Teknik Menewaskan syaitan

Warga Temerloh dan sewaktu dengannya dijemput hadir


Rabu, 22 Februari 2012

lawak petang ni - robot kesan bohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

Kepedihan Hati

By: agussyafii

Di Rumah Amalia seorang ibu yang mengeluh ingin bercerai dari suaminya. Saya menyarankan agar bersabar dan setiap habis sholat perbanyaklah membaca tasbih, tahmid, takbir agar Allah berkenan memberikan sebuah solusi. Terdengar suara anak-anak Amalia sedang membaca ayat suci al-Quran. Beliau bertutur tentang hatinya yang menangis dihadapinya dengan bersabar maka membawa nikmat bagi keluarganya. Dimasa kehamilan anaknya yang kedua, suaminya lupa diri. Rumah sudah seperti neraka. Rasanya sebagai perempuan sudah tidak sanggup menghadapi hidup. Kepada siapa mengadu, membuat dirinya bingung. mengadu kepada keluarga dan tetangga berarti akan menambah beban dalam hidupnya sendiri. Sampai akhirnya anak yang kedua lahir. Semuanya dilalui dengan kesendirian. Diasuh dan dirawat dengan penuh kasih sayang. Sebagai istri, dirinya selalu berharap keluarganya harmonis.

Sampai kemudian pada suatu hari tatkala sepulang belanja, Dikejutkan dengan kehadiran suaminya yang sudah duduk diruang tamu dengan mata menerawang kosong. 'Mah, maafkan aku ya?' Suaminya bersimpuh dipangkuannya mencium tangan istrinya. 'Benarkah Mas? Apakah aku sedang bermimpi?' tanya sang istri. Tidak Mah, aku tahu luka hatimu teramat dalam untuk memaafkan diriku. Kesalahan-kesalahan itu tidak mudah untuk dimaafkan.' jawab suaminya. Sudah sekian lama suaminya tidak pernah membelai tangan sang istri. 'Apakah kamu bersungguh-sungguh Mas?' tanyanya ragu. 'Aku bersungguh-sungguh Mah, meninggalkan semua kesalahan-kesalahan yang pernah aku lakukan.' jawab suaminya. Tak kuasa menahan air mata bahagia.  Sejak kepedihan hatinya berlalu berubah menjadi nikmat tak membuat menjadi lalai kepada Sang Khaliq bahkan bersama suami dan anak-anaknya semakin rajin ibadah sholatnya. Setiap kali sholat malam, dirinya tidak pernah lupa memohon ampun kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala atas semua kesalahan dirinya dan suaminya hingga tak tahan lagi air matanya meleleh. Betapa besarnya karunia Allah kepada dirinya. Tangisan hati telah membawa nikmat bagi keluarganya menjadi rukun dan harmonis kembali. Berkali-kali beliau dan suaminya tercinta memanjatkan puji syukur kehadirat Allah. Subhanallah.

tolong.... kenapa aku hanya boleh taruh tajuk dan label, isinya aku tak boleh taip?

Isnin, 20 Februari 2012

Ahad, 19 Februari 2012

Keburukan hati ayam?

p/s : mari kita bincangkan, aku dapat artikel ni dalam email

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:
* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik

Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Nas: Mungkin ramai yang sedia maklum mengenai perkara ini. Anggaplah ini sebagai refresh/ingatan semula. Manalah tau ramai yang dah terlupa.

Jumaat, 17 Februari 2012

Jumaat tanpa kata


p/s : jangan ditanya ya, yang mana satu aku, aku malu nak mengaku, gambar ini diambil Zohor tadi sempena majlis bacaan yassin antara geng-geng surau yang aktif yang hadir untuk meraikan 2 orang kakak @ sahabat nak pergi umrah Ahad ni. Semoga mereka selamat pergi dan pulang, dan diberkati hendaknya seluruh perjalanan.

2 orang kakak yang nak pergi umrah tu adalah

yang bertudung hitam yang duduk sebelah tudung merah

sorang lagi yang bertudung hijau yang duduk sebelah tudung hitam

Khamis, 16 Februari 2012

10 Perkara melindungi rumah anda daripada gangguan syaitan

1- Penghuninya saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.


2- Rumah yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah SWT.

3- Penghuninya sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan tercela.

4- Penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah SWT.

5- Penghuninya tidak melakukan perbuatan haram.

6- Penghuninya terdiri daripada pasangan yang Soleh dan Solehah.

7- Penghuninya sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa.

8- Penghuninya sentiasa sujud dan rukuk kepada Allah SWT.

9- Penghuninya sentiasa menghubung Silatul Rahim.

10- Penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah SWT.

Rabu, 15 Februari 2012

Minta tolong buah fikiran kalian - Tolong ya!

Sebelum aku lupa, aku nak minta pandangan daripada kawan-kawan blog ni. Tak kiralah yang nak bagi pandangan tu lelaki ke wanita, aku terima seadanya. Bantulah aku ya.

Sebelum soalan menyusul, aku nak cerita di sini, Tok Ketua minta aku bersalin kelak di Pusat Rawatan Islam Az Zahra, Bangi.

Soalan aku, perlukah aku buat juga buku merah di klinik kerajaan? Walaupun aku tahu kalau nak bersalin kat swasta tak perlu buat buku merah, tapi ramai pulak yang bagi idea supaya buat jugak buku merah, kerana check up di klinik kerajaan sangatlah details berbanding swasta.

Tapi, ada pula pertikai kerana kalau buat buku merah ni sangatlah leceh, seperti nak menunggu giliran yang sangat begitu lama, kemudian silap-silap nurse akan cakap tak payahlah jumpa doktor kalau semua dah ok.

2-2 pandangan ini buatkan aku sangat keliru. Aku dahlah tak ada pengalaman, bila ada perbalahan pendapat, aku yang pening. Boleh tak sesiapa yang ada pengalaman kongsi dengan aku.

Untuk pengetahuan kalian, setakat ni, aku belum check up apa-apa lagi tentang kandungan aku ni. Di hospital Pantai Dalamlah tulah 1st dan last aku tahu tentang perkembangan kandungan aku. Sampai sekarang, aku tak tahu apa-apa termasuklah tahap kesihatan aku. Cuma baru-baru ni je aku ke klinik panel yang general, doktor cakap tekanan darah aku agak rendah, aku dinasihatkan minum banyak air. Sejak hari tu, bergelen aku minum supaya tekanan darah aku kembali normal.

Kemudian hari ni pulak, ramai pulak cakap perut aku besar. Kandungan aku, tak salah aku minggu ni dah 2 bulan usianya, tapi ramai cakap perut aku besar, tak macam 2 bulan. Tapi memang benar pun, aku ada gak perasan, kawan aku ada 2 orang dah 3 bulan lebih usia kandungan mereka, tapi perut mereka jauh lebih kecil daripada perut aku. Ni yang merisaukan aku ni, ada masalah ke dengan kandungan aku. Sebab kawan aku cakap, biasanya 1st baby perut kecil je. Huwaaaa. Untuk sedapkan hati, aku buat lawak, kembar kot. Hahahaha

Entahlah, aku tidaklah berada di tahap risau yang membimbangkan, cuma aku nak sangat minta pandangan kalian, bagilah apa sahaja pandangan, aku akan fikir dan pertimbangkan samada aku patut atau tidak buat buku merah yang dikatakan sangat complicated dan leceh itu, atau aku terus sahaja rujuk pakar di Pusat Rawatan Islam Az Zahra je?

Minta sangat-sangat pandangan kalian. Aku tulis entry ni tanpa ada sebarang semakan, aku nak cepat sebab nak pergi toilet. Hahahaha

Hujan, ribut dan kereta hilang

Akhirnya, selesai sudah. Agak lama juga masa diambil untuk menyelesaikannya. Berbulan jugaklah. Tapi, berbaloi aku menyelesaikannya secara perlahan-lahan. Bosan jugaklah apabila satu-satu entry aku belek dan aku taruh label padanya. Baca sini untuk tengok berapa lama aku ambil masa untuk melabel kesemua entry aku.

Oh ya, kat ofis aku sekarang ni hujan lebat. Bulan lepas, ofis aku dilanda ribut. Walaupun ribut hanya berlaku selama 5 minit, hampir kesemua pokok kawasan ni tumbang menghempap jalan, hanya nampak pokok, ranting kayu, batang kayu berselerakan di atas semua jalan. Jalan seseolah ditutupi dengan daun-daun yang berselerak. Macam dalam filem pulak sekali pandang. Kemudian, banyak lampu jalan juga tumbang. Bumbung gerai makan ada yang terbang. Yang menyedihkan, banyak kereta kemek dan remuk akibat ditimpa pokok yang besar-besar. Mujur kereta aku tak kena walaupun aku memang parking betul-betul kat bawah pokok. Alhamdulillah. Lega sangat. Mungkin berkat doa yang dibaca setiap pagi, chewahhhhh, mohon pada Allah supaya tolong jaga kereta aku daripada sebarang masalah bencana alam dan kecurian kereta.

Kes kecurian pun selalu juga berlaku, setiap bulan, ada je kejadian staff hilang kereta. Aku pun tak faham, semua orang kat sini tak faham bagaimana kes kecurian kereta sangatlah melampau dan berleluasa berlaku di kawasan yang sentiasa sibuk ini. Betapa penyangak tersebut sangatlah profesional, polis pun sehingga sekarang tak pernah berjaya menyelesaikan kes ini, buktinya kes kecurian kereta tak pernah ada kesudahan. Sentiasa je dengar staff kat sini hilang kereta, mula-mula dulu yang hilang semuanya model kereta Malaysia, tapi sekarang model import pun dah pandai hilang. Ishhh! 

Perkara inilah yang menyebabkan aku sentiasa risau nak parking kereta aku. Tapi nak buat macam mana, nak parking kat basement ofis, aku tak mampu, mahal sangat, so parking di parking luar bangunan yang disediakan sahaja. Nak tak nak, macam-macam doa aku baca dengan harapan juga bergantung sepenuhnya pada Allah Taala. Aku ni nak cari rezeki semata, aku bukan datang ofis nak berjimba-jimba bersukaria, setakat ni alhamdulillah kereta aku selamat. Alhamdulillah syukur!

Oh ya, berbalik kepada ribut yang melanda tadi, kawan satu ofis aku, cuma berlainan department mendapat musibah yang lebih teruk. Rumahnya rosak teruk dipukul ribut, sehingga saat ni, dia masih menumpang di Penthouse ofis sementara rumahnya diperbaiki. Derma kilat serta merta dianjurkan oleh pihak HR bagi membantu meringankan bebannya.

Apa yang aku nak ceritakan di sini, maka setiap kali hujan lebat, angin kencang, aku dah mula risaukan tahap keselamatan kereta aku. Aku harap kereta aku selamat sejahtera. Sehingga entry ni berakhir, hujan masih turun dengan lebat diselang seli dengan petir yang kuat.


lawak bergambar


Sindrom Hari Kekasih

Aku baru je cakap dalam ni pasal hari Valentine, bila baca artikel ni rasa semaknyalah hai perut aku ni

SEREMBAN - Sepasang kekasih yang asyik bermadu asmara di sebuah hotel sekitar bandar ini, terkejut diserbu oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan yang mendakwa dari negeri lain, datang ke Seremban untuk meraikan Hari Kekasih, sebelum mengambil keputusan menginap di sebuah hotel bajet, di sini.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, pasangan kekasih berusia awal 20-an itu bertemu pada petang kel­marin.

lagi

[SH] PETALING JAYA - Seorang lelaki menggigil ketakutan ketika dicekup bersama pasangannya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah hotel bajet di sini, dalam operasi bersepadu cegah maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi semalam.


Walaupun bertegas mendakwa mereka adalah suami isteri yang sah, lelaki berusia 20-an itu gagal menunjukkan kad nikah.

Akibat terlalu takut, lelaki itu mengeluarkan kad nama daripada dompetnya sambil tangannya terketar-ketar apabila penguat kuasa meminta menunjukkan kad nikah.


dan ini

JOHOR BAHRU – Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin.



Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua pagi.

dan lagi
SEMENTARA ITU DI BANDARAYA MELAKA, bagi mencegah pasangan Islam meraikan Hari Kekasih dan melakukan maksiat, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) melakukan pemantauan di kawasan tumpuan orang ramai di negeri ini bermula lewat malam, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pemantauan membabitkan lapan lokasi dalam operasi selama tiga jam, bermula jam 11 pagi itu.

“Bagaimanapun, keba­nyakan pengunjung melarikan diri selepas melihat kami membuat rondaan. Antara lokasi yang dipantau adalah Pantai Crystal Bay, kawasan tambak Padang Temu, Kampung Portugis, Pantai Klebang, Pantai Puteri, Dataran Pahlawan, Pantai Marina Bay dan Pulau Melaka,” katanya, semalam.

Menurutnya, menerusi pemantauan di Pantai Klebang mendapati, banyak kenderaan diparkir, dipercayai untuk melakukan maksiat.

“Namun, sejurus kenderaan kami tiba, semua pemandu terbabit beredar dari kawasan berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Ini antara yang aku terbaca, yang aku tak terbaca-baca macam mana pula. Lagi 9 bulan daripada sekarang, statistik anak luar nikah, kes buang bayi akan meningkat berganda-ganda, bukanlah aku doa, tapi dah hakikatnya. Sedihlah dengan generasi akhir zaman ni. Macam manalah aku nak didik anak aku esok. Betapa pengaruh dunia luar ni berada di paras yang terlalu membahayakan. Kalau aku gagal didik anak aku esok, habislah. Benda ni perlu dilakukan secara kolektif, tapi aku tak boleh nak bergantung harap pada orang sekeliling lagi dah, sebab tak semua golongan serius dalam nak menangani masalah kritikal ini.
 
Apa yang penting, aku sendiri kena kukuhkan ilmu agama aku supaya dapat didik anak aku esok. Terasa ngerilah memikirkan generasi pelapis kelak. 

Pendampingku Idamanku

By: Muhamad Agus Syafii

Sungguh indahnya hidup ini bila kita menikah dengan orang yang kita cintai dan orang itu adalah idaman atau pujaan hati kita. Dunia seolah hanya milik berdua, begitu terasa indah bagai hidup disurga, taman penuh bunga semerbak harum mewangi. Bayangan pendamping idaman sering waktu hadir begitu nyata dalam keseharian, masa manis dan indah terlewati. Begitu kehidupan rumah tangga dijalani, berbagai kesulitan dilewati, sang pendamping terlihat sosok sejatinya. Partner hidup yang tidak simpatik bahkan menyebalkan. Perilaku buruk mulai terlihat, sangat berbeda dengan yang kita kenal sebelum menikah dulu. Sifat yang santun, ramah dan penuh kasih sayang yang dulu ada pada dirinya, kini seolah sirna, diganti dengan perilaku yang kasar dan keras menghambur dalam kehidupan sehari-hari sehingga pendamping hidup kita yang disebut sebagai qurrata a'yun atau penyejuk hati benar-benar hanyalah impian, sulit untuk diwujudkan.

Padahal Rasulullah mengingatkan kita bahwa salah satu ciri di dalam keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah adalah adanya kelembutan dan kasih sayang pada keluarga itu. 'Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi suatu keluarga maka Allah akan memasukkan rasa kelembutan dan kasih sayang dalam diri mereka.' (HR. Imam Ahmad). Tercerabutnya kelembutan dan kasih sayang dari dalam seorang suami atau istri menyebabkan diri mereka bagai ongkokan kebusukan yang memperkeruh suasana di dalam Rumah tangga. Hilang keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dari dalam diri pasangan suami istri menyebabkan carut marutnya sebuah rumah tangga. Akibatnya timbullah prasangka-prasangka buruk penuh kebencian, ketenteraman telah hilang membuat keluarga terancam kolaps. Pendampingku idamanku bukan sosok diluar sana namun meletakkan diri kita sebagai sosok idaman bagi orang yang kita cintai. Kitalah yang menjadikan pendamping idaman bagi keluarga kita, Pendamping idaman adalah sebuah upaya untuk menjaga keluarga kita dari kehancuran. Apapun yang terjadi, kitalah yang harus berupaya menjaga keluarga agar tetap utuh, indah dan bahagia

5 Perkara Penawar Hati

1- Membaca Al-Quran berserta tadabbur.


2- Mengosongkan perut ( buang tabiat suka makan tanpa mengira masa ).

3- Menunaikan solat sunat pada waktu malam.

4- Berdoa ketika bersahur.

5- Menghadirkan diri dalam Majlis yang berkaitan dengan kuliah para ulamak.

Selasa, 14 Februari 2012

Selasa yang berkata-kata :-)

Perbezaan roadblock di Malaysia dan luar negara

jangan marah aku ya!

Hari Kekasih

Assalamualaikum. Aku tak perasan pun hari ni hari Valentine Day. Aku perasan setelah aku terbaca dalam beberapa blog mengenai Hari Valentine ni. Aku sangat yakin ramai di kalangan umat Islam yang menyambutnya. Tak percaya, bacalah entry aku sebelum ni. Bukan calang-calang orang menyambutnyakan. Aku tak pastilah samada tahun ni beliau masih menyambutnya atau tidak.

Aku sangat bersetuju dengan saranan seorang tokoh yang menyarankan agar Hari Kekasih digantikan kepada hari Suami Isteri, aku tertarik dengan idea bernas itu. Aku rasa ramai juga bersetuju dengan pandangan yang begitu positif kan.

Walaupun aku dah kahwin, aku tetap tak berniat nak sambut bersama suami tersayang Hari Kekasih ini. Pada aku, hari kekasih ni hari-hari kena sambut, barulah harmoni sesebuah perhubungan itu. Kalau hubungan nampak hambar je, tak bagus untuk kesan jangka panjang. Maka, perubahan perlu dilakukan. Cipta keharmonian dan kenangan manis setiap masa setiap kali bersama, supaya hubungan nampak sentiasa harmoni dan ceria.

Aku bukan apa, aku risau sebenarnya, bukanlah nak pandang serong atau buruk sangka. Tapi bila wujudnya Hari Kekasih sebegini, aku pasti sangat statistik kes anak luar nikah akan meningkat berkali ganda selepas 9 bulan daripada sekarang. Betul tak? Ini adalah realiti, aku bukan nak menyalahkan acara sambutan Hari Kekasih ni sahaja, tapi samalah macam acara sambutan Tahun Baru ke, Merdeka ke, peningkatan kes buang bayi pasti meningkat. Tak ada kesudahan. Tak terbilang-bilang.

Itu yang menyedihkan dan membimbangkan aku. Aku harap pemimpin yang bakal menang dalam pilihanraya akan datang mampu ubah keadaan ini. Aku harap sangat. Penuh berharap.



Adab tanda kasih kepada nabi Muhammad s.a.w


Antara adab yang perlu dilakukan oleh kita sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada nabi ialah :

[1] mentaati nabi dengan mengikut segala jejak langkah perjalanan hidupnya dalam urusan agama dan dunia

[2] Cinta kepada nabi dan menghormatinya lebih daripada segala yang lain

[3] Cinta kepada orang yang dicintai oleh nabi dan benci kepada orang yang dibenci oleh nabi, redha dengan apa yang diredhai oleh nabi dan marah kepada apa yang dimarahi oleh nabi

[4] Menjunjung tinggi nabi dengan berselawat kepadanya apabila disebut namanya serta mengagungkan segala sifat dan akhlak nabi

[5] Membenarkan segala apa yang diberitakan oleh nabi samada daripada urusan agama atau dunia

[6] Menghidupkan sunnah nabi, menzahirkan syariatnya serta menyampaikan dakwah Islam dan melaksanakan segala pesanan nabi

[7] Merendahkan suara ketika berada di sisi maqam nabi dan dalam masjid nabawi bagi yang berkesempatan ke sana

[8] Cinta kepada ulama’ dan orang soleh serta setia kepada mereka semata-mata kerana nabi cinta kepada golongan tersebut. Kita juga mesti benci kepada orang fasik serta memusuhi mereka dengan sebab nabi benci dan memusuhi golongan ini

Jumaat, 10 Februari 2012

Ingin menjadi fasilitator pembelajaran Al Quran

Bercerita tentang impian yang terkubur sudah

Pernah tak korang teringin mencuba sesuatu, tapi sehingga sekarang impian tu terbiar begitu sahaja? Pernah tak?

Aku pernah. Ada keinginan tu aku kuburkan sahaja kerana aku rasa dah tak sesuai kalau aku cuba realisasikan dalam dunia aku yang sekarang. Tahu tak apa? Ni antara impian aku sebelum aku berkahwin. Hanya ada 3 impian sahaja yang tak tercapai sehingga kini, 2 daripadanya aku dah kuburkan sedalam-dalamnya. Biarlah.

Nak tahu apa 2 impian yang sengaja aku kuburkan itu? Aku ceritakan dari mula ya. Baru-baru ni aku kemas rumah aku, dan aku jumpa satu kertas yang menyenaraikan semua impian aku di zaman remaja aku, dan aku cuba nak capai semua impian tersebut sebelum aku berkahwin. Ternyata, aku tak sangka, aku berjaya realisasikan lebih 10 impian tersebut, dan hanya 3 aku tak sempat capai.

Impian pertama, aku nak ambil lesen motor B full. Dan sehingga sekarang aku belum ambil lagi ujian lesen tersebut. Dan aku tak rasa, aku akan cuba capai impian tersebut, sebab aku rasa dah tak sesuai dengan jiwa aku yang dah berjiwa orang tua ni. Mungkin sekiranya usia aku masih di awal 20-an, aku mungkin pertimbangkannya semula. Dan aku rasa, impian itu aku akan kuburkan terus tanpa ada rasa ralat sedikit pun.

Impian kedua yang belum tercapai ialah aku nak belajar main drum. Aku memang fanatik pada alat muzik yang satu ini. Tapi bila umur dah meningkat senja ni, aku tak terasa langsung aku nak masuk kelas drum. Lebih baik aku masuk kelas agama kat masjid, itu lebih afdal untuk menambahkan saham akhirat. Dan sehingga kini, aku tak kisah impian itu tidak terlaksana. Malah, aku rasa aku bijak di situ kerana tak menghabiskan duit untuk perkara yang melalaikan.

2 impian yang aku sebut tadi, aku sekadar luah di sini, dan aku rasa bodoh pula apabila 2 impian tu pernah bertakhta kat hati aku. Mujurlah Allah tak membantu aku di situ dalam nak menunaikan 2 impian yang aku rasa sia-sia sahaja. Nampak tak, pandangan aku di sini dah berbeza dengan pandangan aku zaman remaja dulu.

Impian-impian yang dah berjaya tu, tak payahlah aku senaraikan di sini, sebab memang banyak, dan aku tak sangka, aku ada kekuatan dalam nak menjadikan impian aku tu satu kenyataan. Cuma ada 1 impian je lagi, yang tak tercapai aku tak sebutkan di sini ye tak? Nak tahu apa?

Ok, sebenarnya impian ni tak tercapai mungkin kerana ilmu aku kurang. Kedua, aku manusia yang jenis tak reti nak mengarang, aku hanya pandai berimaginasi sahaja. Aku rasa korang dah boleh agakkan, aku nak terbitkan novel karangan sendiri, sekurang-kurang, 1 je dalam seumur hidup, tak kisahlah novel Islamik ke, novel pengembaraan ke, janji aku berjaya hasilkan satu novel kat pasaran. Tapi sehingga kini, impian yang satu tu tak pernah tercapai, tapi tak pula aku niat nak menguburkannya, malah setiap kali aku membaca karya RAM, aku sentiasa rasa bersemangat nak hasilkan novel sendiri, tapi entahlah, aku ni bab mengarang sangatlah lemah. Dan aku rasa aku tak mampu nak hasilkan novel sebaik RAM, kang malu atau syok sendiri je. Itulah masalahnya yang menyebabkan sehingga kini impian yang satu tu sentiasa tertangguh dan terbiar tanpa ada kesudahan

Semalam pun, selesai membaca novel RAM, aku diserang rasa ralat kerana masih tak berjaya menunaikan keinginan aku yang satu itu. Aku tak pasti adakah impian ni akan berkubur atau aku akan buat sesuatu untuk menjadikan keinginan aku tu bukan satu mimpi semata. Entahlah, yang pasti, aku kena bekerja keras kalau nak menghasilkan satu novel yang berkualiti dan yang dikenang orang macam karya-karya RAM yang aku sanggup baca berkali-kali, sebab novelnya sangat berkualiti.






Sajalah lawak hari jumaat

Kadang kala
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita

Kadang kala
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita

Kadang kala
ketika kita risau
tiada org nampak kerisauan kita

Kadang kala
ketika kita gembira
tiada org nampak kegembiraan kita

tapi KENTUT!! Sekali je cukup...


Semua orang tau!!
Hahahaha!!
GOTCHA!!!

Korang ingat ni nak buat cerita menyayat hati ker?

Persoalan : Siapakah gerangan yang mengirim cek

Aku dah habis baca novel ni. Rasanya ni dalam sejarah aku berjaya habiskan novel RAM hanya dalam beberapa hari. Mungkin sebab semalam aku seharian kat rumah, aku tak sihat, maka, terbaring sepanjang hari, aku baca novel ni semata-mata nak ubah mood aku yang tak ceria dan tak sihat kepada mood yang lebih terangsang kepada berfikir tentang sesuatu supaya aku tak fikir sangat yang aku ni tidak sihat dan tidak selesa dengan diri sendiri.

So, berteka teki tentang siapa Zonan yang sebenarnya mampulah sedikit sebanyak buatkan diri aku mengembara sekejap ke dunia ciptaan RAM. Pada asalnya, aku syak Farid sebagai Zonan, sebab Farid adalah satu-satunya watak yang digambarkan mempunyai 2 personaliti dalam satu masa. Maka, boleh sahaja dia merebak menjadi personaliti ke 3 dan ke 4.

Tapi, akhirnya, aku cuba membaca perenggan terakhir novel ni, ternyata bukan Farid yang menjadi Zonan. Aci tak? hahaha. Maka, pertanyaan demi pertanyaan akhirnya aku tekad untuk habiskan bacaan dengan segera. Suami aku pulang menjelang senja, barulah aku perasan sehari suntuk aku membaca novel ni. Gila betul.

RAM bijak menggunakan question mark di setiap babaknya, menyebabkan aku sentiasa rasa tak sabar nak menghabiskan bacaan aku. Akhirnya, dapat juga aku habiskan bacaan novel ni selepas Isyak semalam. Lamanya aku mentelaah. Sebab aku terpaksa baca dengan berhati-hati, untuk elakkan aku mengulang membaca perenggan yang terdahulu. Ini akan membuang masa aku.

Akhirnya, dah tahu siapa Zonan sebenarnya selepas 20 tahun kes bunuh itu berlaku. Cuma aku tak sangka, ramai bebenor watak yang mati dalam novel kali ni. Antaranya Norhafiza dan Nurul yang aku rasa ralat sangat. Amboi!

Tapi, satu je persoalan aku, siapakah gerangan yang sebenarnya mengirimkan cek kepada firma guaman Norhafiza? Adakah Lan Lani sendiri? Aku tak dapat jawapan sehingga ke akhir bacaan, adakah aku terlepas pandang atau RAM sengaja membiarkan teka teki ni terbiar begitu sahaja?

Itu sahaja persoalan aku. Aku tak sabar nak tunggu Sunan Musafir, kali ni pasti banyak lagi info agama yang cuba diserapkan ke minda pembaca. Sungguh, aku tak sabar!


7 sunnah Nabi yang perlu istiqamah

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi.

Rabu, 8 Februari 2012

Rabu tanpa kata

Novel yang sedang dibaca

Aku tahu ramai dah baca buku ni, aku je ketinggalan zaman. Baru semalam aku baca buku ni. Semalam, pulang dari kampung, aku singgah di Kelana Jaya rumah sedara aku hantar buah duku dan pisang Nipah yang mak mertua aku kirim suruh bagi pada mereka.

Alang-alang tu aku pinjamlah novel ni, memang sahlah anak sedara aku ada koleksi buku ni sebab dia pun fanatik RAM ni. So, semua koleksi RAM ni dia ada. So, aku ni sekadar tukang pinjam jelah walaupun aku ni pun fanatik novel RAM.

Bak kata anak sedara aku, novel ni sangat complicated. Tu yang aku suka. Ending yang tak dijangka-jangka. Kakak sepupu aku menyampuk, alahhhh, apa payahnya, baca je yang belakang, confirm tahu apa kesudahannya. Ohhh tidak, kata anak sedara aku, novel ni bukan novel cinta atau novel lain yang kita boleh agak jalan cerita, atau baca perenggan belakang terus dah tahu ending cerita, bukan dan bukan. Novel ni tak sama. Isi tengahnya lain, belakangnya lain, kita takkan sangkalah.

Ye ke? Tanya akak sepupu aku, dulu akak pun hantu novel, selalu buat macam tu.

Aku pula menambah, ye kak, tak semua novel boleh aci main baca mukasurat belakang je, kalau novel ni buat macam tu, sahih takkan faham isi dan jalan ceritanya. Kena baca setiap perenggan tanpa skip. Novel lain kalau langkau perenggan pun tak ada masalah. Ni menunjukkan penulis novel ni hebat kan? Perghhh, kalau RAM baca ni aku tak tahulah, sure rasa bangga ye tak? Aku memuji dengan ikhlas dan telus. Aku bukan dapat apa pun ye tak?

Sempatlah aku baca sampai bab 4 je, sudahnya novel ni ada dalam kereta, ada kelapangan baru leh baca. Kat ofis tak leh baca, sebab nak baca novel dia kena betul-betul fokus, baru faham, sebab novelnya biasanya complecated.

Sesungguhnya baca novel RAM ni tak rugi, sebab sarat dengan info dan fakta, merangkumi ilmu agama. Tu yang aku kagum tu. Tak semua novel ada info sesarat novel RAM ni kan.


p/s : tak sabar pulak aku nak baca novel Sunan Musafir (betul tak ek tajuk ni)

Cerita bola jer...

Jumaat minggu lepas selepas kerja, atas ajakan seorang sahabat untuk tengok perlawanan bola di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, kami pun apalagi turut serta terjebak. Aku ni tidaklah minat sangat pasal bola, aku lebih enjoy menyaksikan live di TV. Kalau tengok kat stadium, aku lebih gemar melihat gelagat manusia.

Harga tiket cuma rm3. Sebab kawan aku anggota ATM. Dia yang tolong belikan. Kalau bukan anggota harganya rm10. Oklah kan. Takdelah membazir sangat. Tu yang sanggup pergi tengok. Rasanya ni 1st time aku tengok bola area Kelana Jaya ni. Seingat aku, Stadium Bukit Jalil je aku pernah jejak selama ni kalau nak tengok perlawanan bola.

Memang enjoy tengok game antara ATM lawan Pahang. Enjoy dengan jumlah gol, enjoy dengan suasa sekeliling. Gamat stadium walaupun bilangan penonton tidaklah seramai mana. Tapi laungan suara, trompet dan paluan gendang daripada penyokong ATM memang sangat luar biasa. Betapa dashyatnya penyokong ATM yang sangat bersemangat waja. Tenggelam terus jerit pekik penyokong Pahang.

Aku pulak yang terasa bersemangat patriotik. Hampir sepanjang game berlangsung, sentiasa ada dendangan muzik patriotik daripada geng-geng pancaragam ATM. Walaupun ada kalanya, lagu yang mereka mainkan langsung tak ada kena mengena dengan tema perlawanan, seperti lagu Aspalela, Can Mak Li Can dan lain-lain lagu tradisional, aku pulak terasa terhibur.

Game berakhir dengan kemenangan ATM 3 dan dibalas 2 oleh Pahang. Walaupun Pahang kalah, aku tengok Tok Ketua tetap enjoy dengan persembahan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Selepas habis bola, suami aku sempat bermain badminton bersama kawan-kawannya. Aku ni geram je tengok, pantang aku tengok orang main badminton, nak je aku terjah main bersama. Tapi, nak buat macam mana, kenalah cuti setahun.

Mentang-mentanglah aku pregnant, ofis aku pula nak anjurkan tournament badminton. Ini sangat tidak adil. Sedih giler. Tak aci tau.


3 Golongan manusia yang akan dinilai di Akhirat kelak

1- Orang yang sibuk urusan Akhirat sehingga melalaikan dunianya – ( Orang yang beruntung dan dan ahli Ibadah ).

2- Orang yang sibuk urusan dunia sehingga melalaikan Akhiratnya – ( Orang yang binasa ).

3- Orang yang sibuk urusan dunia dan Akhiratnya – ( Orang yang cuba mencari nasib dengan harapan beruntung ).

Kitab Tanbihul Ghafilin.

Jumaat, 3 Februari 2012

Tentang keghairahan

Assalamualaikum. Wow, bestnya hari jumaat. Bestnya kan lama cuti. Aku hari Ahad ni ada kenduri di Cheras, kawan sebelah aku satu ofis yang kahwin, wajiblah pergikan. Selepas menghadiri majlis kendurinya, aku akan balik kampung suami. Kang adalah yang cakap aku murtad kenegerian lagi ni, macam sini

Sebenarnya, balik kampung suami nak ambil adik ipar aku, bawanya ke KL, sebab nanti adik ipar aku akan bekerja di area Klang, di mana jangan tanya, sebab aku jahil daerah Klang. Yang pasti, kali ni bukan aku lagi supirnya. Sejak aku pregnant, aku tak dibenarkan memandu kecuali semata pergi dan pulang daripada kerja. Nak buat macam mana, dah agreement sebelum kahwin macam tu, aku kenalah pasrah.

Jenis aku ni, gila memandu. Maka, bila stereng dipegang orang lain, walaupun suami sendiri, aku rasa hilang keghairahan. Hahaha, boleh gitu? Selama ni pun, kalau melibatkan ke mana-mana dengan suami, malah dengan kawan-kawan ofis sekalipun, melibatkan urusan kerja atau pergi jalan-jalan, akulah supirnya. Wajib wajib dan wajib sewajib wajibnya aku yang pandu. Bukan aku yang minta, tapi rakan-rakan ofis yang nakkan aku sebagai supir mereka. Kenapa? Manalah aku tahu, agaknya kawan-kawan aku jenis yang malas memandu agaknya. Sebab mereka pernah cakap macam tu.

Seperti tadi, semasa lunch hour, mereka ajak aku ke PPUM. Melawat seorang rakan yang dimasukkan ke dalam wad sejak 19 Januari yang lalu akibat masalah kuman yang telah merebak di dalam semua kandungan darahnya. Kalau melihatkan keadaan kawan aku tadi, memang agak kritikal, bernafas menggunakan bantuan oksigen, makan pun menggunakan tiub, begitu juga sistem perkumuhannya, menggunakan saluran tiup semata. Sebak, hiba, sedih dan segala perasaan dukacita semasa kami di sana. Aku yang jenis jiwa cepat tersentuh ni, bergenang air mata melihat keadaan kawan aku yang kritikal itu. Aku harap beliau cepat sembuh. Untuk pengetahuan, kawan aku tadi dah melebihi umur 55 tahun.

Apa lagi, excitedlah apabila aku diberitahu aku yang kena memandu kereta. Aku suka gila, keghairahan mula melanda. Walaupun PPUM dan ofis aku tidaklah jauh mana, tapi memandangkan Federal Highway jem, dapat jugaklah aku memandu pergi dan pulang lebih 2 jam perjalanan. Puaslah aku dapat memandu, melepaskan gian. Kawan-kawan sekadar menggelengkan kepala bila tengok betapa aku excited yang melampau bila dapat pegang stereng. Agak-agak ada tak orang lain seghairah aku?

Kawan-kawan aku pernah cakap, kalau beginilah aku ghairah memandu, baiklah kerja sebagai pemandu sahaja, kalau bukan pandu kerete bos, pandu ambulans. Hahaha, kawan aku yang sorang lagi menyampuk, kalau aku pandu ambulans, pesakit dalam ambulans tu daripada sakit biasa, confirm tenat atau terus meninggal apatah melihat cara pemanduan aku yang suka mencilok sesedap rasa. Aku ketawa mendengarnya. Sabar jelah.

Walaupun penat, tapi apabila kita enjoy dengan apa yang kita lakukan, kita suka dengan apa yang kita lakukan, penat tadi tak terasa pun. Betul tak? Begitulah keadaannya dengan isu ini. Penat macam mana sekalipun, aku tetap suka memandu dan kepenatan itu akan hilang dan tak terasa apa pun.

Oh ya, sebelum aku dibenarkan memandu tadi, mereka ada bertanyakan tahap kesihatan aku. Aku jawab aku ok je. Sebelum ni aku dengan sukacitanya memaklumkan aku tiada sebarang alahan. Tapi tidak lagi sekarang. Bila-bila sahaja aku akan muntah, dan muntah yang melampau-melampau akan menjelang lagi semasa Magrib kang. Time tu aku akan lembik dalam bilik air, mengeluarkan tah apa-apa isi perut, angin dan segalanya. Maka, sekarang aku tidak boleh berbangga lagi tak kena alahan.

Aku juga akan terus hilang selera makan bila malam menjelma. Selera aku terus mati, mungkin sebab keletihan muntah yang melampau. Atau sebab waktu malam, suhu badan aku menjadi panas. Kalau nak tahu, baru-baru ni doktor cakap tekanan darah aku rendah. Aku dinasihatkan supaya meminum air masak dalam kuantiti yang lebih banyak. Aku pun tak faham, aku ni dahlah jenis minum air masak putih dalam kuantiti yang sentiasa banyak, tak payah suruh pun aku akan telan bergelen-gelen, tapi? entahlah...

Aku hanya enjoy makan bila siang hari semata. So, kalau aku teringin nak makan apa sahaja, aku hanya boleh makan siang hari sahaja. Bila malam, selera makan aku dengan sendirinya hilang. Kalau 2 suap aku makan nasi tu dah dikira banyaklah tu. Macam semalam petang, aku beli cempedak goreng di ofis aku, niat nak makan sampai rumah kang.

Sampai rumah, aku makanlah sebiji. Masa tu aku dah rasa loya. Tapi paksa gak makan yang kedua, tak sempat nak habiskan, aku dah muntah. Maka, semalam Tok Ketualah yang terpaksa habiskan cempedak goreng yang banyak tu. Sudahnya, Tok Ketua dah kenyang dan langsung tak sentuh nasi. Aku pula hanya mampu pandang sang suami aku makan cempedak, nak makan aku dah tak mampu. Ambil bau jelah. So, aku dah faham, kalau aku nak makan, makanlah puas-puas di siang hari. Kang malam hari, aku kempunan je. Macam-macam kan. Orang lain caranya lain, alahannya lain, aku pula begini. Sabar jelah banyak-banyak.

Setakat ni aku tiada masalah lain, hanya itu sahaja. Dan aku harap masalah kesihatan aku takkan bertambah lagi. Cukuplah daripada satu kes ke satu kes aku hadapi, dan aku harap aku dapat pahala daripada semua musibah ni. Aku tahu, aku sedang diuji, dan aku belajar menjadi manusia yang pasrah dalam menerima ujian daripada Allah.

Cuma, setakat ni, aku belum mampu masak kecuali masak nasi, dan semua lauk pauk Tok Ketua beli di kedai semata. Memasak juga satu keghairahan kepada aku. Dan aku harap aku mampu masak 2-3 minggu lagi. Sebab setiap kali malam je, aku akan jadi manusia yang lemah selemahnya. Tapi esok siang aku nak try masaklah, tak sabar pulak rasanya, sebab siang je aku jadi gagah, malamnya aku jadi lemah.

Selamat menyambut maulidul rasul. Perbanyakkanlah selawat, perbanyakkanlah makanan jiwa, kena selalu top up makanan jiwa ni. Ingat, sunat itu penyelamat!

Khamis, 2 Februari 2012

4 Nukilan Ayat Cinta Suci Allah SWT di Arasy untuk Orang Mukmin

Rasulullah SAW telah bersabda :


” Tertulis di Arasy ‘

1- Aku menuruti orang yang Taat kepadaKu.

2- Aku menyintai orang yang menyintaiKu.

3- Aku kabulkan orang yang berdoa kepadaKu.

4- Dan Aku ampuni orang yang mohon ampun kepadaKu.

Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali.

majlis ilmu 2

majlis ilmu

majl

15 Senjata penghalang syaitan

1- Membaca Basmalah ( kunci perbuatan baik ).


2- Banyak berzikir.

3- Banyak beristighfar.

4- Membaca “ لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

5- Jangan tidur berseorangan.( kena yg halal )

6- Berdoa pagi dan petang.

7- Bersugi.

8- Mengerjakan solat secara berjamaah.

9- Berwuduk sebelum tidur.

10- Menutup aurat.

11- Membaca doa masuk tandas.

12- Memperbanyakkan Selawat kepada Rasulullah SAW.

13- Bertaubat dan beristighfar.

14- Banyak membaca doa dan memahami maksudnya.

15- Membaca surah Yasin setiap pagi dan memahami maksudnya.

Kitab Hindari Tipu Daya Syaitan.