Semalam jerebu. Hari ni pun masih berjerebu di area ofis aku. Cuaca sekarang tak boleh dijangka. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari tepat menggambarkan cuaca akhir zaman ni susah untuk diramalkan. Dalam 2-3 hari yang lepas pula, cuaca memang sangat panas. Panas membahang. Dalam kereta panas, dalam ofis panas, kat rumah pun rasa panas berbahang walaupun sebelum ni tahap suhu aircond di ofis dan dalam kereta digunakan dalam kadar yang sama juga. Begitu jugalah di rumah, kelajuan putaran kipas sama aja seperti biasa, tapi, panasnya bukan kepalang.
Esok-esok entah apa pula yang datang? Tengkujuh? Banjir? Aku bukan meminta bencana, tapi sebagai manusia kita perlu teruskan kehidupan yang masih bersisa. Dunia ni hanya pinjaman. Pinjaman semata. Akhirat juga yang kekal abadi. Maka, bersedialah menghadapi cuaca yang tidak disangka-sangka. Moga kita beroleh kemenangan dunia dan akhirat.
P/S : Hari ni aku lupa nak bawa hp, bukan salah hand bag, bukan salah sesiapa, aku yang lupa nak masukkan dalam hand bag. Nampak sangat tanda-tanda penuaan kan?
2 ulasan:
samalah di parit raja..selalunya hujung tahun semua orang risau banjir panjang, tapi kali ni tidak..hujan cuma 3 hari saja dan kemudian panas membahang.
semalam hujan sekejap di uthm. Suami kata leat sangat sampai takdapat ke kereta, tapi dirumah saya setitik hujan pun tak sampai..jarak uthm ke rumah saya cuma 2 minit menaiki kereta..
sedih plak bila hujan tak sampai ke rumah..huhu
ustaz kazim kata jangan risau kalau allah turunkan hujan..sebab allah sebut dalam alquran angih bawa berita gembira iaitu turunnya hujan bersama rahmat allah...tapi kena risau kalau kemarau sebab ia tanda allah sedang turunkan balasan kerana dosa manusia iaitu memutuskan persaudaraan...
rulza : ahh betul jugak kan, kalau hujan tu hujan rahmat, antara waktu mustajab doa :-)
Catat Ulasan